Thursday 11 April 2013

KEJUTAN JOHAN, KEKECEWAAN ZIZAN DI ABPBH 2012

Salam Hormat semua pembaca yang sudi singgah blogwalking kat jozanterritory,blogspot nih.



Johan, Fara Fauzana & Zizan Razak
    
     Entry kali ni agak ISTIMEWA buat aku. So, aku dedikasikan penulisan ku ini khas untuk Johan dan Zizan Razak. Walaupun aku tau, memang tak mungkin la kan depa tu singgah membaca blog picisan cam blog aku nih. Tapi, tak salah kan untuk aku simpan harapan. =) Ok, guys. Kali ni penulisan aku 100% mengenai ABPBH 2012 yang baru jer berlangsung baru-baru nih. Dah tahu kan sape menang?? SHAHEIZY SAM!!! Tahniah SAM! U deserve it!! Walaupun I ingatkan nama ZIZAN RAZAK yang diumumkan sebab dia pulun almost 4 (kalau tak silap) anugerah BH ONLINE tapi I tetap respect SAM. His THE BEST. Tahniah okey!! :) 
   


    Berbalik pada anugerah malam tu, pada aku, opening tu cam serabut sikit la kan. Hmm..Betul la apa kata Siti kat Twitter "opening dah tukar jadi oh!!Pening" memang pening pale mak nokkk nengoknye. Haishh. Tapi siapalah aku ni nak bersuara lebih2. Nanti tak pasal-pasal surat saman sampai depan rumah. Aiyakk!! Back To Jozan. Sebenarnya aku cam terpana jap bila tau Johan pun jadik pengacara malam tu. Hahaha. Sebab sebelum ni dalam paper pun just gitau Zizan ngan Fafau je an. So, bila Johan muncul aku cam nak jerit-jerit jer "Weh..tu IDOLA aku!!!!" haha. Alhamdulillah. Sebelum ni ramai yang bersuara nakkan JOZAN jadi pengacara di ABPBH dan tahun ni Allah perkenankan doa kami. Terima Kasih Ya Allah. =) Memandangkan aku tak dapat tengok secara live haritu, sebab aku ada program kat lua kawasan so aku just tengok trough utube je la. Haihh.. =( 



    Masa Zizan umumkan akan ada sorang lagi yang temankan dyorang jadi HOST malam tu, aku guess mungkin ada yang boleh teka itu ialah JOHAN. Tapi yang lebih memeranjatkan SEMUA PEMINAT JOZAN, Johan bukan tampil secara individu, dia bawak satu FAMILY atas pentas tu kecuali baby HAZIQ. MAIGOD!!!! Terkejut mak nokk! Sebab sebelum ni semua orang tahu, prinsip Johan yang dia takkan dedahkan siapa anak-anak dia pada masyarakat umum. Dan kejutan yang dia bawak malam tu memang benar-benar mengejutkan. Ada tak sesiapa yang perasan masa Zizan umumkan nama Johan cam ada word lagi Zizan nak sebut. Zizan jerit "Johan.. ( and family) haha. Tu aku pepandai tambah dan teka sendiri. Pada aku, Zizan cam nak sebut Johan and Family. Tapi mungkin tak jadik sebab takut tetiba Johan muncul sensorang kot. Haha. Johan ni sukar dijangka sikit. But so sweet la sangat bila Johan mention pada Ozlynn "She's my everything". Awww..cair kot. Ozlynn pun cam "alamak, romantik plak husband aku nihh kan kat tetengah ramai nihh" Haha. Lagi-lagi pulak bila Zizan mention "Saya dengan Johan satu family, anak-anak dy, I buat macam anak-anak I, cuma bini dy je I tak boleh buat" HAHAHA ><" . Dengan Ariq yang handsome. Senyum jer sepanjang atas stage tu. Tapi paling aku tak tahan, muka Sodiq yang blurr giler. Dia pun pening agaknya cam tetiba ramai orang and bunyi bising tu. Nak tergelak bila Sodiq tengok jer Papa dy yang sengal benorr atas pentas tu. Agaknya dia pun terpikiorr "Dah, kenapa kan papa aku nih?" haha. sodiq..sodiq. Agak2 naper Johan tetiber buat keputusan nak bawak satu family naik pentas eh? Hemmm..pada aku, mungkin sebab dy rasa pemilihan dy sebagai salah seorang HOST di ABPBH tu sebagai satu penghargaan pada dy kot. Dan sebelum ni ramai yang request nak tengok muka anak-anak dy, so tu mungkin cara dy ekspresikan terima kasih dan penghargaan. Takkan la dia nak bawak saja2 kan? But, Ozlynn gorgeous gler. Love U Kak!!! always paling VOGUE gitu. 

