Monday 18 November 2013

AF2013 FINAL ; AIR MATA ZIZAN UNTUK JOHAN

Salam Hormat.



Sahabat Selamanya.


       Siapa tengok AF 2013 akhir malam tadi? Kalau tengok mesti tahu apa jadi kan? Kemanisan friendship Jozan tu menyerlah sekali lagi. Video antara scene kejutan Johan dan airmata Zizan tu aku dah ulang berpuluh-puluh kali. Sampai aku dah hafal mana dialog, scene mana Zizan nak kalih muka, scene mana Johan nak gelak ketawa, sebab ulang puluh kali punya pasal. Hahaha.


    Selama tujuh tahun ni pun, aku yakin bukan peminat Jozan jer yang tahu betapa dalamnya kalau nak cerita sayang Zizan pada Johan dan betapa besarnya sayang Johan pada Zizan, tapi satu Malaysia pun dah tahu tentang persahabatan dyorang ni.

Mak aku sendiri pun kadang bila nampak Zizan kat tv tanya "Eh, Johan takde sekali?'

Hahaha. Mak aku pun layan jugak Jozan ni sebenarnya. Jangan ingat budak-budak sekolah jer minat Jozan nih. Mak iolss pun minat hokehh.

Then, back to cerita malam tadi.

Memang surprise tu Zizan tak tahu menahu langsung. Yelahh, nama pun surprise kan, kalau tahu baik takyah sebut surprise.

Aku percaya, yang rancang semua ni Johan yang jadi kepala. Sebab pagi tadi masa kat Era Johan ada sebut dia dan Zizan dah lama sangat tak jumpa. Dan mungkin sebab tu lah surprise tu dia rancang dengan kerjasama org kuat AF maka segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah.


*tarik nafas*

Masa Zizan dengar jer lagu sahabat tu, korang nampak kan reaksi muka dia? Dia terus paling ke tengah pentas dan aku yakin dia jumpa apa yang dia cari. Dia kenal sangat siapa tuan punya suara ala-ala Jamal Abdillah yang tak berapa nak jadi tu. Itu suara sahabat dia, kesayangan dia...


Nampak muka Johan je satu dewan jerit suka hati. Walau bukan pun peminat Jozan. Tapi jerit jugak sebab mungkin dyorang kat situ pun turut rasa happy.

Nampak Johan jer, Zizan da tahan sebak. Zizan memang. Dia kalau bab-bab bestfriend dia, dia memang mudah touching sikit. Lagi-lagi lagu iringan tu memang kena dengan situasi. Dia dengan Johan masing-masing dah lama tak jumpa sesama sendiri. Sapa tak rindu wehh kat bestfriend yang tujuh tahun membesar dalam industri?!

Johan dekat je Zizan peluk sekuat hati. Nampak masing-masing lepaskan rindu untuk kesekian kali. Iyelahh, lama tak jumpa walau orang selalu cakap industri ni bukan besar mana. Tapi kalau dah dua-dua bz, mana sempat nak lepak sampai dua tiga pagi.

Dan untuk kesekian kali, air mata Zizan tumpah lagi. Bukan Zizan je nangis, aku yang duduk depan tv ni pun hanyut sekali beremosi. Dahla tengok pulak ramai-ramai kat bilik TV, segan tu tak yah cerita la wehh. Tapi pandai-pandai la cover sendiri. Haha.

*tarik nafas lagi*

Tak sampai empat minit pun Johan kat pentas tu sebenarnya. Sekejap sangat. Iyalahh program orang. Takkan dia pulak lebih-lebih. Dan untuk seumur hidup aku ni, aku nampak pengacara yang terima kejutan bukan peserta. Haha. Terbalik sudahh.


Tapi apa-apa pun empat minit tu cukup berharga untuk Johan, untuk Zizan, untuk peminat2 Jozan.

Johan datang semata-mata nak support Zizan. Tu baru jadi pengacara je. Kalau jadi peserta mahu tiap2 minggu Johan datang agaknya. Haha.

Johan ni dalam diam-diam dia sangat manis sebenarnya. Maksud aku 'sweet'. Manis. Macam gula. Haha. Dia jarang nak cakap aku sayang engko. Rindu engko. Tapi apa yang dia buat, hanya Zizan yang mengerti kasih sayang Johan pada dia.


Bukan apa, sebab kalau korang kenal Johan kat TV, dia ni jenis cool, relaks, hati kering, tapi bila dengan Zizan, korang akan nampak sisi lain Johan. Walaupun Johan ni rapat jugak dengan pelawak-pelawak lain macam Jep, Nabil, Yus, Taukey semua tapi bila dengan Zizan memang dia jadi lain.

Dari segarang-garang orang dia boleh jadi abang-abang. Apa saja dari Zizan, dia sedia layankan.

Lepas habis kisah di pentas AF tu. kemanisan tu bersambung lagi kat instagram.

So nah, aku hadiahkan korang dengan gambar-gambar ni.

Peringatan-- gambar ni semua manis-manis, kalau korang kecing manis, jangan salahkan aku okehh.


Credit : Intan Marliana


Credit : Aishah Humaira


Credit : Aishah Humaira


Credit : Aishah humaira




Sweet kan?? Masing-masing dah lama tak jumpa. Masing-masing nak lepas rindu yang sekian lama.



Zizan : Apa-apa pun kita tetap Jozan.

Johan : Betul. Sahabat selamanya. 



Kalau selama ni JTF ada Johan, dan ZTF ada Zizan.

Tapi selaku Jozannerz, proud to say we always and forever have Johan and Zizan both.

Selagi ada JOZAN, selagi tu JOZANNERZ akan ada dibelakang dyorang. Takkan berpecah. Sebab kami tak nak dyorang terpisah.

Dan selagi ada JOZANNERZ di dunia, takkan hilang branding JOZAN selamanya. 

Kan Jozannerz??! Dulu, kini dan insyaAllah selamanya pun macam tu. 





Pada Johan dan Zizan ;

Please stay together forever. Jozannerz love you both so much!! 



Salam Sayang,

Iman Jozannerz =)






Tuesday 5 November 2013

Super Spontan Musim 2 ; Jep, Johan dan Bang Bil

Salam Hormat.

Dah lama blog ni ditinggal tak berisi. Jadi, untuk hari ni aku nak menulis sikit mengenai 'review' aku untuk Super Spontan Musim 2 yang dah pun melabuhkan tirai akhir jumaat lepas. So, here we go.


Jep Sepahtu



Jep--
The best man win. So far untuk aku, sepanjang sepuluh minggu SS Musim 2 berlangsung, hampir 3/4 minggu memang penampilan Jep sangat-sangat menonjol dengan lawak dan dengan title YELLO CARD man. Hehe. Kenapa suka sangat kacau si Ray tu Jep?

Aku sebenarnya one of peminat lawak-lawak Sepah especially Jep. Orangnya sempoi je plus 100% sangat kelakar. Lawak-lawak dia tak merapu. Kalau layan lawak-lawak dia mahu tanggal rahang gelak dengan lawak sengal dia tu. Tapi tak tahu lah kenapa, after dia kuat sangat usik Ray aku jadi macam kurengg sikit lahh.

Sebabnya aku selalu nampak Jep ni cool. Dia jarang nak usik2 orang. Dia steady je selalunya. Tapi entah kenapa dalam SS makin lama dia makin NAKAL. Tapi apa-apa pun untuk title Juara tu aku pasti dia sangat layak. Apa-apa pun Tahniah Jep.

Semua game yang jep ada almost sangat menghiburkan. Sangat. Cuma masa final tu dia nampak sedikit lost. Kenapakah Jep?! Nervous kot. Its okayy. U still deserve to be CHAMPION malam tu.

Sadis sebab tak sempat nak amek gambar sama malam tu.

*sob sob*


Johan Hanania


Johan--
Ini memang fav aku kalau cerita pasal Spontan. Pada aku, one of sebab aku MINAT kat Johan ni sebab dia spontan nak mampus. Hee. Idea dia bersimpul dalam kepala. Dia buat lawak macam petik jari je.

Tapi bukan lawak picisan hokehhh. Dia ada tahap yang boleh buat orang ingat lawak spontan dia sampai bertahun lamanya.

Aku cuba nak jadi NATURAL. Tak bias pada Johan sebab aku memang minat dia. Tapi malam tu, aku nampak Johan paling MENYERLAH. Sorry Jeppers. Peace :)

Its okay kalau korang tak setuju dengan aku tapi itu pendapat aku saja. Aku tak paksa korang setuju pun.
Malam final tu, semua game memang best. Tapi one of the best aku rasa VIDEO MUZIK KARAOKE part Johan, Taukey dan Nabil.

Macammmm vangaanggg jer gelakkan dyorang. Aku pun dok ulang-ulang tengok part tu.

Johan ahh. Muka dia menggoda gila masa menari tuhh. Seksi kau nyahhh!!

Pada aku, dalam banyak2 game yang ada dalam SS, Johan sangat menyerlah bila dia main CIPTAAN.
Almost semua game CIPTAAN yang Johan join mesti best.

Dan ciptaan dia tu memang kena lah dengan alat. Bukan apa, ada jugak yang main game ni tapi idea tak berapa nak best. Tapi pada aku, kalau JOhan, dia memang paling bagus kalau bab2 macam2 ni. Idea dia gempak dan kelakar.

Game lain pun dia okehh cuma bagi aku game ni yang paling menonjolkan bakat spontan dan idea dalam kepala dia.

Satu lagi kalau game yang nak kena nari-nari. Haha. Johan dengan Zizan memang champion kalau bab2 cenggini. Haha. Mungkin sebab gesture badan yang agak lembut so kenalah kalau diorang ni nari2.

Rindu pulak kan dekat Zizan. Hehe.

Anyway, tahniah Johan. Tempat kedua sekalipun, fans awak tak pernah kecewa dengan awak. Jatuh bangun, kiorang still ada dengan awak. dan kami sangat2 syukur to be part of this team. Love u abg :)



Nabil Ahmad

Bang bil--
Sebenarnya ramai orang tak suka bang bil nih. Aku tak tau la kenapa.
Sebab aku suka lawak2 dia. Sometimes tu yer, over, mengada2, tapi aku tengok kadang pelawak lain pun sama.

Sebenarnya, bang bil ni idea dy sangat bagus jugak. Setaraf la dengan Jep dengan Johan. Dan, he deserve to be one of the best.

Aku tak minat bang bil. Tapi pada aku, lawak2 dia takla merapu pun. Dia ok apa. Mungkin orang ramai, tak suka sebab attitude kot.

