Monday 25 June 2012

ZIZANEVANS "rahsia cincin"

Assalammualaikum Jozan's Territory Blog Follower,


        Tengok tittle entry tu mesti korang cam pelik sikit kan?? But I guess u know saper ZIZANEVANS yang iols maksudkan. Waktu nak tulis entry ni iols amek masa "berminit-minit" jugak la nak carik nama yang sesuai dan hasilnyaa tadaaaa~ Tapi iolz tak pasti la uolz ni berkenan ke tak tapi yang pasti lepas ni apa-apa entry pasal Zizan dan Jue, iolz akan gune nama wokeyyyy~





    Seperti mana yang telah dipaparkan oleh media di seluruh semesta alam fana ni, kakak Jue kiter ni dah pun balik ke Malaysia selepas berbulan merantau di negeri orang. Pergi belajor kater ko~ Alhamdullillah, kakak kter ni da selamat sampai pun dan dengar-dengar jejak kaki jer kat tanah air terus dapat offer berlakon. Itulah kata orang rezeki manusia tak saper yang tau kan? Yang bestnya filem yang Jue berlakon tu bergandingan sekali lagi dengan abang Zizan kesayangan ramai tuhh. Woahhhh~ Sambil menyelam minum air. hahhaa..Sambil berlakon boleh dating. hahaha LOL just joking~



    Tapi, kalau betul pun nak dating, biyor lerrr. Zizan single Jue pun single so?? Iolz tak kisah. Asalkan abang Jan kter tu happy, saper pun pilihan dy Iolz redho jer. :) Kater jodoh di tangan Tuhan, so semua tu biar Allah jer yang tentukan. Yang penting boleh jaga Abang Jan kter baik-baik macam Mama Ozlynn jaga Papa Jo kter tu :)

picture kredit : BUAHMULUT.COM

    Sebelum ni pasangan ZizanEvans ni slalu mendakwa yang status hubungan mereka hanya "bestfriend". Iyer ker uolz?? Macam tak jer.. hahaha, tapi..tup tup kantoi pulak pakai cincin sama mase kene interview ngan cik/incik wartawan. So, apalagi terus keluar paper, nasib tak masuk melodi jer ha..Iolz sure confirm ada jugak buah hati Zizan yang kene demam panas dengar berita nih..

Cincin dah tersarung di jari,
Mungkinkah tanda hati dah dimiliki,
Kami menanti pengakuan "rasmi"
Ke jinjang pelamin mungkinkah nanti??

     Pasangan ZizanEvans terimalah pantun iolz untuk korang. hahaha. sebagai peminat, pastinya kalau boleh iolz nak abang Jan ni kawen jer ngan titer tapi iyolaa, ku sedar siapa diri ini..lalala~ Berita ni uolz terima dengan hati terbuka, sebab Zizan dengan Jue pun dah lama jadi bestfriend kan so apalagi. Zizan yang hensem padanla dengan wajah pan-asia Jue tu. Dyorang kalau berdua, uolz nampak macam pasangan yang comel2 sweet gitu. dahla Zizan ni keje ny asyik kacau Jue jer. So, memang awet muda la Jue tu kalau jodoh dy dengan Abang Jan kter tu.


picture kredit : BUAHMULUT.COM


        Kalau airmata zizan ni pernah tumpah sebab nak lepaskan Jue pergi study kat luar negara, so memang dy nampak dah Zizan sayang sangat kat 'kawan perempuan' (takmo tulis girlfriend) dy yang satu nihh :) Aku nih rajin jugak godek-godek komen orang kat Utube kat facebook, kat laman twitter pasal pasangan ni. Adat manusia ada yang suka ada yang tak. ada yang dengki ada yang merestui. Iolz masa mula-mula dulu cam tak bape berkenan ngan Jue nih. Yela, lagi-lagi dunia kini di hujung jari so apa-apa maklumat terutama pasal artis ni sekelip mata pun boleh dapat. 




      Tapi, manusia mana yang sempurna, manusia mana yang tak pernah buat silap. Kisah silam tu tak perlu diungkit yang penting siapa dy sekarang. Ye tak? Kita tak tau apa yang akan terjadi masa depan, so, yang penting, kalau sayangkan Zizan, doakan dy dapat jodoh yang terbaik. Jodoh maut di tangan Tuhan, kiter ni hanya mampu berusaha dan berdoa.




