Monday 2 July 2012

ZIZAN "mael lambong"

Assalammualaikum Jozan's Teritory Blog Follower :)

   Sorry guys sebab lama tak update apa-apa entry kat blog ni. Anyway, aku pun dah mention awal-awal yang aku hanya akan menulis kalau ada kelapangan. So, no scratchess-scratchess okey :)

   Ahad lepas aku sempat meluangkan masa berjimba-jimba dengan kengkawan and layan MAEL LAMBUNG kat wayang. Filem ni mula ditayangkan pada 21 Jun aritu tapi aku jer yang lambat sikit. Hahaha. Ada lagi yang tak pi tengok Filem Abang Zizan kter tu ker? So, read my review dan leave any comment klu dah pernah tengok. Bagi yang masih tak berkesempatan tu, enjoy reading my review ya~


MAEL LAMBONG MELAMBONG DI PANGGUNG WAYANG

    1st of all aku nak ucapkan tahniah kat Zizan dan Abg Ahmad Idham sebab jalan cerita filem ni memang tak mengecewakan aku. Lakonan Zizan pun nampak fresh dan macam biasa lawak beliau memang selalu memikat :) Mael lambung ni wujud masa persembahan JOZAN dalam Maharaja Lawak minggu ke 5.


Mengimbau kembali persembahan Jozan di pentas ML

       Ingat lagi tak?? Menurut salasilahnya, watak Mael Lambung ni datangnya dari Zizan dan nama tu pulak datang dari idea Johan. Pernah dulu, Johan keluarkan statement bahawa nama Mael Lambung ni sebenarnya nama bapak mertua dy. Yelah kan. Bukan ker nama wife dy berbintikan Ismail? So, idea Mael Lambung ni sebenarnya datang dari gabungan idea mantap Johan dan Zizan. Dan alhamdulillah, branding Mael Lambung yang mereka cipta bersama dalam ML haritu kekal sehingga hari ni :)

      

  Dulu, Ahmad Idham pernah keluarkan statement kat twitter beliau tentang rancangan nak buat filem Mael Lambung vs AhChai the movie tapi sayangnya tak jadi pulak..Haishhh~ -.-" Aku antara peminat Jozan yang agak keciwa jugak masa tu. Yela, lepas habis ML dikhabarkan akan ada lagi gabungan Jozan melalui filem tapi alih2 tak jadi. Gler aku tak frust -.-" Tapi, nak buat caner..Masa tu difahamkan jadual Johan terlalu padat hingga beliau TERpaksa menolak tawaran tersebut. Dan memandangkan hanya Zizan yang ada, so, filem Mael Lambung diteruskan bagi tak mengecewakan peminat Jozan walaupun tanpa kehadiran watak ah Chai.


Abang Mael Yang Macho

    
    Watak Mael Lambong dibawa oleh Zizan dengan berkesan sepanjang jalan cerita. Seorang penarik kereta yang berjaya dan apa yang paling penting, Mael Lambong tak makan rasuah. Walaupun tampil berperwatakan agak ganas(yela, nak tarik kete orang harusla ganas sikit kan), tapi abg Mael ni kelakar orangnya. 1 Jam 30 Minit berada dalam panggung nyata terlalu singkat. Dari awal permulaan cerita hinggalah penghabisan nyata lawak-lawak dari Zizan tak membosankan ataupun annoying. So, Tahniah Zizan :) 




   Dalam filem ni, ada 2 3 Jozan masa kat ML aritu yang diselit masuk ke dalam filem. Contohnya "Kalau sebut nama aku, dari sini sampai Dang wangi orang tahu taw..bla bla bla ".... Dan ada lagi, "cantik kete bang"... ada lagi, "ni surat RO dah klua".. Bila tengok Mael Lambung ni dalam filem tercari-cari pulak dengan abang Rozi Tiger yang comel aritu masa kat Ml..tapi, huhu takde -.-"


   Perjalanan cerita ni menjadi lebih menarik masa Mael ni berjumpa Maria. Sebenarnya pertemuan tu tak disengajakan pun. Masa Maria ni nak lari dari pembunuh upahan kebetulan la kete Mael Lambung ni ada kat situ, bagi menyelamatkan diri, Maria ni men torjah jer masuk kete abang Mael. Punye gelabah si Mael ni lepas tu. Adegan masa ni memang best plus kelakar sehh. Mael dengan muka konfiden gler klua dari kete konon nak serang penjenayah sekali dy yang kene tembak(tapi tak kene pun) sebab dy pandai menari. nak tengok Zizan menari dalam cter ni, so bolehla korang layan part ni..kihkihkih :)


Bersama Abang Sabar Je Lahhhh~

    Ingat tak mamat baju merah ni?? Beliau ni pun ada berlakon dalam hantu Kak Limah balik rumah. Memula tu aku cam kenal jer mamat ni. Perati jer tapi tetap takley nak recall memori. Tetiber dy klua dialog "sabar je lahh"...then dengan kelajuan Usain Bolt berlari di trek macam tu la aku ingat balik saper lelaki berbaju merah ni.. nama dy? Errr~ lupa -.-" Beliau dalam cerita ni kawan sekampung Mael. Watak beliau hanya memainkan peranan bila Mael ni balik ke kampung halaman tapi tak banyak scene pun yang dy ni muncul. Dan klu tak silap, dalam crita ni dy pegang atak Husin.