Tapi pada aku, dia memang lawak. Fav aku game dia jadi nasir bilal khan yang tampil dengan trademark "mainan cucuuuu" Haha. Game tu ulang banyak kali pun aku tak jemu.



Tahniah Jep :)



Konklusinya, Super Spontan kali ni memang awesome. Rata2 pemain pun best2.

So pada peminat, terimalah apa adanya. Yang tak mengundi tu takyah kecoh sangat kalau kesayangan korang tak memang. Haha. Ini tak, yang tak mengundi tu yang sibuk sana sini bising. Phuuiii.




Ape pon tak boleh lahh.




Sunday 15 September 2013

Istimewanya Zizan Razak

ZIZAN RAZAK--



Nama yang tak asing lagi dalam kalangan wanita seMalaysia aku kira. Baik yang baru nak mengenal tulis dan baca tapi Zizan Razak dulu disebut sebut tiap masa. Baik si dara mahupun yang dah berumah tangga. Malah nenek nenek si bongkok tiga juga mungkin suka akan dia.

Sepanjang mengenalinya secara jarak jauh memang diakui anak jati Terengganu ini bekerja keras untuk mencapai tahap tertinggi dalam perjalanan karya seni nya. Wajah yang bisa buat ramai anak gadis tergila-gila. Mengidam nak dijadikan imam dan ketua keluarga.

Jumpalah dia kali pertama, yang pasti dia boleh buatkan anda jatuh cinta. Itu pengalaman yang bisa saya kongsi bersama. Dia baik dan sangat menjaga tutur kata. Memang cair hati mak-mak mertua.

Tapi apa yang aku suka pada nya ialah cara DIA dan JOHAN bila berdua. Tak segan silu nak katakan YA, AKU SAYANG DIA. Itu tak semua lelaki boleh lakukan pada sahabat mereka. Mungkin ada. Mungkin juga tiada.

Tak ramai lelaki yang begitu berani tampil dihadapan ribuan peminat dan mencium pipi sahabat kesayangannya. Siapa mahu dilabel GAY terutama bila di Malaysia, keadaan ini dianggap luar biasa. Tapi semuanya, bukan atas dasar NAFSU yang tak tentu hala tapi atas dasar menghargai pengorbanan Sang Sahabat yang begitu setia.

Manja. Itu salah satu sifatnya. Tapi ni bukan manja mengada-ngada. Manja tu lagi terserlah bila Johan ada bersama.

Zizan Razak. Lagi yang aku suka pasal dia. Kalau nampak Johan, orang lain dia lupa. Program Super Spontan jadi bukti yang nyata. Pergi pada Johan untuk memberi semangat dan sokongan yang ada. Bersorak bersama tanda meraikan kemenangan kumpulan lawannya. Haha.

Semangat persahabatan tu memang lebih ketara selalunya pada dia. Sebab Johan jenis yang diam diam tapi tetap menyerlah sayang pada sahabatnya. Cuma perlu paham dengan caranya.

Pada Zizan Razak, mustahil untuk anda membaca ini, tapi ketahuilah ada ribuan peminat sangat teruja tiap kali anda dan Johan berdua. Tiap kali Johan,anda bawak dalam pelukan, tiap kali itulah kami bersorak kegembiraan.

Pada setiap kalimah sayang yang anda ucapkan, buat kami tersentuh dengan sendiri. Ada kalanya menangis walau kami tak tahu mengapa itu terjadi.

Dan, untuk pengorbanan anda bertahan berminggu minggu keseorangan di MLM yang lalu, tak cukup dengan terima kasih, anda selayaknya mendapat lebih dari itu.

Buat Zizan Razak, teruslah mengorak langkah dalam industri ini. Anda insan berbakat dan ikutlah resmi padi. Pasti anda lebih dihormati.

Jep Sepahu--

Jep Sepahtu.



Pertama kali aku menulis mengenai lelaki ini. Sebenarnya selain Johan dan Zizan, ini antara kegemaran aku dalam bidang komedi.

Anak lelaki kelahiran Johor ini ada keistimewaannya tersendiri. Aku sukakan lawaknya yang bersahaja. Tak over mana-mana. Dia sentiasa sederhana. Tak kira dalam percakapan atau imej yang dia bawa. Yang aku pasti, dia sangat kelakar orangnya.

Sebenarnya, aku antara peminat Sepah. Lawak-lawak bijak yang begitu kuat unsur kemelayuan itu sangat aku gemari sejak dulu. Bijak memasukkan pepatah, peribahasa dalam komedi yang dilakukan adalah satu yang perlu dipuji aku kira. Tapi, sepah dan bersepah. Namun, aku yakin lawak-lawak mereka masih hidup dalam kalangan peminat komedi tanah air.

Jep. Tak banyak yang aku tahu pasal dia. Jadi tak banyak yang boleh aku tulis dan aku kongsi. Cumanya, ingin kuberitakan tentang kekaguman aku pada seseorang yang bernama Mohd Nadzri Zainal Abidin ini ada dua sebab tersendiri.

Lawak-- Itu sebab aku sukakan dia. Idea itu sentiasa ada dan hidup dalam kepala. Itu yang membuatkan aku tak pernah bosan menanti kemunculannya di mana-mana. Bukan juga memuji tapi aku yakin pada bakatnya yang tersendiri. Dia bijak mengolah idea dan pada aku itu yang buat dia istimewa.

Rupa--Tak perlu membandingkan dia dengan sesiapa, pada aku dia memikat dengan caranya yang tersendiri. Dia ada rupa. Tak perlu setampan sesiapa. Tak perlu juga sekacak mana-mana putera raja, aku yakin pasti ada yang ingin menjadikan dia putera dalam hidupnya.

Jep. Jangan menoleh lagi. Terus melangkah dan perjuangkanlah komedi kemelayuan yang sangat diperlukan terutama masyarakat masa kini. Dukunglah nilai-nilai positif dalam setiap komedi yang anda beri. Semoga bakatmu terus bersinar dalam industri.

The Best Of Johan Raja Lawak

Johan.



Johan ni aku minat tak baru tak lama. Tiga tahun lebih macam tu la lebih kurang lepas tolak tambah bahagi semua. Kali pertama, minggu keempat Maharajalawak Mega. Pakai baju melayu biru, kain pelekat petak-petak warna yang sama. Dan tak lupa songkok muat tak muat atas kepala.

Senyum tu memikat sukma- Itu 'impression' pertama yang aku bagi pada dia. Punchline dia buat aku ulang-ulang tengok episod yang sama. Tiap kali dia senyum, aku ikut senyum sama. Walaupun nampak macam orang separuh gila, haha. Iya, baru separuh sebab aku tak kenal lagi dia sepenuhnya.

Tak cukup kalau sekadar kenal nama. Aku nak tahu lebih dari itu sebenarnya.

Dah kawen-- Itu perkara pertama yang buat aku terkejut sebenarnya. Sebab aku ingatkan masih tak berpunya. Tapi tak bermaksud, aku dah tak suka. Kahwin atau tidak, tak perlu dijadikan sebab untuk aku berhenti meminatinya, malah bila terus membaca, aku tahu dia sangat pentingkan keluarga. Oh-- aku makin jatuh suka

Zizan-- Nama ini muncul tiap kali nama Johan yang aku cari. Jadi, aku pandai-pandai buat kesimpulan sendiri. Mereka sahabat dalam industri. Tapi, makin aku kenal Johan ni, baru aku tahu, sayang dia pada Zizan sebenarnya lebih dari apa yang kami ketahui. Lebih dari apa yang kami rasai. Persahabatan mereka istimewa dengan cara mereka sendiri. Itu yang buat, aku lebih mengagumi.

Imitasi-- Antara bakat Johan yang aku gemari. Dan dia memang campion kalau bab-bab meniru orang itu orang ini. Lagi best kalau Zizan dah join sekaki. Johan jangan diajak. Dia kalau dah mula, susah nak berhenti. Haha.

Imej-- Berubah rubah ikut keselesaan diri. Dia ada 1001 imej yang bertukar tiap kali dia muncul di kaca tv. Dia tak kesah orang nak kritik atau puji. Ya. Dia jenis kering hati. Pada dia, asal dia selesa dengan setiap pembawakan diri. Aku-- tak suka bila rambut kembang setaman dia dibiar tak diikat rapi. Sedikit rimas bila bulu-bulu di muka mula memenuhi. Tapi, dia aku tak pernah benci. Sebab, aku minat dia sebab hati. Ya-- sebab hati.

Bila dah lebih tiga tahun ni-- aku dah tak separuh gila lagi. Tapi aku yakin, memang dah gila habis dah ni. Makin aku kenal, makin aku suka kat orang bernama Johan ni. Dia ada personaliti yang aku selalu kagumi. Dia ada prinsip yang buat aku rasa, untungnya sang isteri. Dia ada semangat yang selalu aku buat bekal untuk aku teladani.

Sampai hari ni, aku tetap minat kat sang Idola aku ni. Dan, insyaAllah, semoga minat tu akan terus ada sampai nanti--nanti dan nanti.

Johan--
Terima kasih untuk tiga tahun ni. Semoga akan ada banyak tahun lagi untuk bakat itu kau kongsi. Jangan berhenti. Semoga Allah mudahkan perjalanan mu sebagai anak seni. Jangan risau, kamu selalu ada peminat yang menyokong jatuh dan bangun dalam industri.

Jangan berhenti. Terus menapak dan terbanglah tinggi. Cuma, ikut resmi padi, kau pasti lebih disanjungi.

Jozan The Duo--


Johan dalam Jozan-- Dia abang. Apa saja dari Zizan, dia akan layankan. 

Zizan dalam Jozan-- Dia adik. Dengan Johan, dia yang selalu kena usik. 



The power Of Jo And Zan.

Dalam pentas super spontan malam nanti, gelagat JOzan pasti dirindui. Takde dah aksi Zizan lari-lari dan bagi kata semangat pada Johan lagi. Rasa kehilangan dan rasa ketidaksempurnaan.

Tapi tu tak bermakna sokongan pada Johan berkurangan. Kerana percayalah, di mana ada Johan di situ jugak korang akan nampak semangat yang ada pada Zizan.

Memetik kata-kata dari Johan dan Zizan.

"Takde sape yang boleh pisahkan Johan dengan Zizan"- - Zizan Razak.

"Dengan siapapun kami bersama, Jozan tetap Jozan"-- Johan.