      Pada aku secara keseluruhan, ABPBH hidup sebab lawak2 Johan. Zizan pulak cam tak berapa nak menyerlah. Mungkin nervous kot. Fafau pulak...hmm..nampak tak berapa nak "masuk" dengan gandingan Jozan. Walaumacam mana pun, Tahniah Johan! U did a very2 good job kat ABPBH. Keputusan ABPBH untuk bawak Johan tu memang menjadi dan keputusan yang bijak. Hidup majlis malam tu dengan lawak sengal dan spontan dy tuh. Zizan walaupun nampak agak 'slow' tapi tetap memeriahkan keadaan bila turut sama memperkembangkan lawak Johan. Zizan nampak agak tenggelam semalam. Selalunya kalau dengan Johan takleh berenti gelak dyorang berdua. Mungkin jugak sebab ni ABPBH bukan Raja Lawak. So everything was CONTROL. Nanti, over pulak kan. Johan aku tak nafikan memang dia sebagai PENYELAMAT MAJLIS tapi adakalanya lawak dy uncontrol, tersasar dan hoverrr!! Masa dy bahan Fafau pasal jamu mak dara tuh, aku kesian sangat kat Fafau. tapi sebabkan lawak, aku gelak jugak. Oppsss, sorry Fafau. Nasib la Fafau cam cool jer kan kene bahan ngan Johan, kalau akakkkkk kiter yang sorang tu mungkin dah masuk mahkamah dah Johan. Oppss..sorry lagi. Hehe. 



