Friday 25 January 2013

Jozan Buktikan Mereka Masih Pilihan Pertama Peminat Di Maharajalawak Mega 2012

Assalammuaikum.

    
   Walaupun MLM 2012 telahpun menutup tirai hampir seminggu yang lalu, namun topik ini masih hangat diperkatakan tidak kira media cetak mahupun media elektronik. Dan masih tidak terlewat kiranya aku ingin ucapkan TAHNIAH pada abang-abang sayang aku iaitu Johan dan Zizan. Both of u awesome, dude!! Tahniah sebab berjaya menjulang piala kemenangan sebagai juara tambahan lagi duit sebanyak RM 50,000. Perghhh!! Banyak tu..Errr..bila nak belanja makan ea Jozan? haha >_<"




   Alhamdulillah. Takde kalimat yang lebih baik daripada kalimat syukur kepada Allah atas kemenangan mereka. Seriously, aku sangat-sangat bangga akan  abang-abang kesayangan Jozannerz nihh. Walaupun dyorang yang menang, tapi kemenangan tu buat tidur aku lena diulit mimpi-mimpi indah sejak hari tu..=) Arghhh~ Ini semua poyo bak kata Johan. hehe. Tapi menang pun tak semestinya semua orang puas hati. Itu lumrah kehidupan. Manusia memang suka bercakap sehingga dah tak mampu nak bercakap lagi. Kemenangan mereka terus-terusan dipertikaikan memandangkan mereka terus-terusan mengungguli carta teratas sejak minggu pertama di MLM 2012. So what? Tak puas hati laa haters kan? But seems korang kena la terima kenyataan. Aku tak nafikan populariti salah satu penyumbang tersebar undian Jozan untuk sentiasa berada di tangga teratas setiap minggu TETAPI harus juga diingat populariti takkan datang tanpa orang sedar akan bakat dan kekuatan mereka.



  Branding Jozan dah berada dalam industri seni tanah air sejak 2007 iaitu sejak Jozan mula mencipta nama sebagai gabungan bersama antara Johan dan Zizan. Keserasian yang tercipta antara mereka nyata menyebabkan keselesaan dalam pesembahan pentas mahupun dalam bidang pengacaraan begitu terserlah sekali. Branding Jozan ini tidak hanya terhenti selepas Raja Lawak Musim 2 sebagai pengacara tetapi telah disambung sebagai pengacara tetap untuk rancangan Raja Lawak sehingga musim terbaru iaitu musim keenam. Keletah dan telatah mereka di Raja Lawak sebagai pengacara memberi penangan hebat kepada branding Jozan untuk terus membina nama sebagai sebuah gandingan yang semakin serasi di pentas lawak khasnya. Kehadiran mereka seolah-olah begitu mengujakan sehingga mendapat komen menenggelamkan peserta yang bersaing. 



     Walaupun pada asalnya muncul sebagai stand-up comedian namun nyata rezeki mereka lebih banyak yang membabitkan mereka untuk bergerak dalam industri secara berDUA. Dalam masa yang sama, keserasian antara dua pelawak ini terus menjadi bualan dan sebutan masyarakat awam. Pernah dilabelkan sebagai 'gay' kerana ada segelintir masyarakat yang berfikiran negatif tentang cara mereka bersahabat. Ada juga yang dengki dengan dyorang kan? Takpun jeles sebab takde BFF cam Jozan. Tapi ape2 pun, takmolah kater kat dyorang ni 'gay'. Johan tu terang-terang dan berstatus "MARRIED" nak labelkan gay apa lagi?? Astaghfirullahalazim. Pada sapa-sapa yang kat luar tu pernah terfikir yang dyorang ni gay, please istighfar banyak-banyak. 