P/s : pada pasangan ZizanJue korang memang nampak sweet bila bersama, tapi jangan lama-lama. Hubungan halal itu sebaiknya. Jangan risau pasal kerjaya, insyaAllah rezeki dah kawen tu sebenarnya lagi luas dan terbuka. Percaya pada Allah, insyaAllah selamat dah bahgia. :)

Saturday 23 June 2012

JOZAN : the unic friendship

Assalamualaikum Jozan's Territory :)



       Maaf sebab berehat beberapa hari sebelum menjenguk semula ke blog ni. Banyak jer cerita aku nak tulis kat sini cuma kesempatan tu takde. Tadi, aku menjengah ke laman sosial "utube". Sajer.kot-kot dapat idea baru ke kan. Aku nih jenis tak cukup kalau takat tengok jer video tu. Gatal tangan ni kalau tak tinggalkan jejak kat ctu. Haa~ tulah gunanya ada account utube sendiri uolz~ lalala


   Tengah-tengah dok sibuk nonton video tetiba mata aku cam melekat kat comment seseorang. I guess dy pun Jozannerz jugak kot. Korang nampak tak apa yang dy comment kat ctu? Kalau tak nampak, maknanya...  maknanya..haha..LOL ini bukan cerita nujum pak belalang ok. Kalau tak nampak kasi besar ckit imej tu kat screen lappy korang wokey? Right guys, sebenarnya apa yang encik/cik ni tulis dah lama bersarang kat kepala aku. Bila aku layan video-video Jozan or fans video ker mostly memang ayat-ayat touching tu comes from Zizan. Masa birthday Zizan, siap dy announce lagi depan audience, "ini dy orang yang selalu bersama dengan Zizan, susah senang kat lokasi, dan juga tak pernah bergaduh..bla bla bla." Johan masa tu senyum jer. Yela, takkan nangis pulak. Kang tak pasal-pasal haru pulak majlis tu~ kihkih. Part paling touching masa Zizan cakap "takde sape boleh pisahkan Zizan dan Johan". Bestfriend aku pun tak pernah cakap gtu tau kat aku. waaa~ sadis! Tapi aku tau, dalam hati, aku tetap yang dy paling sayang. Ceittt~ perasan-.-"

        Ok. Berbalik pada topik asal tadi pasal insan yang bernama Johan ni yang diperkatakan tak pernah kasi word2 touching kat BFF dy tu. Ramai sebenarnya yang pertikaikan sayang Johan ni kat Zizan. (but, not including me) Sebab aku tau, every single person have their own way to express their feeling dan dengan itu I can agreee more dengan comment balas daripada incik/mak incik yang kat bawah tu. Korang, achaner pulak??


      Aku ingatkan hal ni stop kat ctu. Jelajah lagi video lain, ehh, ada lagi isu yang sama dibangkitkan -.-".
 Aku mula-mula tu macam nak join sekaki jer comment tapi takperlah. Aku sampaikan isi hati aku kat blog ni jer la ea. Aku admit most of the time memang nampak Zizan sayang sangat kat buddy dy. Kalo diperhatikan, mase kat SS sebelum Johan nak main apa-apa games, Zizan akan datang kasi semangat in his own way. Hugging each other, dy akan bangun clapping his hand, sometimes look his very happy untuk Johan masa Johan tengah main mana-mana permainan. Tapi, itu bermakna Johan tak sayang Zizan ker?. Kalau itu lah yang korang fikir, i guess korang masih belum cukup "faham" lagi saper Johan dan Zizan. Actuallly, it's not like i'm telling the whole world yang aku faham siapa Jozan. Tapi sebabkan aku dah follow dyorang dan rajin menonton video-video dyorang kat utube so sedikit sebanyak aku belajar siapa Johan dan siapa Zizan pada pandangan mata aku :) 

          
     As fans, memang kalau boleh setiap gerak geri dan tingkah laku artis yang kita minat tu kita nak tengok jer 24 jam (bercakap atas dasar pengalaman sendiri). Pada akulah, Zizan memang nampak sangat caring toward Johan. Nampak la dy sayang kat BFF dy tu sesangat. Bukan apa, sebab Zizan nih jenis yang "mudah tersentuh" or in proper word "sensitif" so memang kita akan lihat dalam mana-mana situasi pun kalau bab perasaan, memang Zizan akan kalah dulu berbanding Johan. Aku agak la kan, sebab Zizan ni macam tu mungkin dy anak bongsu dalam family kot. Sebab memang perangai anak bongsu ni manja-manja sweet gtu. Yela, korang tengok je la adik bongsu korang, kalau dy sedih, dy nangis, kalau suka dy gelak. Tak reti sangat nak cover2 kalau bab feeling nih. Telus dan lurus :) 

