Tuesday 5 November 2013

Super Spontan Musim 2 ; Jep, Johan dan Bang Bil

Salam Hormat.

Dah lama blog ni ditinggal tak berisi. Jadi, untuk hari ni aku nak menulis sikit mengenai 'review' aku untuk Super Spontan Musim 2 yang dah pun melabuhkan tirai akhir jumaat lepas. So, here we go.


Jep Sepahtu



Jep--
The best man win. So far untuk aku, sepanjang sepuluh minggu SS Musim 2 berlangsung, hampir 3/4 minggu memang penampilan Jep sangat-sangat menonjol dengan lawak dan dengan title YELLO CARD man. Hehe. Kenapa suka sangat kacau si Ray tu Jep?

Aku sebenarnya one of peminat lawak-lawak Sepah especially Jep. Orangnya sempoi je plus 100% sangat kelakar. Lawak-lawak dia tak merapu. Kalau layan lawak-lawak dia mahu tanggal rahang gelak dengan lawak sengal dia tu. Tapi tak tahu lah kenapa, after dia kuat sangat usik Ray aku jadi macam kurengg sikit lahh.

Sebabnya aku selalu nampak Jep ni cool. Dia jarang nak usik2 orang. Dia steady je selalunya. Tapi entah kenapa dalam SS makin lama dia makin NAKAL. Tapi apa-apa pun untuk title Juara tu aku pasti dia sangat layak. Apa-apa pun Tahniah Jep.

Semua game yang jep ada almost sangat menghiburkan. Sangat. Cuma masa final tu dia nampak sedikit lost. Kenapakah Jep?! Nervous kot. Its okayy. U still deserve to be CHAMPION malam tu.

Sadis sebab tak sempat nak amek gambar sama malam tu.

*sob sob*


Johan Hanania


Johan--
Ini memang fav aku kalau cerita pasal Spontan. Pada aku, one of sebab aku MINAT kat Johan ni sebab dia spontan nak mampus. Hee. Idea dia bersimpul dalam kepala. Dia buat lawak macam petik jari je.

Tapi bukan lawak picisan hokehhh. Dia ada tahap yang boleh buat orang ingat lawak spontan dia sampai bertahun lamanya.

Aku cuba nak jadi NATURAL. Tak bias pada Johan sebab aku memang minat dia. Tapi malam tu, aku nampak Johan paling MENYERLAH. Sorry Jeppers. Peace :)

Its okay kalau korang tak setuju dengan aku tapi itu pendapat aku saja. Aku tak paksa korang setuju pun.
Malam final tu, semua game memang best. Tapi one of the best aku rasa VIDEO MUZIK KARAOKE part Johan, Taukey dan Nabil.

Macammmm vangaanggg jer gelakkan dyorang. Aku pun dok ulang-ulang tengok part tu.

Johan ahh. Muka dia menggoda gila masa menari tuhh. Seksi kau nyahhh!!

Pada aku, dalam banyak2 game yang ada dalam SS, Johan sangat menyerlah bila dia main CIPTAAN.
Almost semua game CIPTAAN yang Johan join mesti best.

Dan ciptaan dia tu memang kena lah dengan alat. Bukan apa, ada jugak yang main game ni tapi idea tak berapa nak best. Tapi pada aku, kalau JOhan, dia memang paling bagus kalau bab2 macam2 ni. Idea dia gempak dan kelakar.

Game lain pun dia okehh cuma bagi aku game ni yang paling menonjolkan bakat spontan dan idea dalam kepala dia.

Satu lagi kalau game yang nak kena nari-nari. Haha. Johan dengan Zizan memang champion kalau bab2 cenggini. Haha. Mungkin sebab gesture badan yang agak lembut so kenalah kalau diorang ni nari2.

Rindu pulak kan dekat Zizan. Hehe.

Anyway, tahniah Johan. Tempat kedua sekalipun, fans awak tak pernah kecewa dengan awak. Jatuh bangun, kiorang still ada dengan awak. dan kami sangat2 syukur to be part of this team. Love u abg :)



Nabil Ahmad

Bang bil--
Sebenarnya ramai orang tak suka bang bil nih. Aku tak tau la kenapa.
Sebab aku suka lawak2 dia. Sometimes tu yer, over, mengada2, tapi aku tengok kadang pelawak lain pun sama.

Sebenarnya, bang bil ni idea dy sangat bagus jugak. Setaraf la dengan Jep dengan Johan. Dan, he deserve to be one of the best.

Aku tak minat bang bil. Tapi pada aku, lawak2 dia takla merapu pun. Dia ok apa. Mungkin orang ramai, tak suka sebab attitude kot.

Tapi pada aku, dia memang lawak. Fav aku game dia jadi nasir bilal khan yang tampil dengan trademark "mainan cucuuuu" Haha. Game tu ulang banyak kali pun aku tak jemu.



Tahniah Jep :)



Konklusinya, Super Spontan kali ni memang awesome. Rata2 pemain pun best2.

So pada peminat, terimalah apa adanya. Yang tak mengundi tu takyah kecoh sangat kalau kesayangan korang tak memang. Haha. Ini tak, yang tak mengundi tu yang sibuk sana sini bising. Phuuiii.




Ape pon tak boleh lahh.




0 comments:

Post a Comment