Keep supporting Johan okeh korang. Pada Zizan, kitorang akan rindu awak.

Johan Raja Lawak--


Johan--



Perjalanan kariernya penuh dengan kontroversi. Tapi yang bagusnya, setiap satu kontroversi yang dia lalui, nampak dia semakin mematangkan diri.

Semoga Allah tabahkan hatinya untuk terus berkarya lagi. Sebagai peminat, kami terima teguran untuk setiap kelemahan yang dia miliki. Dengan harapan, ia satu bentuk positif dan bukan kritikan yang menjatuhkan maruah diri.


Sebagai manusia, kita tak lari dari berbuat kesilapan. Tapi, jangan jadikan itu alasan untuk kita berbuat keburukan. Permohonan maaf dah dibuat secara terbuka. Mohon ikhlaskan hati kalian untuk memberi kemaafan juga secara rela.

Doakan dia lebih baik dari hari ini dalam perjalanan kariernya pada masa depan nanti.


Buat Johan--

Anda takkan hilang peminat kala ujian ini sedang kau jalani. Kami tegur dengan harapan kau baiki diri. Tapi, kami akan terus di sini memberi sokongan tak berbelah bagi.

Ikhlas,

Iman Addin.

Johan & Zizan




Johan dan Zizan ;




Johan dan Zizan-- Mereka sahabat selamanya.

Gandingan lain pun nampak serasi bersama, tapi entah hati ni hanya tertarik kala mereka digandingkan berdua.

Mungkin--sebab perangai Zizan yang manja-manja,

Mungkin--sebab perangai Johan yang melayankan saja.

Allah-- Mohon jagakan kesayangan saya. Dipanjangkan jodoh agar mereka bersahabat hingga akhir usia.

Jozan lagi--

Jozan lagi--





Seronok tengok perjalanan karier jozan sekarang. Masing-masing dah membina nama dengan branding tersendiri. Masing-masing keluar dengan dan bakat yang tak tertandingi.


Masing-masing terus meningkat naik dengan jalan mereka sendiri. Peminat mana yang tak bersyukur untuk itu--


Bermati-matian mengundi mereka untuk pertandingan ini dan itu. Satu SEBAB-- nak mereka dikenali. Nak dunia tahu bakat mereka yang terlindungi.


Kini-- Nama mereka disebut-sebut sana sini. Dan sebagai peminat, aku mensyukuri tiap satu kejayaan yang mereka dah perolehi. Cumanya, aku mulai RINDU--


Akan gelagat dan aksi yang dulunya mereka selalu kongsi. Gelak tawa dan sakat menyakat yang selalu terjadi. Tak mengeluh pun. Rindu-- Cuma Rindu--


hakikatnya mereka bukan kumpulan. Dan hanya gandingan. Gandingan kerana keserasian. Gandingan kerana keselesaan. Gandingan kerana mereka kawan.


Johan dan Zizan-- Doa Iman, walau jauh mana pun kalian terpisah, moga persahabatan kalian tetap utuh macam selalu. Moga sifat kelakar Johan akan selalu ada dalam Zizan. Moga sifat manja Zizan berjangkit pada Johan.


Sayangnya aku pada kalian, aku lahirkan banyak dalam bentuk perkataan. Moga kejayaan ini tak menyebabkan kalian lupa akan kami. Moga kejayaan demi kejayaan menjadikan kalian orang yang lebih berhati-hati, lebih merendah diri.


Kami disini-- akan terus mendoakan kalian. Sebabnya, persahabatan yang kalian dah bawa nyata menyentuh hati-hati kami selama ini.


Kami-- Sayang Johan dan Zizan.

Rindu Jozan--


Aku dah lama tak menulis pasal Jozan. Dan hari ni aku kembali. Menulis tentang kesayangan ku ini. Sebab pertama aku disini ;

Rindu--
Ni gambar lama. Tahun 2007 dulu. Masa dua dua baru nak bina nama. Masa orang baru nak kenal segala. Masa baru nak kumpul peminat serata. Tujuh tahun dah mereka berada dalam industri. Dari zaman lawak semengah sampaila jadi bench mark orang. Berseorangan mereka hebat tapi berdua mereka kuat.

Dah tiga Minggu Super Spontan berlangsung. Ada Johan takde Zizan. Puas untuk melihat Johan beraksi tapi rasa kekurangan bila tanpa Zizan di sisi. Rasa mencari. Rasa kurang. Itu pasti.

Kalau kami peminat ni rindu nak lihat johan dan zizan beraksi, entah apa agaknya perasaan Johan bila di pentas seorang diri?!

AKu sebak sendiri bila membaca tulisan peminat ;

Jep ada shuib. Yus ada taukey. Johan tanpa Zizan--

Aku minat Johan. Baik dia tampil berseorangan atau berduaan dengan Zizan. Sebab dengan Zizan nampak sisi lain Johan. Dari segarang-garang orang, dia boleh jadi abang-abang. Dia tahu Zizan jenis manja, macam adik-adik, jadi apa saja dari Zizan, dia sedia layankan.

Zizan pulak. Dia jenis yang sensitif. Hati dia, perasaan dia, kita boleh teka. Air muka dia berubah kalau ada yang dia rasa tak kena. Sebab tu dia sesuai bila berdua dengan Johan. Ingat masa mereka hampir tersingkir dalam ML minggu 10. Zizan nampak gugup. Dan Johan. Tetap tersengih disebelah. Bukan nak cakap dia tak rasa apa. Tapi dia bijak sembunyi apa dia rasa. Dan aura positif tu, sedikit sebanyak beralih pada Zizan. Segugup-gugup zizan, bila Johan ada, dia nampak lebih bercahaya. Dia nampak lebih bertenaga. Dan dia dah mula bijak dan pandai kawal perasaan dia. Itu dia--Zizan Razak-- yang kami punya.


Tujuh tahun lalu, mereka lebih kerap tampil berdua. Dan peminat kenal mereka lebih sebagai Jozan dari nama perseorangan Johan atau Zizan. Walaupun masa tu lawak tahap-tahap baru nak merangkak, tapi yang seronoknya mungkin sebab mereka lebih banyak tampil bersama. Bila bersama, mereka lebih 'hidup' bila berhadapan kamera.

Kalau kita boleh merindukan kelibat Johan dan Zizan untuk sekali lagi membuat penampilan berdua, apa Johan jugak rindu nak kembali bergandingan dengan Zizan bersama?! Apa Zizan jugak rindu nak keudara dengan Johan semula?!

Lahir tahun yang sama-- Ketinggian tak banyak beza-- Karier mereka dimulakan oleh titik yang sama-- Sorang tempat kedua, sorang lagi ketiga-- Peminat mereka kebanyakkannya orang yang sama--

Johan dan Zizan ; Moga kalian bersahabat selamanya.

Dari waktu muda hingga ke akhir usia, dari zaman bujang hingga dah jadi tok wan, dari masa kurus ke tembam bam, dari zaman semengah ke zaman kegemilangan..

Korang tetap jadi kesayangan.

Tuesday 30 July 2013

Hanya Dia -- Johan

Hanya Dia -- Johan

Kalau bisa aku beritakan tentang dia,
apa yang aku suka dan aku gila,
tentang dia, dan hanya dia.

Ingin ku khabarkan pada dunia,
kadang aku juga tak tahu kenapa,
aku terus-terusan meminati dan menggilai,
manusia yang hanya aku kenali,
dari media dan kaca tv .

Senyuman memikat yang dia punya,
bisa gugurkan masalah yang aku ada,
mata kecil yang mengetar jiwa,
begitu tajam menikam rasa.

Sikapnya yang bersahaja dan sederhana,
namun, ada kala huru hara ,
aku tak kisah itu semua,
yang aku tahu, aku suka,
pada si raja lawak musim pertama,
yang dah menang tempat ketiga.

Ini kisah tentang dia, dan hanya dia.

p/s : Nyanyikan dalam melodi yang anda suka. Haha.

Wednesday 26 June 2013

SURAT BUAT SANG IDOLA JOHAN SI RAJA LAWAK

Mohd Yazid Lim

Nama ini nampak begitu asing sekali jika disebut tanpa dipapar gambar tuannya. Mungkin ada yang tak menyangka ini nama sebenar bagi jejaka pemilik rambut kembang merangkap anak sedara Salih Yaakob ini.
Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Masa awal kemunculannya dulu memang nampak identiti Pak Sedara tu ada dalam diri. Namun, hari demi hari, dia terus membina identitinya sendiri. Johan. Ya. Dia memang johan kalau bab-bab spontan dan lawak ini. Seiring dengan nama, senoga kejayaan terus menjadi miliknya.


Ada kala, namanya tenggelam dalam watak ciptaan sendiri. Mak Jemah. Ah Chai Cin Cai Bo Cai. Fifi Fairuz Fuyyoo. Ini antara yang terkenal sehingga ke hari ini. Mak Jemah sana sini. Bukan tahap budak budak tadika jer yang minat mak jemah ni, budak budak tahap universiti pun terikut-ikut sekali.

Pada aku, dia antara insan insan hebat yang aku jadikan IDOLA. Mungkin ada yang sinis. Artis. Ada apa dengan mereka? Setakat populariti itu tak kemana. Itu dunia. Dunia semata. Siapa kita menghukum mereka? Sedang kita juga tak tahu kemana  kemana tujunya kita di akhirat sana. Pada aku tak salah selagi aku tahu beza MINAT dan MEMUJA. MEMUJA samalah dengan kamu menduakan TUHAN yang kamu ada. Itu menempah neraka jawabnya.

Yang aku hormat ialah sikap dan prinsip nya. Pada dia, keluarga tetap utama. Bagi aku, itu baru LELAKI namanya. Sayang anak bini biar apa orang nak kata. Keluarga pertama lepas tu kerjaya. Sebab tu tak semua offer semudah itu dia terima. Dikata memilih dia kisah apa. Yang penting dia tahu apa kehendaknya.

Dia kuat. Luar dan dalamnya. Berkali jatuh bangkit semula. Tegar! Biar apa saja orang nak kata. Kerana dia memilih seni sebagai jalan berkarya maka segala halangan dia kuatkan tekad dan terus mara. Siapa sangka selepas kes gelas puaka, dia rupanya masih diterima. Satu sebab, bakat yang dia punya. Hanya dia yang ada.

Pada aku, ideanya terlalu banyak dalam kepala. Sehingga kita langsung tak boleh jangka. Sebab tu kalau tak pandai mengawalnya, memang merapu rapu tak tentu hala. Zizan jer yang pandai neutralkan dia. Pergi jauh ditarik semula. Supaya tak tersasar dijalanya.