        Keserasian Jozan nyata diuji apabila mereka memilih untuk bertanding di pentas Maharaja Lawak sebagai duo Jozan dan bukan persendirian. Ini merupakan kali pertama mereka bergandingan sebagai Jozan dalam sesebuah pertandingan berskala besar. Minggu demi minggu mereka antara sebutan untuk menjulang status juara tapi nampaknya 'luck' masih belum memihak kepada mereka untuk bergelar juara. Terpilih sebagai naib juara namun ada juga soseh soseh yang terus terusan mengasak persahabatan mereka. habis jer ML masa tu, timbul berita Jozan masam muka sebab dikhabarkan Johan tak puas hati kat Zizan? What??! Ni kalau aku taulah sape yang Joyah buat cerita ni memangla nak kena sepak laju laju. Tapi Jozan tak cepat melatah. Persahabatan mereka tak semudah itu untuk digugat. Beberapa minggu kemudian nyata kenyataan balas dari Jozan tentang 'khabar angin' tersebut. Yang nyatanya mereka memang TIDAK BERMASAM muka. Malah, di FB official Zizan juga telah diupload gambar-gambar bersama Johan sewaktu shooting di London. So, lepas tu Joyah terus tutup mulut. >_<" Kiter tak suka Joyah!!! jangan bikin panas boleh tak?



       Lepas MLM, Johan dan Zizan dah banyak bergerak solo. Hakikatnya, Jozannerz sangat rindukan gandingan ini untuk terus kembali beraksi. Zizan sibuk dengan filem dan Johan dah mula sibuk di konti Era. Tetapi Super Spontan menemukan mereka kembali walaupun beraksi sebagai pesaing antara satu sama lain. Dimana-mana Jozan tetap Jozan. Walaupun berlainan kumpulan tetapi aku pasti ramai yang 'konfius' yang mereka tu sedar tak mereka ni lain-lain kumpulan? HAHA. Semangat setiakawan yang ditonjolkan sejak awal hingga akhir program tersebut pasti menyentuh hati sesiapa saja yang melihatnya. Baik Johan atau Zizan, pada mereka nilai persahabatan mereka itu takde galang gantinya. Kalah menang mereka tetap bersama. Mereka sahabat selamanya. =)




    Tahun 2012 mereka sekali lagi dikhabarkan akan beraksi di pentas MLM. Yang pasti gabungan mereka adalah yang paling ditunggu-tunggu setiap minggu. Kalau nak buat review minggu demi minggu memang tak dapat la kan. *Lebih tepat, malas sebenarnya* Pentas akhir MLM menyaksikan kemenangan mereka kali pertama sebagai gabungan Johan dan Zizan. Alhamdulillah. Tahun 2013 menyaksikan permulaan yang begitu baik buat Johan dan Zizan. Nyata, impak kemenangan tersebut begitu besar dan berharga bukan saja buat mereka berdua malah peminat-peminat mereka. Yakin, pasti ada yang mengalirkan air mata kala nama mereka diumumkan sebagai Juara MLM 2013. Terharu, sebak, gembira, bersyukur. Semua perasaan ini bercampur baur menjadi satu. Teringat akan segala susah senang Jozan selama berada di dalam industri ni, jatuh bangun dyorang, sebak kala melihat Zizan yang terpaksa meneruskan perjuangan tanpa Johan untuk dua minggu berturut-turut, terharu dengan kesungguhan Johan untuk tampil di pentas akhir untuk menemani Zizan walaupun kesihatan beliau masih pada tahap yang belum betul-betul pulih. Biar dy berdingkut-dingkut atas pentas, tapi sedikit pun kesakitan tu tak ditunjukkan. Biar berjalan tanpa tongkat asalkan dy tak meraih simpati sesiapa. Itulah Johan yang aku kenal. Dy sangat kental. Dy tak kesah pandangan orang. Dy tak suka menagih simpati sesiapa. Pada aku dy seorang penghibur berjiwa besar. Pada dy, tanggungjawab dy itu yang utama. So proud of him. Sumpah. Aku bangga dan sangat bersyukur sebab aku minet giler2 kat mamat nih. Walaupun dy ni penampilan memang kadang2 "serabut" (sorry bro)  tapi pada aku, bukan itu yang aku pentingkan tapi pemikiran dy, idea dy, pembawakan dri dy, itu yang aku suka. Dy miliki PERSONALITI yang tersendiri. To Johan, please know that im really proud to b one of thousand fans of Yours =) Support anda selamanya.