    Tak banyak scene JOZAN muncul bersama. Dominasi lebih banyak pada fafau. huhu. Aku nak tengok JOZAN!! Tapi, mungkin jugak sebab takut kalau-kalau dibiar Johan dengan Zizan takut jugak larikkk jauh topik dibawak budak berdua tu. Haha. Johan dan Zizan, kalau dah berdua, susah nak kawal dah. Mungkin sebab tu jugak ABPBH letak dyorang asing-asing. Tapi, as fans Jozan memang aku nak sangat-sangat tengok dyorang jadik Host berdua. takpela, ni mungkin percubaan kot untuk Jozan. Kot-kot tahun depan boleh la tu nak muncul berdua. Jozan!! Zizan ni dy ok. Dy tahu mana dy patut senyap, mana dy patut bersuara. Tapi yang aku risau ni Johan. Kalau nak cerita pasal kelakar. Yup! Dialah Raja. Dy Spontan! Idea dalam kepala dy tu terlalu banyak. Susah nak agak apa yang akan dy buat. Sebab tu dy mudah nak merapu. Hahaha. Sebab tu lah dia padan sangat kalau dengan Zizan. Zizan pandai neutralkan Johan balik. =) Sebab tu lah, pada aku, Johan kalau mengacara kena ada orang yang boleh kontrol dy. Orang tu jugak harus JIWA KUAT! Kalau yang mudah sentap, abesla. Haha. Yang paling serasi setakat ni memang Zizan la. Johan bahan Zizan, lepastu Zizan balas balik. Lepas tu gelak sama2. Gabungan Jozan dengan Fafau agak malap. Dan ada kalanya kelihatan tak menjadi. Faffau ni pun lawak jugak sebenarnya tapi nampak dy bukanlah orang yang sesuai untuk jadi pengantara antara Johan dan Zizan. Ada kalanya lawak Johan mati macam tu jer. Dan Zizan nampak macam 'keras' dan susah nak buat lawak. Pada pendapat aku la kan, kalau Sharifah Shahira gantikan Fafau mungkin ok kot. Takpun Adibah Noor. Sebab dyorang ni pun dari dunia2 lawak so bolehla sebati dan boleh 'makan' dengan lawak2 Jozan. Kak Dib ni jenis sound sirect jer. Haha. Tapi cara dy tetap sopan. sharifah Shahira pulak dy memang lawak. Dan sangat pandai kalau bab-bab kontrol dua gandingan JOZAN nih. Mungkin jugak sebab dy dah kenal Jozan sejak di RL lagi. So, pada aku, kerjasama antara dyorang bertiga ni sangat TEPAT. Walaupun Sharifah Shahira cam dah berusia sikit tapi its oklah. Gandingan lama dan baru. Amek yang muda2 pun tapi kalau program jadi hambar pun tak best kan? Kalau ada lah orang ABPBH yang baca blog nih, untuk majlis macam nih, pengacara kena bijak main peranan. Kalau tak, majlis jadi hambar. Lawak itu perlu. Tapi kalau over pun tak bagus jugak. Zizan ok. Cuma haritu nampak dy kaku. Tapi, selama ni cara pengacaraan dy tetap best. =) Antara Johan dengan Zizan aku prefer Zizan la dalam dunia pengacaraan TV. Tapi, kalau majlis semalam, aku takleh nafikan, Johan penyelamat majlis tu. Kehadiran dy menghidupkan suasana. Walaupun ada jer yang tersasar tapi dy boleh pull back balik dengan energy yang dy ada. Malah sokongan Zizan di sisi tu yang buat dy lagi POWER!! Dy buktikan yang aura dy sebagai pengacara tu TETAP ADA dan insyaAllah boleh lagi tu tahun depan kalau nak mengacara ABPBH. Malah di TL Twitter, FB, kat laman2 sosial nama Johan disebut sebut sebagai penyelamat majlis. =) Tahniah, Johan. Love u!!!



     Dan ABPBH semalam jugak memperlihatkan dominasi ZIZAN RAZAK dalam anugerah2 online. Perghhhhh~ Zizan kalahkan Big Bang kot. Percaya tak? Hoho. Hebat Zang!! Mungkin sebab tu jugak la agaknya bila nama nya tak disebut sebagai Bintang Paling Popular, Zizan kecewa. Yela, dy yang paling banyak menang anugerah tapi tau-tau diumumkan nama orang lain. Aku pun akan kecewa kalau kat tempat dy. Harapan dy tinggi. Malah nama dy jugak sering disebut-sebut untuk menang anugerah tu 2 3 tahun ni. Takpelah Zan, bukan rezeki awak lagi. Sabar eh. Tahun depan ok? =) Dan tahniah sebab menang anugerah Artis Lelaki Komedi Paling Popular. Pada aku scara peribadi, takde sape boleh kalahkan Johan dalam buat lawak. Menang, kalah, tercalon tau tidak aku yakin ramai dah tau bakat dy. =) Tapi, tade rezeki dy. Aku pun sedih. Yelah, aku yang tak pernah2 undi BH, tetiba beli BH dan pangkah nama Johan. Aku undi semata-mata sebab JOhan.!! Sebab JOHAN!! Mane tak frust bile dy tak menang. Huhuhu. Dalam hidup aku, aku minat banyak artis. Antaranya yang betul2 fanatik ialah Rosyam Nor dengan Fahrin Ahmad. Jugak Faizal Tahir. Tapi..tapi, sepanjang pencalonan dyorang kat ABPBH aku tak pernah pun undi tapi bila giliran Johan, aku undi!! Owhh! Ini GILA!! Aku tak tau apa yang merasuk aku pi beli BH tu 5 6 keping pagi2 sebelum pi kelas semata-mata sebab Johan. Tu belum lagi yang aku kutip rumah mak su, pak su, nenek, rumah jiran, kawan2, haishhh~ Apalah aura Johan sampai aku ni MINAT sangat kat mamat nih. Tapi, frust tu tak terasa sangat sebab Jozan mengacara ABPBH kali nih. Awwww~ TQ Kak Cham. Teringat kata-kata Johan. "Terima kasih kak Cham..Sampai hari ni saya tak kenal Kak Cham" Aiyokk!! haha. Tak leh blah la dy nihh.