      Johan pulak dy jenis mamat yang cool Tengok muka pun dah tau. Dy memang contra kalau nak bandingkan dengan Zizan. Kite susah nak teka apa dalam hati Johan nih. Tengah happy ker, sedih, bosan, or whateverlahh~ Dy punyai 1001 wajah untuk selindungkan perasan dy. Kene marah pun dy slumber jer boleh gelak lagi. Dah nak kene singkir dah pun bile Jozan top 3 peratusan undian yang paling bawah masa ML minggu 10, dy boleh sengih lagi. Ingat masa dy kne intrview untuk kes "gelas terbang"?? dy tetap cool walaupun masa tu tak saper pun tau perasaan dy. Tapi dy tetap buat macam biasa jer. Itulah Johan. dalam apa keadaan pun, dy rileks jer. Sebab tu aku cakap, Johan adalah sahabat yang sangat ideal untuk Zizan dan begitu jugak sebaliknya. Sorang jiwa lembut sorang pulak kental. :) Kalau sorang hangin, sorang akan jadi pendamai, kalau sorang panas, sorang akan sejukkan dan macam tu lah seterusnya. So, please stop arguing bout their friendship. -_-


    Betul ke Johan care pasal Zizan?? Hmm..sentap uolz bace soklan dy nii~ Tapi rilex suda. kiter jawab pelan-pelan. Tu pun kalo yang bertanya tu menjengah ke blog usang aku nihh la. So dy akan dapat jawapan pada persoalan dy tu. Johan memang sayang Zizan. tapi dy tak pernah cakap pun through media macam yang slalu Zizan buat. Persahabatan tu tak perlu dijelaskan melalui kata-kata, kadang-kadang perbuatan tu dah mencerminkan segala-galanya. Ada satu part tu yang buat aku rasa sayangnya Johan ni kat sahabat dy adalah masa kat Redah Kasi Pecah. Masa tu rancangan tu pun da nak abes, sebab masa kejadian tu dyorang tengah penyampaian hadiah. Zizan tu Zizan yang menang, sebabkan happy sangat dy macam biasa bukak langkah nak menari. Baru 2 3 step dy tergelincir pulak.(masa tu hujan kot so tu yang licin) Dah la masa tu ramai gak orang kampung datang tengok. Sume orang pakat-pakat gelak bila si Zizan ni jatuh. Bukan men super duper aktif menari dengan skill tiba-tiba terpeleot, kalau aku pun ada kat situ mau tergelak jugak rasanya. Dalam sume pakat gelak kat Zizan ni, masa tu lah Johan datang as superhero~ haha. Dy pegi pada Zizan, siap buat signal kat mulut suruh sume orang diam(berhenti gelak). Lepas tu bila keadaan nampak cam dah ok, dy pegi balik tempat dy. Dan yang paling best, masa sume pakat gelakkan si Zizan ni, Johan tak gelak pun tapi terus pergi "cover" sahabat dy. So, pada aku, walaupun simple, tapi benda tu tetap sweet untuk diingati. 


   Selain orang yang comment ni, aku sendiri mengaku yang aku nak sangat dengar Johan cakap "sesumthing"  untuk sahabat dy. Sesuatu yang buat seluruh alam ni terpana bila dengar :) Tapi, setiap orang punyai cara sendiri dalam menghargai orang yang dy sayang. ada orang suke buat kejutan, ada pulak suka bagi bunga, mungkin ada yang suke belikan hadiah, dan ada jugak yang express hanya melalui perbuatan. Johan dy banyak menghargai persahabatan dy dengan Zizan melalui perbuatan dy. Masa dy serahkan birthday gift kat Zizan kat SS haritu pada aku adalah sesuatu yang sangat sweet dari Johan. Sebabkan dy ni jarang buat bende2 yang sweet macam Zizan, so sekali dy buat bende tu memang akan bagi impak yang besar pada kami2 yang jadi peminat "persahabatn" mereka. Masa tu, Zizan pun cam terkesima sekejap. agaknya dy pun memang terkejut ngan 'kezutan" dari Johan. Masa tu, sumpah aku nangis. Tak tau la kenapa. Tersentuh dengan persahabatan dyorang. Pada aku, selalunya perempuan akan lebih menyerlah dalam persahabatan ni tapi kali ni aku rasa Jozan dah buktikan yang lelaki kalau bersahabat mereka juga boleh jadi sehebat perempauan tau jauh lebih baik :) 

     Johan ni sebenarnya dalam diam-diam kiter boleh nampak dy care pasal Zizan. Masa "mendidih bersama Zizan, most of the time soalan-soalan cepu cemas Johan tu nak cover Zizan. Masa Nabil tanya apa zizan buat kat flaminggo, zizan da gabra da masa tu. Cam gelabah sikit tak tau nak jawab aper ngan reporter bang bil kan, so masa tu Johan terus tukar topik pasal tujuan press confrence tu dibuat :) See, dalam diam dy cover baik punya tuk Zizan. Sebenarnya kalau nak ikutkan, dy lagi banyak tau pasal zizan berbanding yang ada di situ. Tapi, dy baik. kan Johan?? hahaha


    Jozan memang gabungan yang sempurna. Mereka berbeza tapi saling memerlukan perbezaan tu untuk melengkapi antara satu sama lain. tapi dalam masa yang sama jugak mereka banyak persamaan yang menguatkan mereka bila bersatu. Sebab tu aku cakap, persahabatan mereka ni unik. Walaupun kini dyorang lebih aktif bergerak secara solo tapi inside of them, we can see their bring each other spirit everywhere. Perasaan tak masa Zizan mengacara ABPBH aritu, ada satu part tu mengingatkan aku pasal Johan, Zizan cakap, "kite didik dy, kte taulah". Mungkin kalo yang lain tak perasan, tapi aku yakin Jozan Follower mesti tau ayat tu saper yang slalu guna. Dan macam tu jugak Johan, penampilan dy sama ada di pentas atau radio, dy jugak selalu masukkan words atau ayat yang JOzan selalu gunakan bersama. 