Kontroversi banyak menimpa. Tapi alhamdulillah dia masih punyai peminat setia. Yang memberi sokongan dalam apa jua cara. Memberi semangat yang tak terperi nilainya.

Buat Johan. Tulisan ini memang Iman tujukan untuk anda. Tapi mana bisa kau mungkin baca isinya. Semoga satu hari nanti, kita berjumpa semula dan ingin kunyatakan betapa aku bersyukur punyai kau sebagai IDOLA.

Dia dan Zizan jauh berbeza. Bagai Selatan dan utara yang tak pernah berjumpa. Siang dan malam yang tak mungkin bisa bersama. Tapi berbeza tak semestinya tak boleh cipta keserasian berdua.

Malah yang berbeza itulah yang melengkapi kekurangan dan mengimbangi kelebihan. Sebab tu ada kala nampak mereka sempurna berdua. Siapa kata dia tak sayang sahabatnya. Siapa kita tuk menilai mereka. Tak bergurau tak bermakna dia lupa. Tak bersama tak maksud mereka sengketa. Resam dunia. Kalau tak gaduh tak bestla. Tapi gaduh gaduh pun, akhir nanti berbaiklah semula.

Dia bukan insan yang manis mulutnya. Ucap sayang bila jumpa. Semua tu begitu mahal padanya. Tapi untuk orang yang dia sayang, dia berkelakuan berbeza. Siapa sangka segarang garang Johan jadi lembut bila Zizan bersama. Kemunculan di MLM akhir tu tak siapa boleh lupa. Sakit di kaki dia lupa. Dia disitu bukan hanya sebab keluarga tapi sebab JANJI pada sahabat kesayangannya. Dan kemenangan tu lebih manis saat diterima berdua.

Teringat istilah 'hanya kita yang memahami kita'. Iya. Itu sesuai buat mereka. Apa yang mereka guraukan. Siapa yang mereka bahankan. Itu semua dalam dunia yang mereka dah cipta sejak tujuh tahun lamanya.

Yang penting, terus doakan Johan dan Zizan menjadi sahabat selamanya. :)




SUMBER : FACEBOOK IMAN JOZANNERZ

Thursday 11 April 2013

KEJUTAN JOHAN, KEKECEWAAN ZIZAN DI ABPBH 2012

Salam Hormat semua pembaca yang sudi singgah blogwalking kat jozanterritory,blogspot nih.



Johan, Fara Fauzana & Zizan Razak
    
     Entry kali ni agak ISTIMEWA buat aku. So, aku dedikasikan penulisan ku ini khas untuk Johan dan Zizan Razak. Walaupun aku tau, memang tak mungkin la kan depa tu singgah membaca blog picisan cam blog aku nih. Tapi, tak salah kan untuk aku simpan harapan. =) Ok, guys. Kali ni penulisan aku 100% mengenai ABPBH 2012 yang baru jer berlangsung baru-baru nih. Dah tahu kan sape menang?? SHAHEIZY SAM!!! Tahniah SAM! U deserve it!! Walaupun I ingatkan nama ZIZAN RAZAK yang diumumkan sebab dia pulun almost 4 (kalau tak silap) anugerah BH ONLINE tapi I tetap respect SAM. His THE BEST. Tahniah okey!! :) 
   


    Berbalik pada anugerah malam tu, pada aku, opening tu cam serabut sikit la kan. Hmm..Betul la apa kata Siti kat Twitter "opening dah tukar jadi oh!!Pening" memang pening pale mak nokkk nengoknye. Haishh. Tapi siapalah aku ni nak bersuara lebih2. Nanti tak pasal-pasal surat saman sampai depan rumah. Aiyakk!! Back To Jozan. Sebenarnya aku cam terpana jap bila tau Johan pun jadik pengacara malam tu. Hahaha. Sebab sebelum ni dalam paper pun just gitau Zizan ngan Fafau je an. So, bila Johan muncul aku cam nak jerit-jerit jer "Weh..tu IDOLA aku!!!!" haha. Alhamdulillah. Sebelum ni ramai yang bersuara nakkan JOZAN jadi pengacara di ABPBH dan tahun ni Allah perkenankan doa kami. Terima Kasih Ya Allah. =) Memandangkan aku tak dapat tengok secara live haritu, sebab aku ada program kat lua kawasan so aku just tengok trough utube je la. Haihh.. =( 



    Masa Zizan umumkan akan ada sorang lagi yang temankan dyorang jadi HOST malam tu, aku guess mungkin ada yang boleh teka itu ialah JOHAN. Tapi yang lebih memeranjatkan SEMUA PEMINAT JOZAN, Johan bukan tampil secara individu, dia bawak satu FAMILY atas pentas tu kecuali baby HAZIQ. MAIGOD!!!! Terkejut mak nokk! Sebab sebelum ni semua orang tahu, prinsip Johan yang dia takkan dedahkan siapa anak-anak dia pada masyarakat umum. Dan kejutan yang dia bawak malam tu memang benar-benar mengejutkan. Ada tak sesiapa yang perasan masa Zizan umumkan nama Johan cam ada word lagi Zizan nak sebut. Zizan jerit "Johan.. ( and family) haha. Tu aku pepandai tambah dan teka sendiri. Pada aku, Zizan cam nak sebut Johan and Family. Tapi mungkin tak jadik sebab takut tetiba Johan muncul sensorang kot. Haha. Johan ni sukar dijangka sikit. But so sweet la sangat bila Johan mention pada Ozlynn "She's my everything". Awww..cair kot. Ozlynn pun cam "alamak, romantik plak husband aku nihh kan kat tetengah ramai nihh" Haha. Lagi-lagi pulak bila Zizan mention "Saya dengan Johan satu family, anak-anak dy, I buat macam anak-anak I, cuma bini dy je I tak boleh buat" HAHAHA ><" . Dengan Ariq yang handsome. Senyum jer sepanjang atas stage tu. Tapi paling aku tak tahan, muka Sodiq yang blurr giler. Dia pun pening agaknya cam tetiba ramai orang and bunyi bising tu. Nak tergelak bila Sodiq tengok jer Papa dy yang sengal benorr atas pentas tu. Agaknya dia pun terpikiorr "Dah, kenapa kan papa aku nih?" haha. sodiq..sodiq. Agak2 naper Johan tetiber buat keputusan nak bawak satu family naik pentas eh? Hemmm..pada aku, mungkin sebab dy rasa pemilihan dy sebagai salah seorang HOST di ABPBH tu sebagai satu penghargaan pada dy kot. Dan sebelum ni ramai yang request nak tengok muka anak-anak dy, so tu mungkin cara dy ekspresikan terima kasih dan penghargaan. Takkan la dia nak bawak saja2 kan? But, Ozlynn gorgeous gler. Love U Kak!!! always paling VOGUE gitu. 

      Pada aku secara keseluruhan, ABPBH hidup sebab lawak2 Johan. Zizan pulak cam tak berapa nak menyerlah. Mungkin nervous kot. Fafau pulak...hmm..nampak tak berapa nak "masuk" dengan gandingan Jozan. Walaumacam mana pun, Tahniah Johan! U did a very2 good job kat ABPBH. Keputusan ABPBH untuk bawak Johan tu memang menjadi dan keputusan yang bijak. Hidup majlis malam tu dengan lawak sengal dan spontan dy tuh. Zizan walaupun nampak agak 'slow' tapi tetap memeriahkan keadaan bila turut sama memperkembangkan lawak Johan. Zizan nampak agak tenggelam semalam. Selalunya kalau dengan Johan takleh berenti gelak dyorang berdua. Mungkin jugak sebab ni ABPBH bukan Raja Lawak. So everything was CONTROL. Nanti, over pulak kan. Johan aku tak nafikan memang dia sebagai PENYELAMAT MAJLIS tapi adakalanya lawak dy uncontrol, tersasar dan hoverrr!! Masa dy bahan Fafau pasal jamu mak dara tuh, aku kesian sangat kat Fafau. tapi sebabkan lawak, aku gelak jugak. Oppsss, sorry Fafau. Nasib la Fafau cam cool jer kan kene bahan ngan Johan, kalau akakkkkk kiter yang sorang tu mungkin dah masuk mahkamah dah Johan. Oppss..sorry lagi. Hehe. 



    Tak banyak scene JOZAN muncul bersama. Dominasi lebih banyak pada fafau. huhu. Aku nak tengok JOZAN!! Tapi, mungkin jugak sebab takut kalau-kalau dibiar Johan dengan Zizan takut jugak larikkk jauh topik dibawak budak berdua tu. Haha. Johan dan Zizan, kalau dah berdua, susah nak kawal dah. Mungkin sebab tu jugak ABPBH letak dyorang asing-asing. Tapi, as fans Jozan memang aku nak sangat-sangat tengok dyorang jadik Host berdua. takpela, ni mungkin percubaan kot untuk Jozan. Kot-kot tahun depan boleh la tu nak muncul berdua. Jozan!! Zizan ni dy ok. Dy tahu mana dy patut senyap, mana dy patut bersuara. Tapi yang aku risau ni Johan. Kalau nak cerita pasal kelakar. Yup! Dialah Raja. Dy Spontan! Idea dalam kepala dy tu terlalu banyak. Susah nak agak apa yang akan dy buat. Sebab tu dy mudah nak merapu. Hahaha. Sebab tu lah dia padan sangat kalau dengan Zizan. Zizan pandai neutralkan Johan balik. =) Sebab tu lah, pada aku, Johan kalau mengacara kena ada orang yang boleh kontrol dy. Orang tu jugak harus JIWA KUAT! Kalau yang mudah sentap, abesla. Haha. Yang paling serasi setakat ni memang Zizan la. Johan bahan Zizan, lepastu Zizan balas balik. Lepas tu gelak sama2. Gabungan Jozan dengan Fafau agak malap. Dan ada kalanya kelihatan tak menjadi. Faffau ni pun lawak jugak sebenarnya tapi nampak dy bukanlah orang yang sesuai untuk jadi pengantara antara Johan dan Zizan. Ada kalanya lawak Johan mati macam tu jer. Dan Zizan nampak macam 'keras' dan susah nak buat lawak. Pada pendapat aku la kan, kalau Sharifah Shahira gantikan Fafau mungkin ok kot. Takpun Adibah Noor. Sebab dyorang ni pun dari dunia2 lawak so bolehla sebati dan boleh 'makan' dengan lawak2 Jozan. Kak Dib ni jenis sound sirect jer. Haha. Tapi cara dy tetap sopan. sharifah Shahira pulak dy memang lawak. Dan sangat pandai kalau bab-bab kontrol dua gandingan JOZAN nih. Mungkin jugak sebab dy dah kenal Jozan sejak di RL lagi. So, pada aku, kerjasama antara dyorang bertiga ni sangat TEPAT. Walaupun Sharifah Shahira cam dah berusia sikit tapi its oklah. Gandingan lama dan baru. Amek yang muda2 pun tapi kalau program jadi hambar pun tak best kan? Kalau ada lah orang ABPBH yang baca blog nih, untuk majlis macam nih, pengacara kena bijak main peranan. Kalau tak, majlis jadi hambar. Lawak itu perlu. Tapi kalau over pun tak bagus jugak. Zizan ok. Cuma haritu nampak dy kaku. Tapi, selama ni cara pengacaraan dy tetap best. =) Antara Johan dengan Zizan aku prefer Zizan la dalam dunia pengacaraan TV. Tapi, kalau majlis semalam, aku takleh nafikan, Johan penyelamat majlis tu. Kehadiran dy menghidupkan suasana. Walaupun ada jer yang tersasar tapi dy boleh pull back balik dengan energy yang dy ada. Malah sokongan Zizan di sisi tu yang buat dy lagi POWER!! Dy buktikan yang aura dy sebagai pengacara tu TETAP ADA dan insyaAllah boleh lagi tu tahun depan kalau nak mengacara ABPBH. Malah di TL Twitter, FB, kat laman2 sosial nama Johan disebut sebut sebagai penyelamat majlis. =) Tahniah, Johan. Love u!!!