Rozie Tiger


    Ini Rozie. Cantik tak? Tapi aku sebenarnya tak kenal ngan beliau ni. Pelakon baru kot tapi lakonnan dy pun not bad. bak kata omputeh, so far so good :) Watak Rozie ni simple jer. pada aku, takdelah adegan-adegan berat yang datang dari dia. tapi yang kelakar tu, masa part Rozie ni bermonolog dengan Abang Mael yang ada kat luar rumah. Kata bermonolog dalam hati, tapi Mael yang dok luar rumah tu boleh dengar. Bak kata Bang Mael, "gatal jugak ko ni" hahaha. Teringat satu scene Bang Mael ni dengan Rozie. "Kenapa Rozie senyum Sorang-sorang? Gler eh??"Pertanyaan Mael tu buat awek-awek sentap terus. Panggung masa tu riuh rendah dengan gelak tawa semua orang. yela, korang imagine, korang tengah senyum-senyum dengan pakwe korang kat sebelah, tibe-tibe pakwe korang sound gitu. hahaha. Dahla dengan muka tak bersalah langsung. Lawak la ko ni Mael oiii~


   Ni adegan masa kampung Mael ni ada persembahan Pesta Pantai. Kebetulan masa tu Rozi ni buat persembahan. Tiba-tiba sorang kawan Mael ni pi tolak dy kat tengah-tengah kawasan pompuan-pompuan ni tengah menari. Mael pada mulanya cam segan-segan tapi bagi tak memalukan diri dy cuba-cuba menari gak. then, ayat last dy yang buat kami tak tahan nak gelak, "Rozie, sampai bila nak menari gini, keadaan abang dah teruk ni" LOL. Mengong!!! Kelakar sangat tengok Mael menari tarian ulik mayang masa tu. dah macam orang patah tulang pun yer agaknya. But, good try Zizan, memang menjadikk!!!


   Ikhlas aku cakap crita ni memang sesuai untuk melepaskan tension. Sepanjang cerita tu memang gelak ajer kejenya. tak bosan tapi some part tu agak "lucah" dan aku rasa tak berapa nak sesuai ditonton oleh "adik-adik". Scene berlawan antara Mael dan Maria. aku agak kureng sikit masa scene tu. Jadi segan nak nengoknya, dahla yang duduk sebelah aku masa tengok cter ni lelaki. Haishh~ Malu sendiri -.-' Pada aku, jalan cerita ni lagi best kalau takde scene2 18 tahun ke atas. Yela, kalau kite pi dengan family tak ke rasa segan nak tengok. Aku tak tau la korang caner, tapi personally bagi aku cerita ni terganggu bila sampai pada part tu. Sebelum ni pun, ada gak desas-desus yang melabelkan Zizan as pelawak "lucah".



 As salah seorang #buahhati Zizan, memang tak ske orang labelkan beliau macam tu. Tapi, yela, orang takkan cakap, kalau takde asasnya kan. so, hope lepas ni Zizan "kurangkan" or kalau boleh "lupakan" terus aksi-aksi or adegan macam tu. Zizan nama beliau bersih dan pada aku beliau memang punyai personaliti artis yang bagus tapi kalau terus cenggini sikit demi sedikit mungkin akan memberi impak pada karier dy. takmo yer Zizan ehhh :) Kami sayang Zizan niii~



   Aku prefer cerita Mael Lambong daripada cerita Hantu Bonceng. lawak-lawak bersahaja dari Zizan dan disokong oleh jalan cerita yang tak membosankan. Tak kisah la orang nak kata cerita ni "klishe" or what tapi pada aku, cerita ni memang menghiburkan. Terfikir nak datang sekali lagi tengok wayang sebab memang cerita ni ada tarikan. So, tak heran memang sambutan dari peminat filem tanah air memberansangkan. So, untuk keseluruhan filem ni aku bagi 4 bintang. Kurang satu bintang sebab-sebab tertentu. But seluruh tenaga produksi, u did a good job guys. Tahniahhh~




       Last but not least, dulu Abang Ahmad Idham pernah cakap kalau Filem ni mendapat sambutan beliau nak filemkan Ah chai the Movie pulak, So, caner ek? Agak-agak potensi filem tu nak diterbitkan ada tak? Sebab nak sangat tengok Johan di layar perak stand as hero pulakkk :) support Jozan forever~