      Moment paling menyerlah bila bercerita pasal persahabatan Jozan ni semestinya masa final SS aritu kan? maka beruntunglah barang siapa yang berada kat ctu haritu~ To Jozan, please stay together ok?

   Aku harap sangat Jozan akan tetap kekal sebagai Jozan sampai bila-bila. Tempohari masa news keluarkan pasal Johan nak gabung dengan Sepahtu aku cam sentap sikit tapi lepas tu  bila Johan bagi kenyataan balas nyata tu semua propa~ haishhh media, jangan bagi aku sakit jantung boleh.??


p/s : kite stop sini dulu, Will update new entry to you guys soon ok  -____-
    

        
    

    

Wednesday 20 June 2012

ZIZAN " a charming prince"

Assalammualaikum Jozan's Territory Follower :)

   Aku rasa untuk entry kali ni, mesti Zizan's Lovers yang banyak que tunggu kan?? Sebab dalam entry lepas aku janji nak tuliskan aku punya "view" pasal Razizan Razak :) So, ready Zizannerz?? Roll vt~ zasss~



     Zizan Raja Lawak atau sekarang lebih femes dengan nama Zizan Razak memang jejaka TERHANGAT di pasaran. Adam Af2 pun kalah uolz. Zizan "A Charming Prince". Sorry kalau ada yang tak setuju dengan aku. but, whatever it is, aku tetap rasa dy memang A Charming Prince. Kalau ade la orang yang nak buat kaji selidik pasal fans dy nih, aku rasa mostly adalah WANITA !! idup WANITA!! #ehhh~ tetibe-.-"


ehh..macam Faizal Tahir pulakk..


    Mesti korang agak aku cakap Zizan ni "charming" sebab hidung bollywood dy tu kan? ahakz.~tettt~. Hidung dy tu hanya "aset" untuk dy jadi A Charming Prince tuk gegurl yang ada kat luar tu. Tapi, pada aku dy ni charm sebab personaliti dy. Sape2 yang kenal ngan Mat Jijan ni mmg fallin in love with him many-many time :) Fakta #aku dah pernah jumpa Mat Jijan ni face-2-face. Aku dulu tak minat sangat pun dy nih. aku sedar kehadiran dy masa dy jadik host kat ABPBH 2010 (yang masa dy mng pelakon komedi popular tu) tapi aku tak kenal sapa lagi mamat ni sebenarnya.



     Siapa Zizan? Aku mengenali Zizan ni masa ML. Sama cam Johan. Yela, dah dyorang satu group. Takkan la, kenal Johan tak kenal Zizan kan?? Saper2 yang tak kenal Johan tapi tak kenal Zizan aku agak korang memang bermasalah -.-" tapi sebenarnya ibunda I yang kat umah tu pun slalu kompiuss. Johan dikaternya Zizan, Zizan dikaternya Johan.. udahlerr..teman pun malas nak nengor~ Nak tau rahsia Zizan? Zizan pernah try nak masuk AF tau dulu. Kalau tak silap teman AF4 mse tu. Seangkatan dengan Faizal dak ganu tu jugak. Ader jugak dgr2 cter(dah macam murai batu pulak aku nihh) yang Zizan dan Faizal tu dulu kawan rapat jugak. tapi yang dapat tawaran AF nyer Faizal. Yela, bukan rezeki Zizan kat ctu. kalu tak, kome tak kenal ngan dak Johan tu haa. Pendek kata, setiap yang terjadi ada hikmahnya. :)


kenal tak saper mamat dalam gambar ni?