     Dan ABPBH semalam jugak memperlihatkan dominasi ZIZAN RAZAK dalam anugerah2 online. Perghhhhh~ Zizan kalahkan Big Bang kot. Percaya tak? Hoho. Hebat Zang!! Mungkin sebab tu jugak la agaknya bila nama nya tak disebut sebagai Bintang Paling Popular, Zizan kecewa. Yela, dy yang paling banyak menang anugerah tapi tau-tau diumumkan nama orang lain. Aku pun akan kecewa kalau kat tempat dy. Harapan dy tinggi. Malah nama dy jugak sering disebut-sebut untuk menang anugerah tu 2 3 tahun ni. Takpelah Zan, bukan rezeki awak lagi. Sabar eh. Tahun depan ok? =) Dan tahniah sebab menang anugerah Artis Lelaki Komedi Paling Popular. Pada aku scara peribadi, takde sape boleh kalahkan Johan dalam buat lawak. Menang, kalah, tercalon tau tidak aku yakin ramai dah tau bakat dy. =) Tapi, tade rezeki dy. Aku pun sedih. Yelah, aku yang tak pernah2 undi BH, tetiba beli BH dan pangkah nama Johan. Aku undi semata-mata sebab JOhan.!! Sebab JOHAN!! Mane tak frust bile dy tak menang. Huhuhu. Dalam hidup aku, aku minat banyak artis. Antaranya yang betul2 fanatik ialah Rosyam Nor dengan Fahrin Ahmad. Jugak Faizal Tahir. Tapi..tapi, sepanjang pencalonan dyorang kat ABPBH aku tak pernah pun undi tapi bila giliran Johan, aku undi!! Owhh! Ini GILA!! Aku tak tau apa yang merasuk aku pi beli BH tu 5 6 keping pagi2 sebelum pi kelas semata-mata sebab Johan. Tu belum lagi yang aku kutip rumah mak su, pak su, nenek, rumah jiran, kawan2, haishhh~ Apalah aura Johan sampai aku ni MINAT sangat kat mamat nih. Tapi, frust tu tak terasa sangat sebab Jozan mengacara ABPBH kali nih. Awwww~ TQ Kak Cham. Teringat kata-kata Johan. "Terima kasih kak Cham..Sampai hari ni saya tak kenal Kak Cham" Aiyokk!! haha. Tak leh blah la dy nihh.


       Anyway, aku tetap nak ucapkan TAHNIAH pada Johan dan Zizan sebab menang gandingan di Layar Serasi. Memang layak anugerah tu dianugerahkan pada JOZAN. Takde yang lebih serasi dari JOZAN. =) Ni kali kedua dyorang menang sebagai gandingan serasi. Sekali di Shout Award. Dan kali ni ABPBH.. hehe. Terima ksih pada yang mengundi. =) Jozannerz, we made IT guys. 

  
        Parody Johan adalah persembahan yang paling diingati untuk malam tu. Dan aku percaya kat utube mesti viewers akan cecah juta-juta. aku sendiri pun dah banyak kali ulang kot part tu. Haihhh. Cam nak tercabut usus gelakkan Johan nihh. Sebenarnya masa rehearsel pun, Zizan dah tergelak sampai merah2 muka tengok gelagat Johan.(Yang ni boleh refer kat keek Fizo Omar). Tq Fizo kongsikan saat2 BFF tu kat kami nihh.  Tapi masa show tu Zizan pi tengok lagi. Tak puas la tu kan. Dan after abes persembahan Zizan sempat lagi hulur tangan nak "sep" dengan Johan. Pahtu, Johan pun balas "sep" Zizan. aww.. suweeet!! Then dia gerak masuk belakang balik. =)




   Masa ending was the best part kot. Pasal pengumuman nama Sam tu malas nak komen panjang lebar. Yang lawaknya masa si Johan dok tiru gaya artis. Paling tak tahan part Ela, "Ela rasa..rasa bersalah..rama-rama"..haha. Sakit gusi gelak aihhhh. Pahtu, mas aending cam heran mana pi Johan dengan Zizan tinggalkan Fafau sensorang. Rupanya dyorang nak buat persembahan. Hehe. Best!! Abpbh kali ni memang banyak bagi ruang pada Jozan. Walaupun bukanlah secara ekslusif tapi itu dah cukup untuk our both Johan mempersembahkan bakat masing-masing. Terutama Johan. He has a good voice too right? Zizan memang aku tak nafikan. Teringin gak nak tengok JOZAN buat duet mereka sendiri. Atleast satu lagu as percubaan. kot2 meletup. Sore Johan not bad. Sedap jugak. Tak rugi kot nak cuba. =) Mereka both talented guy. 

Ok..penat da aihh.. Apa2 pun APBPBH kali nihh best dengan dominasi JOZAN as pengacara. Lain kali bagi JOZZAN buat opening pulak denagn Faizal Tahir. Konfirm MELETOP!!!!!!!!!!! =)


     

        


Friday 5 April 2013

ANTARA "JOHAN" DAN "ZIZAN" DALAM JOZAN

Salam Hormat buat semua pembaca setia blog jozanterritory nih :)

   
               Korang!!!!!! Hehe. Sihat?? Harini aku nak share pasal “things” yang aku suka fasal Jozan. Nak tahu? Ok. Lets scroll down.



  1. Friendship

       Ni jawapan standard la kot. Kalau sebut fasal Jozan jawapan ni dulu yang muncul kat kepala aku. Sejak muncul nyer branding Jozan, friendship dyorang sangat menyerlah.  Memetik kata-kata seorang peminat tentang Jozan “ Johan klu dengan Zizan, belum ape-ape dah gelak, klu Zizan pulak, nampak Johan jer, trus xnampak yang lain, dy akan pegi ikut  Johan.” =) Awww..dats so sweet. Klu pada aku pulak, Johan dengan Zizan nampak macam sahabat yang dah kenal sejak kecik lagi. Dyorang tak nampak macam baru kenal lima enam tahun lepas. Tapi macam dah berkawan lama. Mungkin jugak sebab dyorang memulakan karier tu dari permulaan yang sama, malah perjalanan seni dyorang banyak mempertemukan dyorang sebagai Jozan. Sebab tu Johan dan Zizan jadi rapat. Bak kata Zizan dalam telemovie Drogba & Rooney “Kau perlu ingat satu tau, kalau tak kerana cita-cita kita, kalau tak kerana impian kita, kita tak semakin akrab tau macam ni, kita dah makin rapat tau”. Dah betul sangat lah tu. Ada tak yang pi tengok LKD2 kat panggung? anyway, pada aku LKD2 ni sangat menyerlahkan FRIENDSHIP among JOZAN. Ingat tak masa Zizan tarik rambut Johan lepas tu Johan siap ugut2 lagi nak kenakan Zizan balik. Haha. Dyorang terlalu selesa bersama sampai secara langsung depan penonton pun dyorang sangat semulajadi untuk kenakan antara satu sama lain. Scene tu sangat comel. Tapi my FAV was last part masa dyorang nyanyi lagu sahabat selamanya. Awww..SUMPAH!! Nak Nanges!! Masa part Johan dengan Zizan peluk2 lepas habis buat persembahan tu aku rasa cam dyorang ni sangat2 la appreaciate satu sama lain. Please Jozan. Be TOGETHER forever :))

              Sekarang both of Jozan dah boleh dikira berjaya dalam karier masing-masing, dan sepanjang perjalanan tu banyak halangan dah dyorang lalui. Johan dan Zizan. Nampaknya keserasian dyorang bukan hanya terpancar di mata peminat tapi jugak masyarakat awam. Kalau tak percaya, di surat khabar terutamanya, kalau menulis  fasal Jozan, dyorang mesti akan mention fasal keakraban Jozan. Dan penghujung 2012 menyaksikan Jozan diangkat sebagai best of screen chemistry di Shout Award baru-baru ni. Sebagai peminat, selain rasa syukur, aku sangat berbangga dengan kejayaan both of Johan dan Zizan. Walaupun masing-masing dah berjaya sebagai individu, Zizan  yang tampil dengan pelbagai filem dan rancangan tv manakala Johan pula sebagai DJ tetap dalam segmen Johara, tapi persahabatan dyorang tetap fresh macam dulu-dulu. Selalu tampil solo tak bermakna Jozan dah terkubur malah branding itu terus bersinar dalam nama Johan dan Zizan. Bagi aku sendiri, baik Johan atau Zizan, aku lebih suka mereka bergerak sebagai Jozan. Tapi, sebagai peminat, aku faham perjalanan seni yang berbeza, malah jadual masing-masing yang padat menyebabkan mereka jarang tampil berdua.  Cuma, semoga ada banyak pengarah filem kat lua tu yang nak satukan mereka dalam satu filem. Mereka dah muncul dalam beberapa telemovie tapi filem baru satu. Itu pun masa tu masing-masing baru nak mencipta nama.  Semoga tahun 2013, memperlihatkan Jozan bergandingan bersama di layar perak pulak. =))



