Sunday 15 September 2013

Istimewanya Zizan Razak

ZIZAN RAZAK--



Nama yang tak asing lagi dalam kalangan wanita seMalaysia aku kira. Baik yang baru nak mengenal tulis dan baca tapi Zizan Razak dulu disebut sebut tiap masa. Baik si dara mahupun yang dah berumah tangga. Malah nenek nenek si bongkok tiga juga mungkin suka akan dia.

Sepanjang mengenalinya secara jarak jauh memang diakui anak jati Terengganu ini bekerja keras untuk mencapai tahap tertinggi dalam perjalanan karya seni nya. Wajah yang bisa buat ramai anak gadis tergila-gila. Mengidam nak dijadikan imam dan ketua keluarga.

Jumpalah dia kali pertama, yang pasti dia boleh buatkan anda jatuh cinta. Itu pengalaman yang bisa saya kongsi bersama. Dia baik dan sangat menjaga tutur kata. Memang cair hati mak-mak mertua.

Tapi apa yang aku suka pada nya ialah cara DIA dan JOHAN bila berdua. Tak segan silu nak katakan YA, AKU SAYANG DIA. Itu tak semua lelaki boleh lakukan pada sahabat mereka. Mungkin ada. Mungkin juga tiada.

Tak ramai lelaki yang begitu berani tampil dihadapan ribuan peminat dan mencium pipi sahabat kesayangannya. Siapa mahu dilabel GAY terutama bila di Malaysia, keadaan ini dianggap luar biasa. Tapi semuanya, bukan atas dasar NAFSU yang tak tentu hala tapi atas dasar menghargai pengorbanan Sang Sahabat yang begitu setia.

Manja. Itu salah satu sifatnya. Tapi ni bukan manja mengada-ngada. Manja tu lagi terserlah bila Johan ada bersama.

Zizan Razak. Lagi yang aku suka pasal dia. Kalau nampak Johan, orang lain dia lupa. Program Super Spontan jadi bukti yang nyata. Pergi pada Johan untuk memberi semangat dan sokongan yang ada. Bersorak bersama tanda meraikan kemenangan kumpulan lawannya. Haha.

Semangat persahabatan tu memang lebih ketara selalunya pada dia. Sebab Johan jenis yang diam diam tapi tetap menyerlah sayang pada sahabatnya. Cuma perlu paham dengan caranya.

Pada Zizan Razak, mustahil untuk anda membaca ini, tapi ketahuilah ada ribuan peminat sangat teruja tiap kali anda dan Johan berdua. Tiap kali Johan,anda bawak dalam pelukan, tiap kali itulah kami bersorak kegembiraan.

Pada setiap kalimah sayang yang anda ucapkan, buat kami tersentuh dengan sendiri. Ada kalanya menangis walau kami tak tahu mengapa itu terjadi.

Dan, untuk pengorbanan anda bertahan berminggu minggu keseorangan di MLM yang lalu, tak cukup dengan terima kasih, anda selayaknya mendapat lebih dari itu.

Buat Zizan Razak, teruslah mengorak langkah dalam industri ini. Anda insan berbakat dan ikutlah resmi padi. Pasti anda lebih dihormati.

0 comments:

Post a Comment