      Masa kne "reject" kat ujibakat AF, dy tak patah semangat. Mencuba nasib pulak dalam Raja Lawak Musim Pertama. Masa tu Sh. Shahira yang jadi pgacara. Kome ingat lagi ke idok? payah la teman nak cerita satu-satu aihh~. Dapat jer tawaran tu, dgr cerita lagi (ni sumber2 dari bahan bacaan, suratkhabar, mjlh, faceebook ibu, uncle google dan sbgainya) Zizan pi KL untuk ujibakat masa tu. Perghh~ semangat. dari Ganu ke Kl tu. dan nyata usaha dy berbaloi. Alhamdulillah, sebab RL la dy dikenali hingga sekarang. Plus effort dan bakat dy yang semulajadi :) Sedih jugak bila cerita balik pengalaman Mat Jijan ni kan. sungguh-sungguh dy nak masuk dunia seni nihh. Sebak teman..sob sob~



     Nak tau, teman jatuh cinta kat Zizan masa bila teman dengar suara merdu ala-ala "Justin Bibir" dy tu.. kihkihkih..Masa tu dy nyanyi tuk minggu muzikal. Minggu ketiga rite? Masa tu, ati teman ni dah tergoda ngan suara dy. Memang dy ada satu tone suara yang sangat sedap sebagai seorang penyanyi. Teman kadang-kadang terpikiow, nape dy ni kne reject kat AF dulu.. Ala, sekarang dy pun dah jadi penyanyi kire ok la tu kan.. Idok la teman nak ngungkit kisah silam, cume teman nak berpikiow ajer..Ok. let's continue.



     Zizan sangat-sangat beruntung sebab wajah dy tu sangat "market" means boleh jual la. Bukan aku suruh jual Zizan tapi maksud aku Zizan , dy ada pasaran dy sendiri sebab muka dy tu, muka yang pasti buat ramai wanita-wanita tidur tak lena(asyik nak mimpikan dy jer). Hidung "limited edision" tu yang buat dy "mahal". Untunglahh mana-mana wanita yang jadi ratu hati dy nanti :) Tengok jela awek-awek yang pernah digosipkan dengan dy, cun abes. Semua miliki wajah-wajah "pan-asia" :)
 

yang dalam pic ni pun boleh dikategorikan as awek ker??


      Selain berlawak, aku admit yang Zizan juga sangat bagus dalam bidang pengacaraan. Tengok dy jadi pengacara kat TV memang tak bosan, lagi-lagi kalau dy da start buat lawak. Dan lawak-lawak dy pun takdela hover sangat. Tapi sesuai dengan majlis dan pembawakan diri dy. So, aritu masa dy dianugerahkan pengacara TV fofuler 2011 kat ABPBH aritu, aku tak terkejut sebab dy memang layak dan sesuai :) Ingat lagi masa ABPBH aritu "Izzah, aku tak suka pompuan yang curik tuala hotel" -.-" hahahaha..tergolak teman dibueknyer haaa. Kelakor la mamat nihh~


   Nak tau kenapa fans dy sayang ngan Zizan ni gler2?? Sebab dy sangat appreciate fans yang dy ada. :) Betulll~ Kome tak percaye?? Zizan ni dy akan layan peminat dy selagi dy mampu. Dy kalau boleh nak puaskan hati semua orang yang support dy. tapi, yelah, kudrat dy tu larat mane la nak layan sumer kan. Kiter as fans pun kenelah faham. jangan la bler panggil ,dy tak dengar terus cakap dy sombong. Nope!! Zizan bukan macam tu. cakapla korang nak pose macam mana sekalipun, kalau dy larat nak buat, dy akan buat. Tengokla aritu, sebab sibuk sangat nak shoot sana sini, kesihatan dy pun terganggu. sampai masuk wad sekejap. sob sob~ (guwa paling tak boleh biler tengok pic mat jijan ni masa dy admitt tu. Hati guwa jadi sedih wooo) mungkin sebab tu dy mintakkan jangan siarkan apa-apa pic dy masa kene tahan kat wad tu kat public. dy tanak peminat dy risau pasal dy. Zizan~ please take care of urself k :) Kawen cepat2 Zan, so ada orang boleh uruskan kesihatan anda~ teman pun single lagi. Ehh~ try jugak..hahahahhaa -.-"



     Zizan ni dy jenis soft-spoken. Tutur kata dy tu lemah lembut jer. mau awek-awek cantik tak sangkut ngan dy nih. Mak mertua pun que ni nak isi borang jadikan menantu. hahaha. Korang boleh imagine?? ><" Cik Bunda kat umah pun cam berkenan jugak ngan Mat Jijan nihh.. Baik budaknye kater ko~ hahaha. Bercakap secara personal ngan Zizan ni buat aku lebih respect dy dari sebelum aku dapat jumpa. Cara dy cakap tu..woahh~tergoda!! mungkin sebab tu mak jemah sayang kat Zizan nihh.


so cute of him rite?