2.  Bakat

     Both of Johan dan Zizan memang talented person. Diakui memang kedua-duanya ada tongue of comedy. Selain comedian, they can stand as a good host, a singer, a dancer, an actor an be a good best friend.  Johan. His good in imitated. Klu masa baru-baru mucul as pelawak dulu, memang akan ada yang anggap Johan ni klon Salleh Yaakob. Yelah, pakcik merangkap idola dy lah kan. Mane tumpahnya kuah kalau tak ke lantai. Hehe. Tapi, makin hari Johan terus membina identitinya sendiri. Tapi, pakcik tetap pak cik. Sekali skala nampak jugak ‘Salleh Yaakob’ tu wujud dalam diri dy. Gelak dyorang pun lebih kurang serupa jer. =) Johan ni pun ada rupa sebenarnya. He has a good look. Cuma sebabkan dy ni tak amek pusing sangat fasal penampilan dy, tu yang ramai yg tak nampak kecomelan dan kehenseman dy yang sebenar. While Zizan, he is perfect. Aku berani cakap yang Zizan ni memang sempurna as seorang artis. Dy ada rupa yang sangatlah hensem, comel, dy ada suara, he can sing very2 well, dy jugak seorang yg sgt mnjaga imej dy as seorang artis. He has everything. Just belum kawen jer lagi. Kalau dah kawen memang dy seorang yang cukup sempurna segala-galanya. Zizan ni walau belum kawen, nampak la dy sayang kat budak2. Pernah satu hari tu, ibu Zizan update status FB dy fasal si Zizan dgn anak-anak Johan. Ibu cakap, anak Johan yang sulung tu kalau dengan Zizan, asyik berkepit jer. Pegang tangan tak lepas.  Hehe. Comel jer kan. Pandai Johan didik anak-anak. Bukan takat Johan jer yang rapat dengan Zizan malah anak2 dy pun macam tu. Teringin gak nak tau, dyorang panggil Zizan ni uncle ke Abg eh? Hehe.  Zizan klu awak terbaca ni sila komen balas ea. Haha.  So, sudah terang lagi bersuluh memang both Jozan was born talented. Cuma cara dyorang ekspresikan bakat masing-masing tu yang membezakan identiti dyorang. To Jozan, all the best guys. Love u both ;)

    Bercerita pasal bakat, selalu jer ada yang cuba membandingkan antara Johan dengan Zizan. Which one is better? Pada aku, dua2 ada BAKAT tersendiri. Dua-dua best! Dua2 ada karakter yang berbeza. Dua2 ada kehebatan. Dua2 ada AURA. But when their perform together as JOZAN, its PERFECT!!! Kekurangan Zizan ada pada kelebihan Johan. Dan kekurangan Johan ada pada kelebihan Zizan. Mungkin jugak sebab tu lah mereka ni suka sangat gelak sendiri lepas buat lawak. Masing-masing dah tahu karakter masing2. So gelak tu spontan terkeluar dan takleh nak kontrol. Zizan, dia memang takleh tahan kalau Johan da mula buat muka pelik2. Haha. Johan pulak dia memang jenis suka gelak. dia mudah nak gelak kalau dibanding dengan Zizan sebenarnya. Tapi both of them, kalau dah sama2 tak tahan nak gelak tu, part tu memang uncontrol. HAHA. so cute TOGETHER lahh :)



3.   Rupa

Hehe. Ini salah satu x-faktor yang buat both Jozan sangat laku dalam industri seni tanah air. Zizan Razak. Nama ni kalau sebut memang ramai gadis beratur nak jadikan suami. Maklumla, ni satu-satunya artis yang ada hidung Shahrukhan. Haha. Limited edition katekan. Untunglah mana-mana gadis yang jadi pujaan hati anak jati Kemaman Ganu nihh. Zizan kalau bab pakaian, dy tak pernah failed dalam mana-mana penampilan dy. Fav dy baju jenama badger. Dah boleh dah tu kalau nak jadi duta Badger Malaysia. ;) Zizan jugak tak lari dari aksesori. Dy suka pakai jam. Jam G-Shock tu dah boleh buat koleksi dah. Semua kaler dy ada rasanya. Dapat pulak yang kaler hitam masa birthday haritu. Selain jam, Zizan ni penggemar kasut n topi. Rasanya kat rumah dy ada banyak rak just untuk letak kolesksi2 kasut dy. Topi pun Zizan boleh buat koleksi. Zizan jugak penggemar barang2 iron man. Kalau Faizal Tahir tu superman Malaysia, Zizan ni boleh la kalau nak dijadikan Iron Man Malaysia. ;) hehe. Opppss..satu lagi lupa, selain baju, kasut, topi n jam, zizan jugak suka pakai kaca mata. Nampak dy macam ada banyak koleksi jugak. Sebab tu aku cakap, Zizan ni kalau bab penampilan, memang  dy yang terbaiklah. Kalau satu hari nanti, rasa nak bukak kedai bundle pun boleh. Ramai kot rasanya yang nak beli. Hehe.Tapi..tapi satu jer yang buat aku cam kureng sikit, Zizan n eksesori wanita. Aku pun bukan sempurna tapi masa sekolah dulu, ustaz aku cakap, kalau kita tak leh mengubah sesuatu maksiat tu, sekurang2nya kita benci dengan hati. Itulah selemah-lemah iman. Untuk Zizan, doa peminat anda yang baik-baik tu tak putus hadir bersama awak. Semoga suatu hari nanti, dibukakan Allah untuk berubah sebab Zizan Razak akan nampak lebih sempurna tanpa semua tu. ;) No hurt feeling ok peminat2 Zizan. Kita doakan yang baik-baik untuk dia dunia dan akhirat. Bagi Johan pulak, dy bukan takde rupa cuma Johan ni jenis tak kisah sangat pasal penampilan dy. Kalau lah dy pun macam Zizan, rasanya johan punya market lagi naik melambung-lambung walaupun dy dah kawen. Walaupun Johan ni muncul dalam pelbagai imej, kejap rambut nano, rambut pendek, rambut lurus, tade rambut..haha. Tapi pada aku ni, Johan tetap comel. Tetap hensem.  Badan dy yang makin ‘naik’ tu tetap menampakkan kecomelan dy . Hehe. Kadang-kadang boroi kadang-kadang nampak six pax. Haha. Ade ehh? Six pac yang dah dicombinekan jadi satu iaitu boroi. Wahahaha. Tapi,sebabkan dy ni suka bersukan, so tahap keboroian dy tu takla melampau-lampau. Dy still nampak comel dan tough. Hehe. Adik awie la katakan. Kalau tak silap, fav sport dy adalah Futsal dengan Ping Pong. Sebab futsal jugak la kaki dy jadi gitu. Tapi rasanya Johan takkan serik. Dy takkan berhenti main futsal Cuma mungkin kena lebih hati-hati la lepas ni. Sebab kaki dy tu pun salah satu punca rezeki dy. kerjaya dy memerlukan pergerakan yang banyak. So, speed recovery dear. Kami sayang Johan. J Pada Johan yang paling aku suka sekali part mata dy. Makin dy senyum makin kecik mata dy. Cumel gler ahh Johan nihh. So, senyum selalu ea Johan. =)



   4. Personaliti

Aku kira ini yang terakhir. Aura seseorang artis ni lahir dari personaliti yang dy miliki. Baik Johan atau Zizan masing-masing punyai personaliti yang tersendiri yang dibina sepanjang karier dyorang dalam industri seni nih. Zizan. Pernah ditabalkan sebagai seorang yang sombong oleh media. Betul ker? Pada aku, itu semua permainan media. Bila susah nak dapatkan artis tu, terus cap sombong bagai. Tapi, sebagai salah seorang peminat bertuah yang penah jumpa Zizan ni depan mata, pernah borak-borak dengan dy, aku nafikan sekeras-kerasnya yang Zizan bukanlah sombong macam apa yang dikhabarkan. Jejaka tampan dari Terengganu ini melayan semua orang sebaik-baiknya yang dy boleh buat. Walaupun dy ni artis yang boleh dikira ada nama besar dalam industri tapi Zizan Razak tak pernah sombong. Baik budakny. Hehe. Anak sapa la tu kan. Aku tak minat sangat zizan tapi dapat peluang berjumpa bertentang mata dengannya buat aku kagum dengan personaliti miliknya. Peramah dan sentiasa ceria dengan lawak-lawak spontan dy tu. Tutur kata dy pun lemah lembut jer . Haishh..cair pulak dengar dy cakap cenggitu. Pergi pada Johan, lelaki ni aku akui ada AURA yang tersendiri. Dalam lawak, dalam jenaka, dalam tutur bicara, dia sebenarnya TAMPIL dengan 1001 idea dan tidak mengetepikan fakta. Cuma ialah kadang-kadang OVER tu memang takleh nak cakap apa la kan. Tapi pada aku, walaupun Johan ni jenis tak berapa nak kisah dari segi penampilan dy, dari segi gaya tapi IMEJ dy sebagai ketua keluarga tu sangatlah dia jaga. :) Ala-ala suami mithali la kan. Untung Ozlynn. Both Johan dengan Zizan memang ada "BRAIN AND BEUTY". Sebab tu lah dari dulu sampai sekarang mereka sangat2lah laku dan still TERHANGAT DI PASARAN. haha. 

#Last but not least. Gud luck to JOHAN dan ZIZAN dalam pencalonan do ABPBH. Kali ni nak tengok both of JOZAN naik pentas sama2. :) Kot2 tahun ni rezeki dyorang menang BINTANG PALING POPULAR. :) 



JOHAN


ZIZAN RAZAK

Oklah..rasanya kene benti dulu la kan. So, will update to you on the next entry ok. BYE!



Friday 22 February 2013

It's Jozan Time!!!!


Assalammualaikum.