       Anyway, aku tetap nak ucapkan TAHNIAH pada Johan dan Zizan sebab menang gandingan di Layar Serasi. Memang layak anugerah tu dianugerahkan pada JOZAN. Takde yang lebih serasi dari JOZAN. =) Ni kali kedua dyorang menang sebagai gandingan serasi. Sekali di Shout Award. Dan kali ni ABPBH.. hehe. Terima ksih pada yang mengundi. =) Jozannerz, we made IT guys. 

  
        Parody Johan adalah persembahan yang paling diingati untuk malam tu. Dan aku percaya kat utube mesti viewers akan cecah juta-juta. aku sendiri pun dah banyak kali ulang kot part tu. Haihhh. Cam nak tercabut usus gelakkan Johan nihh. Sebenarnya masa rehearsel pun, Zizan dah tergelak sampai merah2 muka tengok gelagat Johan.(Yang ni boleh refer kat keek Fizo Omar). Tq Fizo kongsikan saat2 BFF tu kat kami nihh.  Tapi masa show tu Zizan pi tengok lagi. Tak puas la tu kan. Dan after abes persembahan Zizan sempat lagi hulur tangan nak "sep" dengan Johan. Pahtu, Johan pun balas "sep" Zizan. aww.. suweeet!! Then dia gerak masuk belakang balik. =)




   Masa ending was the best part kot. Pasal pengumuman nama Sam tu malas nak komen panjang lebar. Yang lawaknya masa si Johan dok tiru gaya artis. Paling tak tahan part Ela, "Ela rasa..rasa bersalah..rama-rama"..haha. Sakit gusi gelak aihhhh. Pahtu, mas aending cam heran mana pi Johan dengan Zizan tinggalkan Fafau sensorang. Rupanya dyorang nak buat persembahan. Hehe. Best!! Abpbh kali ni memang banyak bagi ruang pada Jozan. Walaupun bukanlah secara ekslusif tapi itu dah cukup untuk our both Johan mempersembahkan bakat masing-masing. Terutama Johan. He has a good voice too right? Zizan memang aku tak nafikan. Teringin gak nak tengok JOZAN buat duet mereka sendiri. Atleast satu lagu as percubaan. kot2 meletup. Sore Johan not bad. Sedap jugak. Tak rugi kot nak cuba. =) Mereka both talented guy. 

Ok..penat da aihh.. Apa2 pun APBPBH kali nihh best dengan dominasi JOZAN as pengacara. Lain kali bagi JOZZAN buat opening pulak denagn Faizal Tahir. Konfirm MELETOP!!!!!!!!!!! =)


     

        


2 comments:

  1. Very GOOD entry bro!
    baca post u pun dah tgelak2 kat ofis nie ha!! kuikuikui, seb bek bos xder! adoiiii JOZAN d best on earth!!

    ReplyDelete
  2. best blog ni........tu la harap2 sgt jozan dpat mngacare bdua dkat abpbh 2013 nk jozan jer...

    ReplyDelete