   Lagi satu, Zizan ni dy manja. Mungkin sebab dy "adik" kat umah so memang padan la kan dy manja. Tapi, dy bukan manja mengada-ngada ok.Zizan anak bongsu. Ibu dan ayah dy panggil dy "adik". Cute kan? Aritu, dgr ibu dy panggil dy "adik, sini..bla bla bla" aku pun tak berapa nak clear sangat ibu cakap apa. kang tak pasal-pasal kene cepuk ngintai apa orang cakap -.-" Sebab tu, walaupun, Zizan ni tua 2 bulan dari Johan, selalu kiter akan nampak Zizan adalah adik pada Johan. Dalam lakonan dyorang pun, slalunya Johan akan act as "abang" and Zizan akan jadi "adik abang" :) So suweet kan dyorang berdua. Memandangkan Zizan ni manja2 comel gitu, so dy memang cepat touching. Tak percaya, tengok kan dy nangis masa Final SS aritu? Lagi, dy pernah nangis masa orang buat suprise birthday party mse birthday dy kat Ml dulu. Aku tau pun bler ada satu post tu Johan cakap "Zizan ni dapat trofi(masa ABPBH 2010) pun dy nangis, dapat kek pun dy nangis) hee~ Itulah Zizan, dy kalau ada apa-apa yang menyentuh perasaan dy, memang dy akan touching. so, padanla dy kawan ngan Johan sebab Johan ni jenis cool dan dy pulak jenis yang sensitif kalau bab-bab perasaan nihh :) Serasi berdua kan? :)


 
      Walaupun dari tadi korang dengar aku citer pasal kekuatan dy, as manusia memang dy pun ada kelemahan. Mat Jijan ni "transparent" dari segi feeling. Memang dy failed kalau bab-bab perasan. Dy mudah tersentuh, dan air muka dy akan slalu gambarkan apa yang dy rasa. Dy sedih, nervous, happy, takut, risau, semua terserlah. Which aku rasa, tak berapa sesuai dgn title dy sebagai seorang artis. tapi, dah nama kiter ni tak sempurna, so nak buekk cemano? Tapi itu boleh diperbaiki. Sebab tu lah, bler orang tengok air muka dy kat Final Ml itu ari sume cakap dy frust kan? No komen. Tuan badan lebih mengetahui. tapi, kalau aku pun kat tempat dyorang memang aku frust woo~. Tiap2 minggu leading tapi kalau Allah dah tentukan bukan rezeki.. Saborr yo laaa~




    Zizan tak banyak kelemahan. Most of the time kelemahan dy dapat dicover baik punya dengan semua kelebihan yang dia miliki. Cuma one thing, Zizan please kurangkan lawak-lawak double-meaning or "lucah" dalam berlawak ok. Segan teman nak nengoknye~ Semua orang tahu Zizan ni sangat hebat bab-bab lawak splastik  atau boleh kata lawak yang terjadi melalui bantuan pergerakan badan. Mungkin sebab dy kurus so sangat menjadi  bila dy buat lawak gitu. So, gunakan apa saja yang ada pada anda dalam berlawak tapi jauhkan la apa-apa yang mengarah kepada lawak "double-meaning" sebab anda memang ada "tounge of comedy" and full use of it. We r gonna support u ok dear?? :)


       
      Perjalanan karier Zizan berada di kemuncak sejak dy dah dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Popular 2010 lagi. Segala peluang yang datang dy "grab" dgn baik. Dan alhamdulillah, dari seorang pelawak dy dah jadi penyanyi bile kali pertama ada single sendiri ft. Dina dgn lagu SELAMAT TINGGAL. Tahniah Kak Maryna sebab jaga perjalanan seni Zizan dengan baik. Lakonan Zizan pun dah jadi sangat mantap sekarang. Dy bukan sahaja boleh melakonkan watak komedi tapi watak serius pun dy boleh bawak dgn baik. Tengok kat KL GANGSTER masa Fadhil nak selamatkan watak mak Malik dari kene belasah ngan Shak. So, pada aku, as esorang pelakon Zizan dah berjaya bawak watak dy dengan baik dan dy dah pun buktikan dy bukan sahaja berada dalam dunia seni as seorang pak lawak tapi dari sisi serius pun dy boleh buat dengan baik :) God Job, bro :) So, aku kira tahun 2012 dan berikutnya pun masih jadi milik dy akalu dy kekalkan prestasi tu dan tak mustahil dy bawak anugerah ARTIS PALING POPULAR tu suatu masa nanti. Mungkin tahun depan atau tahun berikutnya. Tuah manusia siapa yang tahu kan?


p/s : let's stop here. See u guys on the next entry ya~ love :)



 



 
 

Monday 18 June 2012

JOHAN "born with talent"

Assalammualaikum Jozan's followers :)

      Selang sehari jer aku dah post satu lagi entry baru. Gler semangat kan? HAHAHA. Yela, sekarang tengah free so tangan ni laju jer nak buat entry baru. Ok..setelah memerah otak untuk mengeluarkan idea bagi penulisan kali nih, aku nak kasi pandangan aku tentang JOZAN. Tapi..(ade tapi-tapi pulakk) kalau nak tulis pasal Jozan memang subuh bertemu subuh pun belum tentu habis. So, hari ni, aku mulakan pasal JOHAN . Gete ready JOHANNERZ?? Here you go~


crossline!! trademark dy tuuu :)


