Sunday 9 September 2012

JOZAN tetap JOZAN

           Assalammualaikum warga blogger :) Disebabkan Syawal yang masih lagi berbaki dalam beberapa hari, dikesempatan yang ada aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Walaupun nampak sedikit terlewat tapi still aura syawal tu masih ada.

    Maaflah sebab dah terlalu lama blog ni ku biarkan tanpa apa-apa "update" terbaru. Sekarang aku agak sibuk dengan misi kemanusiaan . haha. Banyak cerita terbaru mengenai Jozan sebenarnya. Tiket Lawak Ke Der Musim 2 dah dikeluarkan. Amacam korang? Ada plan nak pegi tak? Satu lagi perkhabaran gembira adalah Jozan sekali lagi akan menjadi peserta dalam Maharajalawak Mega Musim 2. Yay!! Tak sabar nak tengok gabungan mereka sekali lagi di pentas. Semoga kali ni rezeki menyebelahi mereka berdua. aamiin :)


mencari idea


      Nampaknya dalam program raya tahun ni, wajah Zizan kerapkali muncul di kaca tv. Alhamdulillah. Ada gaya-gaya nak menang anugerah Artis Paling Popular 2012 nih :) InsyaAllah ada rezeki tak kemana. Tak gitu Zan? hehe. Bagi Johan pulak, dengarnya raya kat konti yer bang? Alahai...penyampai radio gitu ler. Tapi harus bersyukur jugak. Job tetap ada walau dimana-mana. Usaha tangga kejayaan. Kot-kot tahun ni sapu pulak anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular. Tak siapa tahu :)

   Tahun 2012 ni perjalanan karier Jozan lebih banyak pada individu. Gabungan mereka hanya pada Super Spontan haritu tapi itupun berlainan kumpulan. Selepas pragram tu, kebanyakan mengeluh nak lihat gabungan Jozan terus muncul di kaca tv. Zizan nampaknya kerap muncul di layar perak dengan tayangan filem-filem terbaru. Johan dari segi lakonan, nampaknya agak kurang berbanding Zizan. Mungkin pekerjaan sebagai penyampai radio tetap di Era menyekat sedikit sebanyak beliau untuk aktif di layar perak. Tapi, tak usah dirisaukan, kalau rindu bukak jer Era, pasti suara beliau akan menghilangkan rindu dan sekaligus tekanan yang datang bertandang.



     Ada juga soseh soseh yang mengatakan Jozan dah semakin jauh sekarang. Mungkin disebabkan jarang muncul bersama jadi mereka dilabelkan begitu. Bahkan Zizan nampak lebih kerap muncul bersama Aaron Aziz dan Johan dengan Hanif dan Ray. Itu memang tak dinafikan. Sebagai peminat Jozan, aku tak nafikan, kadang-kadang timbul sedikit "ketidakselesaan' di situ atau lebih jelas 'cemburu'. haha. Tapi, sebagai peminat yang agak matang, aku tahu itu semua adalah atas nama "kerjaya". Aaron Aziz dan Zizan aku lihat lebih pada  'bisnes partner'. Mungkin keselesaan antara mereka terjalin dan aku kira percaturan Aaron Aziz menjadikan Zizab sebagai 'rakan kongsi bisnes' merupakan suatu yang baik. Kedua-duanya punyai nama yang gah dalam bidang industri dan aku yakin peminat juga selesa bila mereka bersama. :)



   Johara. Nama itu juga kini mulai gah mencipta nama. Sebut saja dimana-mana pasti sesiapa saja mengenalinya. Branding Johara juga kini mampu dikatakan antara salah satu sebab Era kini Radio No.1 pilihan pendengar. Tahniah Johan, Hanif dan Ray. Kombinasi mereka bertiga aku kira sebagai rakan setugas yang sangat sesuai. Johan diakui antara yang paling 'aktif' dalam daya fikiran. Idea nya boleh muncul bila-bila masa sahaja. Antara mereka bertiga, aku nampak hanif yang paling matang. Aku suka dgr cara dy menyampaikan apa sahaja celoteh di radio. Dan Ray paling selalu kena buli. Hahaha. Kesian. Tapi Ray sebenarnya ada unsur humor yang agak baik. Boleh la kalau nak masuk RL 7 nanti yer Ray. :)

   Tapi walau Johara mahupun Zizan dan Aaron, hati aku tetap memilih gandingan duo paling serasi, JOZAN. Dari dulu dan insyaAllah sehingga masa-masa yang akan datang, mereka tetap Jozan selamanya. Sahabat dunia akhirat. Pada aku, mereka bukan hanya 'rakan lawak' dalam mana-mana persembahan pentas, tetapi mereka sahabat selamanya. Mereka berbeza tapi dalam masa yang sama mereka banyak persamaan. Sukar untuk aku sendiri jelaskan, tapi dari pandangan aku, mereka sangat selesa bila digandingkan bersama. Lima tahun bukan suatu masa yang singkat. Mereka dari permulaan yang sama, perjalanan seni yang tidak jauh bezanya, mereka banyak lalui susah dan senang bersama, merekalah Johan dan Zizan.

  Walaupun sering saja mereka mengakui mereka bukan kumpulan, tapi sebenarnya pada masyarakat luar mwlihat mereka lebih pada itu. Seolah-olah ada satu pertalian saudara pada mereka. Mengikat mereka sehingga mereka jadi selesa tak kira di mana. Biar jarang berjumpa, tapi mereka akui mereka rindu untuk bekerjasama. Makin aku mengenali siapa Zizan Razak buat aku makin jatuh cinta pada beliau. Dalam persahabatan dy tak segan silu menyatakan sayangnya dy pada Johan sebagai sahabat. dan mengenali Johan Raja Lawak yang dulu dan sekarang nyata jauh berbeza. Semakin matang tak kira dari segi perbuatan mahupun percakapan buat aku semakin menghormatinya.

   Biarlah apa saja orang nak kata pada gandingan mereka, ingin kunyatakan pada seluruh dunia, aku menghormati persahabatan mereka. Bukan hanya pada lawak dan bakat yang ada, tapi pada kasih sayang antara sahabat buat aku tersentuh dan ingin punyai sahabat seperti mereka. Semoga Allah meredhai persahabatan mereka hingga ke syurga. Aamiin :)