   KOrang!!!!  Lama benar blog ni tak berupdate nampaknya. Tapi dari freedjit tu nampaknya ada jugak yang sudi menjengah ke blog nih. Mungkin suka membaca tulisanku tentang Jozan. Takpun saja bertandang mengubat kerinduan pada Jozan menerusi perkongsianku dengan kalian. Ok. MLM 2012 dah pun melabuhkan tirai dan aku pasti ramai yang merindui gandingan Jozan untuk kembali beraksi di layar tv, drama mahupun filem kan? Bukan saja kalian, malah aku juga begitu. Sentiasa rindu akan keletah spontan dan yang paling dirindukan adalah usik mengusik antara mereka. Rindu Jozan kan?? Huhu >_<



        Mengenali Jozan buat aku rasa terus nak mengenali dyorang lebih dekat. Macam mana dyorang stay dengan persahabatan dyorang? Kalau bergaduh, agak2 sape yang akan say sorry dulu?, spe yang kuat mrajuk?, spe tu, spe ini?, haha. Banyak bende kot aku nak tau fasal persahabatan dyorang.  Agak-agak kalau satu hari nanti aku ada peluang duduk bertiga dengan Jozan, sehari pun tak cukup agaknya aku nak dengar cerita pasal friendship dyorang. Hehe. *berangan pun bolehhhh* =)



          Johan dengan Zizan. Dyorang ni jadi cukup sempurna dalam gandingan Jozan.  Dyorang artis PERTAMA yang tampil dengan branding persahabatan yang sangat2 istimewa. Banyak dah kumpulan muncul tapi lepas dua tiga tahun dah berpecah, ada yang tak sampai setahun dah tak sehaluan. Mungkin jugak sebab tu Johan dan Zizan tak nak disebut sebagai kumpulan.  Mereka hanyalah gandingan. Jozan tu ialah BRANDING. Branding yang mereka bina sejak mengacara Raja Lawak 2 dan di Lawak King. Dan sebab tu jugaklah mereka tak pernah bermasalah walaupun bergerak secara solo.  Malah masing-masing menyokong antara satu sama lain. Yelah, industri ni pun kecik jer kan. So mana-mana pi pun pasti berjumpa jugak akhirnya.  Memetik kata-kata Johan dalam satu akhbar tempatan “ Dengan siapa pun kami bersama, Jozan masih Jozan”. J Ayat ni buat aku senyum sampai telinga. Johan kini yang lebih banyak komitmen di pagi era dalam segmen JOHARA manakala Zizan lebih banyak muncul dalam filem, walaupun begitu, branding Jozan tu takkan hilang, takkan pudar, malah akan terus kekal sebagai Jozan.




    Teringat masa  Zizan dinobatkan sebagai Artis Komedi Lelaki Popular 2010. Masa tu Johan senyap jer. Jarang jugak nak dengar cter pasal dy kat paper or kat media. Tapi 2011 nampaknya bakat Johan mula menyinar apabila tampil meluas di tv. Masa tu HOT dengan Edisi Khas kat TV3. Fifi Fairuz Fuyyo yang memang ye ye oo jer kan. Haha. Tahun 2011 nampaknya anugerah tu beralih pada Johan. Masa tu media pun mula la nak bermain api dengan Jozan. Baik Johan atau Zizan, kedua-duanya bijak memanipulasi keadaan. Malah, kejayaan Johan adalah kebanggaan Zizan.  Sweetkan dyorang. Walaupun lelaki, tapi Johan dan Zizan sangat menjaga persahabatan dyorang tu. Lagi-lagi Zizan. Dy kalau orang sentuh jer fasal persahabatan dy dengan Johan mesti tangkap leleh terus dy. Teringat masa final SS haritu, masa Kak Dib sentuh cakap fasal persahabatan dyorang, tak semena-mena Zizan nangis. Pastu Johan terus peluk Zizan. Alahai..cam adik abang dah dyorang tu. Tapi yang pelik ade gak yang labelkan dyorang ni ‘gay’. What the heyyy waleyy walleyy la kan orang cenggitu. Dengki ke haper ntah.


  
       Lumrah la kan manusia ni ade jer nak dengki kalau tengok orang happy. Mungkin sebab tu buat cerita macam-macam fasal Jozan. Sebagai peminat, kalau boleh kita nak tahu semua fasal FAV artis kita tu. Samela macam aku. Aku pun mengikuti perkembangan karier Johan dan Zizan. Walaupun sebenarnya aku minat Johan lebih sikit dari Zizan tapi aku sangat tak suka orang yang suka banding-bandingkan dyorang. Kalau aku sebagai peminat pun dah rasa tak selesa, apatah lagi Johan dan Zizan kan. Hmm..kesian dyorang. Masa Johan sakit haritu, Zizan tampil solo di pentas MLM. Masa tu bakat dy melawak dy dipertikaikan terus-terusan. Ramai yang mula bukak mulut mengatakan dy tak boleh ‘hidup’ tanpa Johan. Johan pun tak cakap banyak pasal tu bila media tanya komen dy fasal persembahan solo Zizan di MLM. Tapi yang terharu tu bila Johan cakap, kita tak perlu kesiankan Zizan tapi kena bagi sokongan pada dy. Terharu kot aku dengar Johan cakap cenggitu. Nampak tinggi kepercayaan yang dy sandarkan pada sahabat baiknya, Zizan. Pada aku lah kan, both Johan dan Zizan sama-sama talented. Johan good in delivering spontaneous ideas and Zizan good in manipulating it. Sebab tu kerjasama dyorang sangat berjaya. Mungkin jugak sebab dah banyak tampil dalam persembahan bersama, both Johan and Zizan sangat memahami antara satu sama lain. Baik Johan atau Zizan, mereka masing-masing punyai cara tersendiri dalam menyampaikan lawak.  Ayat Johan tak abes sekalipun, Zizan dah boleh ‘tangkap’ dan faham apa nak dibuat seterusnya. Tengok jerla masa mengacara Raja Lawak, ade jer idea spontan dyorang. Lepas tu, sama-sama tahan sengih, sama-sama gelak. HAHA. Nger jer kan?! Tapi itu yang aku suka. Aku suka tengok dyorang buat lawak dan lepas tu gelak sendiri Kekadang lawak tu tak kelakar pun, tapi aku gelak sebab tengok dyorang gelak. HAHA. Aku pun layan ngek sekali. =P



      Itulah Jozan. Dyorang buat lawak, dyorang sendiri gelak. But, to be frankly la kan, aku suka sangat tengok part dyorang gelak lepas buat lawak. Cumel kot. Haha. Baik Johan atau Zizan masing-masing tak leh tahan tengok muka satu sama lain. Tengok jerla kat MLM, minggu 1 tu, belum apa-apa, Zizan masuk buat lawak splastik dy tu, Johan terus taklah nak control gelak. Bila Johan dah gelak, Zizan apatah lagi. Dy mane nak tahan dah. Terus cover muka dengan beg. Dyorang gelak, aku ni apatah lagi, gelak tak hingat dunia dah..Korang pun mesti suka gak kan part dyorang gelak-gelak tu. Kan..kan? jangan nak tipu ea. Haha. Lagi-lagi gegurl kat lua tu. Walaupun ada jer yang cakap, Jozan tak profesional. Dyorang buat lawak, dyorang gelak. Tapi pada aku, biasa la tu kan. Dah lawak, gelak la. Hehe. Ni ayat nak kena lambung nihh. Selagi dyorang buat yang betul, aku tetap sokong Jozan. Tak kisah la orang nak cakap tak pro ke, haper ke. Den tak kisah hokkeyy.  Keselesaan dan keakraban dyorang yang buat dyorang jadi gitu. Dyorang dah banyak buat show sesama. So, masing-masing dah faham perangai satu sama lain. Aku yakin, walaupun dah buat banyak latihan sama-sama, tapi masa performance tu gelak tetap taklah nak control. Biarla, kalaupun itu trademark Jozan, aku tetap suka Jozan.



          Tu la orang cakap, kalau dah suka tu kan, ape jer pun kita nampak baik. Hihi. Aku akui. Tak semua pasal Jozan ni baik. Tapi, kita ni pun sebagai manusia, apa yang baik tu kita ikut. Apa yang tak baik, kita doakan supaya dijadikan lebih baik. Aku bukan nak puji Jozan melambung, sebagai manusia biasa, dyorang pun ada banyak kelemahan. Sama la macam aku. Macam orang lain. Kalau kelemahan tu yang buat dyorang nampak  buruk, janganlah sesekali kita aibkan. Walaupun dyorang ni artis, kata orang artis ni milik masyarakat, baik hal peribadi atau tak, media akan kejar habis-habisan sebab nak jadikan berita. Tapi, kita sebagai orang awam jangan sesekali menilai mereka untuk apa yang kita tak tahu. Doakan yang baik-baik cukup. =) Pada Johan, yang paling aku respek pada beliau nih, keluarga itu keutamaan dy. Apa yang dy buat, itu semua sebab ‘anak bini’ dy. Hehe. So, aku harap sahabat baik dy, Zizan pun macam tu nanti bila dah kawen. Contohi Johan yer Zizan. =)) Dan untuk Zizan, semoga jumpa jodoh yang baik. Kalau boleh yang bertudung macam idaman dy. InsyaAllah.

So, sampai sini dulu. Adios. J

Friday 25 January 2013

Jozan Buktikan Mereka Masih Pilihan Pertama Peminat Di Maharajalawak Mega 2012

Assalammuaikum.

    
   Walaupun MLM 2012 telahpun menutup tirai hampir seminggu yang lalu, namun topik ini masih hangat diperkatakan tidak kira media cetak mahupun media elektronik. Dan masih tidak terlewat kiranya aku ingin ucapkan TAHNIAH pada abang-abang sayang aku iaitu Johan dan Zizan. Both of u awesome, dude!! Tahniah sebab berjaya menjulang piala kemenangan sebagai juara tambahan lagi duit sebanyak RM 50,000. Perghhh!! Banyak tu..Errr..bila nak belanja makan ea Jozan? haha >_<"




   Alhamdulillah. Takde kalimat yang lebih baik daripada kalimat syukur kepada Allah atas kemenangan mereka. Seriously, aku sangat-sangat bangga akan  abang-abang kesayangan Jozannerz nihh. Walaupun dyorang yang menang, tapi kemenangan tu buat tidur aku lena diulit mimpi-mimpi indah sejak hari tu..=) Arghhh~ Ini semua poyo bak kata Johan. hehe. Tapi menang pun tak semestinya semua orang puas hati. Itu lumrah kehidupan. Manusia memang suka bercakap sehingga dah tak mampu nak bercakap lagi. Kemenangan mereka terus-terusan dipertikaikan memandangkan mereka terus-terusan mengungguli carta teratas sejak minggu pertama di MLM 2012. So what? Tak puas hati laa haters kan? But seems korang kena la terima kenyataan. Aku tak nafikan populariti salah satu penyumbang tersebar undian Jozan untuk sentiasa berada di tangga teratas setiap minggu TETAPI harus juga diingat populariti takkan datang tanpa orang sedar akan bakat dan kekuatan mereka.