     "Born with talent". That's Johan. Sebenarnya masa Raja Lawak 1 dulu aku tak kenal pun dengan mamat bernama Yazid Lim nihh. Masa tu rumah tade astro so tambahan masa tu aku kena attend exam penting, then memang aku tak layan la astro nihh-.- (alasan baik punyaa) Senang cter, masa tu aku memang umpama katak yang berada bawah tempurung. Pasal dunia-dunia artis nih memang tak berapa nak "up-to-date" sangat. Masa tu hati pun tengah suci murni. kihkihkih. tapi korang jangan salah faham, maksud aku, waktu tu aku kecik lagi. (errr..kecik ker?? tettt) hihi. Ok, aku start meminati Johan ni masa ML minggu ke4. Masa  tu dyorang bawak sketsa curi tabung masjid. Dan pada ketika itu, saat itu, dan waktu itu lah aku jatuh cinta kat bakat dy. :)


saya punya ikhlas rm30 jer incikk :) #part ni terburai perut ><"


     Meminati Johan masa tu sebab mamat ni memang kelakar tak hingat. Lagi-lagi masa tu Jozan menjadi nama-nama sebutan untuk meraih juara. tapi, dah tade rezeki kan?? -.-" start dari hari tu, dengan bantuan #uncle google, aku berjaya dapatkan banyak maklumat pasal Johan nih. Siapa dy, perjalanan seni dy, life dy, saper org2 sekeliling dy, dan tau2 dy dah kawinn larr~ Melepas nyah!! ><" Kebetulan masa tu berukband pun tahap cemerlang gler, so aku boleh la usha-usha video-video yang ada Johan ni kat utube. Fakta #video Jozan mostly kat utube tu dapat HOT view taw. (gler cool kan??)  Aku berani cakap 95% daripada video-video dy kat utube aku dah selongkar.



      Fakta #kebanyakkan video yang ada Johan mesti ada Zizan. So, aku simpulkan Zizan merupakan antara teman rapat Johan dalam perjalanan karier dy dalam industri ni. Bler aku search pasal Johan, mostly cerita-cerita tak best jer yang keluar. Kisah 'gelas terbang", kisah "peluk-peluk" and whatever lahh. Aku baca jugak sebab aku nak tau siapa sebenarnya orang yang aku minat ni. Yelarr, aku faham tak semua orang suke bila kisah dyorang ni buka semula kan. Lagi-lagi kalau bende tu pahit. Aku baca semua tu bukan sebab aku nak tau keburukan dy, aku sekadar mengambil tahu apa yang dah berlaku.Lagi-lagi dyorang artis, so memang susah nak sorok dari "media". Tapi, lepas aku baca dan tau kisah-kisah dy, aku tak pulak rasa benci kat mamat ni. Sebab aku tak menilai dy untuk apa yang dah dy lakukan dulu. Tapi, yang aku tau, aku meminati dy sebab bakat yang dy ada sekarang. :)


siapa dy di masa silamnya bukan aku untuk menghukum :) yang penting siapa dy sekarang !

    Let's go the past and welcome the future. Setiap manusia ada kekurangan masing-masing dan aku pun tak nafikan sebab aku tau memang tade saper yang sempurna melainkan yang Maha Esa. Seburuk mana pun dy di masa silam, apa yang aku lihat sekarang dy dah berubah. Yaa~ dy dah berubah, Bukan takat fizikal tapi banyak yang dah berubah. Johan dulu dan sekarang memang ada kelainannya. Tahniah ! Sememangnya pengalaman itu mendewasakan. Johan ni boleh dikategorikan "mulut puaka" jugak. Dy cakap lepas jer. Tak amek port sangat apa orang akan cakap pasal dy. Hati-kering pun yer jugak. Tapi, lepas kes "gelas terbang" tu, sikit sebanyak dah merubah dy. Tak banyak sikit tu adala. Dari segi tutur kata dan percakapan, nampak dy dah matang. sangat berhati-hati. Tapi, yela ada jugak part2 telepas kan. Namapun pelawak mungkin sebab tu apa-apa saja 'topik" dyorang andaikan adalah suatu lawak. Mungkin sebab tu "akak ogy" kter tu sentap kot masa FFM aritu. Apa-apa pun, semoga Johan lebih beringat pada masa akan datang.


bila buku bertemu ruas


    Bukan senang kan nak jadi selebriti? Salah cakap sikit dah turun naik mahkamah. Bergurau tak boleh lebih dan kurang. tapi, dah itu jalan yang dipilih, nak tak nak kena terima jugak. So, peace yoo~ bak kata Inspektor Mazelan a.k.a Dato' AC. Ok..lets continue about papa Jo. Yang paling aku suka kat Johan ni selain bakat, dy ni sangat cool. Ingat tak masa dyorang kene kritik kaw-kaw ngan Abg Mamat Khalid masa minggu 1 Ml dulu? Zizan memang da tayang muka gelabah. Johan still boleh cover gelak lagi. Muka dy takde perasaan sgt. Walaupun dalam hati Tuhan jer yang tau. Yela, kene sejibik ngan mamat Khalid mau tak berderau darah? Kesian abang2 shayang kitorang ><"


haa..siap berlindung guna kerusi :) 


