Wednesday 26 June 2013

SURAT BUAT SANG IDOLA JOHAN SI RAJA LAWAK

Mohd Yazid Lim

Nama ini nampak begitu asing sekali jika disebut tanpa dipapar gambar tuannya. Mungkin ada yang tak menyangka ini nama sebenar bagi jejaka pemilik rambut kembang merangkap anak sedara Salih Yaakob ini.
Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Masa awal kemunculannya dulu memang nampak identiti Pak Sedara tu ada dalam diri. Namun, hari demi hari, dia terus membina identitinya sendiri. Johan. Ya. Dia memang johan kalau bab-bab spontan dan lawak ini. Seiring dengan nama, senoga kejayaan terus menjadi miliknya.


Ada kala, namanya tenggelam dalam watak ciptaan sendiri. Mak Jemah. Ah Chai Cin Cai Bo Cai. Fifi Fairuz Fuyyoo. Ini antara yang terkenal sehingga ke hari ini. Mak Jemah sana sini. Bukan tahap budak budak tadika jer yang minat mak jemah ni, budak budak tahap universiti pun terikut-ikut sekali.

Pada aku, dia antara insan insan hebat yang aku jadikan IDOLA. Mungkin ada yang sinis. Artis. Ada apa dengan mereka? Setakat populariti itu tak kemana. Itu dunia. Dunia semata. Siapa kita menghukum mereka? Sedang kita juga tak tahu kemana  kemana tujunya kita di akhirat sana. Pada aku tak salah selagi aku tahu beza MINAT dan MEMUJA. MEMUJA samalah dengan kamu menduakan TUHAN yang kamu ada. Itu menempah neraka jawabnya.

Yang aku hormat ialah sikap dan prinsip nya. Pada dia, keluarga tetap utama. Bagi aku, itu baru LELAKI namanya. Sayang anak bini biar apa orang nak kata. Keluarga pertama lepas tu kerjaya. Sebab tu tak semua offer semudah itu dia terima. Dikata memilih dia kisah apa. Yang penting dia tahu apa kehendaknya.

Dia kuat. Luar dan dalamnya. Berkali jatuh bangkit semula. Tegar! Biar apa saja orang nak kata. Kerana dia memilih seni sebagai jalan berkarya maka segala halangan dia kuatkan tekad dan terus mara. Siapa sangka selepas kes gelas puaka, dia rupanya masih diterima. Satu sebab, bakat yang dia punya. Hanya dia yang ada.

Pada aku, ideanya terlalu banyak dalam kepala. Sehingga kita langsung tak boleh jangka. Sebab tu kalau tak pandai mengawalnya, memang merapu rapu tak tentu hala. Zizan jer yang pandai neutralkan dia. Pergi jauh ditarik semula. Supaya tak tersasar dijalanya.

Kontroversi banyak menimpa. Tapi alhamdulillah dia masih punyai peminat setia. Yang memberi sokongan dalam apa jua cara. Memberi semangat yang tak terperi nilainya.

Buat Johan. Tulisan ini memang Iman tujukan untuk anda. Tapi mana bisa kau mungkin baca isinya. Semoga satu hari nanti, kita berjumpa semula dan ingin kunyatakan betapa aku bersyukur punyai kau sebagai IDOLA.

Dia dan Zizan jauh berbeza. Bagai Selatan dan utara yang tak pernah berjumpa. Siang dan malam yang tak mungkin bisa bersama. Tapi berbeza tak semestinya tak boleh cipta keserasian berdua.

Malah yang berbeza itulah yang melengkapi kekurangan dan mengimbangi kelebihan. Sebab tu ada kala nampak mereka sempurna berdua. Siapa kata dia tak sayang sahabatnya. Siapa kita tuk menilai mereka. Tak bergurau tak bermakna dia lupa. Tak bersama tak maksud mereka sengketa. Resam dunia. Kalau tak gaduh tak bestla. Tapi gaduh gaduh pun, akhir nanti berbaiklah semula.

Dia bukan insan yang manis mulutnya. Ucap sayang bila jumpa. Semua tu begitu mahal padanya. Tapi untuk orang yang dia sayang, dia berkelakuan berbeza. Siapa sangka segarang garang Johan jadi lembut bila Zizan bersama. Kemunculan di MLM akhir tu tak siapa boleh lupa. Sakit di kaki dia lupa. Dia disitu bukan hanya sebab keluarga tapi sebab JANJI pada sahabat kesayangannya. Dan kemenangan tu lebih manis saat diterima berdua.

Teringat istilah 'hanya kita yang memahami kita'. Iya. Itu sesuai buat mereka. Apa yang mereka guraukan. Siapa yang mereka bahankan. Itu semua dalam dunia yang mereka dah cipta sejak tujuh tahun lamanya.

Yang penting, terus doakan Johan dan Zizan menjadi sahabat selamanya. :)




SUMBER : FACEBOOK IMAN JOZANNERZ