  Branding Jozan dah berada dalam industri seni tanah air sejak 2007 iaitu sejak Jozan mula mencipta nama sebagai gabungan bersama antara Johan dan Zizan. Keserasian yang tercipta antara mereka nyata menyebabkan keselesaan dalam pesembahan pentas mahupun dalam bidang pengacaraan begitu terserlah sekali. Branding Jozan ini tidak hanya terhenti selepas Raja Lawak Musim 2 sebagai pengacara tetapi telah disambung sebagai pengacara tetap untuk rancangan Raja Lawak sehingga musim terbaru iaitu musim keenam. Keletah dan telatah mereka di Raja Lawak sebagai pengacara memberi penangan hebat kepada branding Jozan untuk terus membina nama sebagai sebuah gandingan yang semakin serasi di pentas lawak khasnya. Kehadiran mereka seolah-olah begitu mengujakan sehingga mendapat komen menenggelamkan peserta yang bersaing. 



     Walaupun pada asalnya muncul sebagai stand-up comedian namun nyata rezeki mereka lebih banyak yang membabitkan mereka untuk bergerak dalam industri secara berDUA. Dalam masa yang sama, keserasian antara dua pelawak ini terus menjadi bualan dan sebutan masyarakat awam. Pernah dilabelkan sebagai 'gay' kerana ada segelintir masyarakat yang berfikiran negatif tentang cara mereka bersahabat. Ada juga yang dengki dengan dyorang kan? Takpun jeles sebab takde BFF cam Jozan. Tapi ape2 pun, takmolah kater kat dyorang ni 'gay'. Johan tu terang-terang dan berstatus "MARRIED" nak labelkan gay apa lagi?? Astaghfirullahalazim. Pada sapa-sapa yang kat luar tu pernah terfikir yang dyorang ni gay, please istighfar banyak-banyak. 



        Keserasian Jozan nyata diuji apabila mereka memilih untuk bertanding di pentas Maharaja Lawak sebagai duo Jozan dan bukan persendirian. Ini merupakan kali pertama mereka bergandingan sebagai Jozan dalam sesebuah pertandingan berskala besar. Minggu demi minggu mereka antara sebutan untuk menjulang status juara tapi nampaknya 'luck' masih belum memihak kepada mereka untuk bergelar juara. Terpilih sebagai naib juara namun ada juga soseh soseh yang terus terusan mengasak persahabatan mereka. habis jer ML masa tu, timbul berita Jozan masam muka sebab dikhabarkan Johan tak puas hati kat Zizan? What??! Ni kalau aku taulah sape yang Joyah buat cerita ni memangla nak kena sepak laju laju. Tapi Jozan tak cepat melatah. Persahabatan mereka tak semudah itu untuk digugat. Beberapa minggu kemudian nyata kenyataan balas dari Jozan tentang 'khabar angin' tersebut. Yang nyatanya mereka memang TIDAK BERMASAM muka. Malah, di FB official Zizan juga telah diupload gambar-gambar bersama Johan sewaktu shooting di London. So, lepas tu Joyah terus tutup mulut. >_<" Kiter tak suka Joyah!!! jangan bikin panas boleh tak?



       Lepas MLM, Johan dan Zizan dah banyak bergerak solo. Hakikatnya, Jozannerz sangat rindukan gandingan ini untuk terus kembali beraksi. Zizan sibuk dengan filem dan Johan dah mula sibuk di konti Era. Tetapi Super Spontan menemukan mereka kembali walaupun beraksi sebagai pesaing antara satu sama lain. Dimana-mana Jozan tetap Jozan. Walaupun berlainan kumpulan tetapi aku pasti ramai yang 'konfius' yang mereka tu sedar tak mereka ni lain-lain kumpulan? HAHA. Semangat setiakawan yang ditonjolkan sejak awal hingga akhir program tersebut pasti menyentuh hati sesiapa saja yang melihatnya. Baik Johan atau Zizan, pada mereka nilai persahabatan mereka itu takde galang gantinya. Kalah menang mereka tetap bersama. Mereka sahabat selamanya. =)




    Tahun 2012 mereka sekali lagi dikhabarkan akan beraksi di pentas MLM. Yang pasti gabungan mereka adalah yang paling ditunggu-tunggu setiap minggu. Kalau nak buat review minggu demi minggu memang tak dapat la kan. *Lebih tepat, malas sebenarnya* Pentas akhir MLM menyaksikan kemenangan mereka kali pertama sebagai gabungan Johan dan Zizan. Alhamdulillah. Tahun 2013 menyaksikan permulaan yang begitu baik buat Johan dan Zizan. Nyata, impak kemenangan tersebut begitu besar dan berharga bukan saja buat mereka berdua malah peminat-peminat mereka. Yakin, pasti ada yang mengalirkan air mata kala nama mereka diumumkan sebagai Juara MLM 2013. Terharu, sebak, gembira, bersyukur. Semua perasaan ini bercampur baur menjadi satu. Teringat akan segala susah senang Jozan selama berada di dalam industri ni, jatuh bangun dyorang, sebak kala melihat Zizan yang terpaksa meneruskan perjuangan tanpa Johan untuk dua minggu berturut-turut, terharu dengan kesungguhan Johan untuk tampil di pentas akhir untuk menemani Zizan walaupun kesihatan beliau masih pada tahap yang belum betul-betul pulih. Biar dy berdingkut-dingkut atas pentas, tapi sedikit pun kesakitan tu tak ditunjukkan. Biar berjalan tanpa tongkat asalkan dy tak meraih simpati sesiapa. Itulah Johan yang aku kenal. Dy sangat kental. Dy tak kesah pandangan orang. Dy tak suka menagih simpati sesiapa. Pada aku dy seorang penghibur berjiwa besar. Pada dy, tanggungjawab dy itu yang utama. So proud of him. Sumpah. Aku bangga dan sangat bersyukur sebab aku minet giler2 kat mamat nih. Walaupun dy ni penampilan memang kadang2 "serabut" (sorry bro)  tapi pada aku, bukan itu yang aku pentingkan tapi pemikiran dy, idea dy, pembawakan dri dy, itu yang aku suka. Dy miliki PERSONALITI yang tersendiri. To Johan, please know that im really proud to b one of thousand fans of Yours =) Support anda selamanya.



    Zizan Razak. Pada aku, ucapan terima kasih tu tak pernah cukup untuk dy sebab sudi membuat penampilan solo untuk Jozan. Itu satu pengorbanan yang begitu besar buat Jozan, Johan dan kitorang ni sebagai peminat. Dy berbakat. Dy ada rupa. Dy sangat menjaga penampilan. Dy juga sangat menjaga kerjaya dy. Tapi yang paling penting dy sangat menjaga persahabatan antara dy dan Johan. Itu yang paling menyentuh hati sekali. Pada aku, Zizan ni memang berjiwa sentimental. apa saja yang perkara yang menyentuh pasal persahabatan dy memang dy mudah nak 'cair'. Antara dy dan Johan selalunya aku akan nampak dy lebih care toward johan. Mungkin sebab cara Johan hargai Zizan tu kebanyakannya secara tersirat. Sewaktu terpaksa beraksi solo di pentas MLM, nyata wajah dy memang muram sangat-sangat. Yela, banyak perkara yang berlegar-legar dalam kepala dy. Tapi bak kata Johan, tak perlu kesian kat Zizan sebab itu memang tugas dy as seorang pelawak TAPI kita kena terus beri semangat pada dy =) Yes, SEMANGAT!! Itulah yang menjadikan Zizan terus kuat dan bertahan di MLM. Walauapun persembahan dy ada yang mendapat kutukan kaw-kaw tapi dy tak kisah untuk tampil solo sekali lagi di minggu ke sembilan. Apa yang dy buat adalah sebab SEMANGAT! Semangat dari Johan dan juga semangat dari peminat. Salute sangat kat Zizan nihh. Mungkin sebab kegembiraan terlampau tu yang dy 'kiss' Johan lepas persembahan muzikal minggu akhir tu kot.




  Gambar Zizan kiss pipi Johan tu jadi bualan ramai. Tapi 99% adalah sangat positif tentang itu. Mereka faham itu bukan sebab GAY tapi sebab dyorang SAHABAT SELAMANYA. Kalau aku kat tempat Zizan pun, agak-agak aku pun buat bende yang sama. Kiss pipi Johan? Auwww..*senyumsenyum* >_< Dua minggu terpaksa beraksi solo, tampil tanpa Johan, tekanan untuk mendapatkan idea bagi DUA persembahan setiap minggu, tekanan dari pengundi-pengundi yang sentiasa mengharapkan Jozan yang terbaik, tekanan nak buat latihan lagi, macam-macam tekanan. Dengan perasaan campur baur hadir di pentas tanpa Johan, sebak dengan sokongan peminat dan macam-macam rasa lagi. Dan kegembiraan tu sangat terserlah dengan adanya Johan di task MLM minggu akhir. Zizan kiss pipi Johan ada banyak sebab. Sebab dy memang terharu dengan semangat Johan untuk temankan dy walaupun terpaksa tahan sakit, sebab dy gembira Jozan dan kembali berdua, sebab dy nak Johan tahu yang dy memang RINDU nak tampil bersama Johan, sebab dy nak Johan tahu, dy memang rindu nak bekerjasama dengan Johan dan dy nak semua orang tahu, ZIZAN SAYANG JOHAN. Persahabatan yang mereka bina selama ni begitu berharga untuk dy. Johan tu dah macam adik beradik dy. Mereka dah macam keluarga. =)



     Buat Zizan dan Johan, sebagai peminat, kami akan sentiasa doakan yang terbaik untuk anda. Kekalkanlah branding Jozan tu sampai bila-bila. Buktikan pada masyarakat yang 'lostlasting friendship' tu memang masih wujud. Dan akan sentiasa ada. =) Best kan kalau ada sahabat cam Zizan ngan Johan? So suwettt sangat. hihi.


  Dan kemenangan mereka di MLM kali ni buktikan mereka masih pilihan pertama peminat. Mereka popular sebab mereka berbakat. So, jika tanye kat aku adakah dyorang menang sebab popular? Yes! Dan populariti tu bukan diraih dengan gosip semata-mata tapi usaha berterusan dalam dunia seni nih. So good luck to u both. Pedulikan apa orang nak cakap, coz korang memang dah terbaik. =)) Love u.



So, next entry will be update soon.