    Zizan Razak. Pada aku, ucapan terima kasih tu tak pernah cukup untuk dy sebab sudi membuat penampilan solo untuk Jozan. Itu satu pengorbanan yang begitu besar buat Jozan, Johan dan kitorang ni sebagai peminat. Dy berbakat. Dy ada rupa. Dy sangat menjaga penampilan. Dy juga sangat menjaga kerjaya dy. Tapi yang paling penting dy sangat menjaga persahabatan antara dy dan Johan. Itu yang paling menyentuh hati sekali. Pada aku, Zizan ni memang berjiwa sentimental. apa saja yang perkara yang menyentuh pasal persahabatan dy memang dy mudah nak 'cair'. Antara dy dan Johan selalunya aku akan nampak dy lebih care toward johan. Mungkin sebab cara Johan hargai Zizan tu kebanyakannya secara tersirat. Sewaktu terpaksa beraksi solo di pentas MLM, nyata wajah dy memang muram sangat-sangat. Yela, banyak perkara yang berlegar-legar dalam kepala dy. Tapi bak kata Johan, tak perlu kesian kat Zizan sebab itu memang tugas dy as seorang pelawak TAPI kita kena terus beri semangat pada dy =) Yes, SEMANGAT!! Itulah yang menjadikan Zizan terus kuat dan bertahan di MLM. Walauapun persembahan dy ada yang mendapat kutukan kaw-kaw tapi dy tak kisah untuk tampil solo sekali lagi di minggu ke sembilan. Apa yang dy buat adalah sebab SEMANGAT! Semangat dari Johan dan juga semangat dari peminat. Salute sangat kat Zizan nihh. Mungkin sebab kegembiraan terlampau tu yang dy 'kiss' Johan lepas persembahan muzikal minggu akhir tu kot.




  Gambar Zizan kiss pipi Johan tu jadi bualan ramai. Tapi 99% adalah sangat positif tentang itu. Mereka faham itu bukan sebab GAY tapi sebab dyorang SAHABAT SELAMANYA. Kalau aku kat tempat Zizan pun, agak-agak aku pun buat bende yang sama. Kiss pipi Johan? Auwww..*senyumsenyum* >_< Dua minggu terpaksa beraksi solo, tampil tanpa Johan, tekanan untuk mendapatkan idea bagi DUA persembahan setiap minggu, tekanan dari pengundi-pengundi yang sentiasa mengharapkan Jozan yang terbaik, tekanan nak buat latihan lagi, macam-macam tekanan. Dengan perasaan campur baur hadir di pentas tanpa Johan, sebak dengan sokongan peminat dan macam-macam rasa lagi. Dan kegembiraan tu sangat terserlah dengan adanya Johan di task MLM minggu akhir. Zizan kiss pipi Johan ada banyak sebab. Sebab dy memang terharu dengan semangat Johan untuk temankan dy walaupun terpaksa tahan sakit, sebab dy gembira Jozan dan kembali berdua, sebab dy nak Johan tahu yang dy memang RINDU nak tampil bersama Johan, sebab dy nak Johan tahu, dy memang rindu nak bekerjasama dengan Johan dan dy nak semua orang tahu, ZIZAN SAYANG JOHAN. Persahabatan yang mereka bina selama ni begitu berharga untuk dy. Johan tu dah macam adik beradik dy. Mereka dah macam keluarga. =)



     Buat Zizan dan Johan, sebagai peminat, kami akan sentiasa doakan yang terbaik untuk anda. Kekalkanlah branding Jozan tu sampai bila-bila. Buktikan pada masyarakat yang 'lostlasting friendship' tu memang masih wujud. Dan akan sentiasa ada. =) Best kan kalau ada sahabat cam Zizan ngan Johan? So suwettt sangat. hihi.


  Dan kemenangan mereka di MLM kali ni buktikan mereka masih pilihan pertama peminat. Mereka popular sebab mereka berbakat. So, jika tanye kat aku adakah dyorang menang sebab popular? Yes! Dan populariti tu bukan diraih dengan gosip semata-mata tapi usaha berterusan dalam dunia seni nih. So good luck to u both. Pedulikan apa orang nak cakap, coz korang memang dah terbaik. =)) Love u.



So, next entry will be update soon.

1 comment:

  1. Awak awak...suke sgt entry awak..next entry maybe awak bleh cite psl tweet johan kt twitter yg die ckp syg saya pd zizan xdpt diluah dgn kata2..comel gile..

    ReplyDelete