      Kalau dulu, aku tengok Johan, dy punya sound tu memang tahap abes anak tekak. Tengok Jozan Show dulu pun gitu. Memang dy jenis yang high-pitch nyer volume. Tapi, sejak dy da makin "matured" nih, dy nampak da slow sikit. Errr~ slow sikit la. Tapi bila gelak jer, satu "key-el" boleh dengar kot. HAHAHA..Yang tu memang takley nak berubah. But, dengar dy gelak, buat orang lain nak gelak jugak :) The truth dy bukan jenis yang soft-spoken. Fakta #aku da pernah jumpa Johan face-2-face. Kalo korang tengok kat TV, dalam lakonan dy, mesti ada part nyanyi-nyanyi. Tol x? Walaupun kebiasaannya lagu yang dy nyanyi tu lirik tah ke mana. Pada pandangan aku, Johan memang ske nyanyi. Ada break jer ada la korang dengar lagu yang kluar dari mulut dy. Hahaha..Dy tak heran nak nyanyi depan orang ramai. Main belasah jer dy nihh~ Tapi, fakta lagi# sore dy memang sedap. Ada macam sore pak cik sedara dy x? Err~ sore dy lagi meletop kot.


sorry pic teman ni tak clear. Maklumla tangkap pakai calculator.~ kihkih


       Tapi satu part jer aku kureng ckit pasal Johan ni. Rambut dy. Aduyaaiii~ Aku rimas sebenarnya nengok rambut nano dy tuh. Kalau diikat kemas takpe jugak. Ni mengerbang setaman plus bulu-bulu di muka buat muka comel dy tuh nampak 'terlindung" di balik awan nano tuu~ Kalo boleh aku nak gunting jer, kasi bersih macam imej dy kat ML minggu 1. Perrrgghh~ kemas, bersih, licin, muda. Perfect gler laahh :) fallin in love many-many time u know~ Ehee. Cuma sekarang, ble dy start pakai cap cam kat SS aritu okey jugak. Dy sekarang da berimej baru. Specky-man :) I liokeee~ Nampak sangat matang dan sesuai dgn wajah dy. He look awesome sgt masa kat SS aritu. Yela, cap dari Australia. Untunglhhaaaa~


baru balik dari Australia :)


     Selain berlakon, mengacara, berlawak, dj radio, bernyanyi, Johan pun boleh main alat musik. Bukankah itu sangat2 perfect sebagai seorang penghibur? He can play guitar as well as he play the piano :) I repeat "His born with talent". Itu baru alat-alat musik yang aku tau Johan can play well..mungkin ada lagi yang aku tak tau :)


piano siapa la dy main nihh??


    Fakta #Hi is a Family-man. Johan da kawen. Itu fakta yang semua orang dah tau. Dan dy dah ada anak da pun. Hanania. Itu panggilan dy untuk anak-anak . Kalau korang perasan, end's of setiap RL mesti Johan akan cakap, "qaseh hanania i <3 U". Qaseh tu wife dy which is mama Ozlynn dan Hanania tu merujuk pada anak-anak dy. Setiap episod tak pernah tinggal ayat tu dari mulut dy. Nasibla, masa kat Era tade pulak dy cakap gtu.  Aku kategorikan Johan ni sama cam AA. bukan Azwan Ali tapi abang long Aaron lerrr~ Yang aku salute sgt dengan papa Jo ni, keutamaan dy adalah keluarga. Pernah terbaca dalam satu petikan kat newspaper, Johan pernah keluarkan kenyataan dy tak kisah kalau dy takde publisiti kalau publisiti yang ditulis tu hanya nak merosakkan nama baik keluarga dy. Pergghh~ ayat cam touching gler kan. Tapi, itulah johan. Keluarga, anak-anak, isteri itu keutamaan dy. Dy taknak gambar anak-anak dy dimasukkan dalam mana-mana media cetak mahupun hiburan sebab dy cakap biar dy ngn wife jer yang terbabit dalam dunia seni. :) So suwett of u Papa Jo . Love banyak-banyak taw ><"



 Gler cool kan Papa Jo kter nihh :) sangat suweett~

  Johan dy sahabat yang sangat ideal dgn Zizan. Walaupun selalunya dengar orang pertikaikan sayang dy kat sahabat dy tu, but the truth Johan memang sayangkan Zizan. Rasanya dy tak pernah admit kott depan any media yang dy sayang Zizan macam yang Zizan selalu buat. (tu pun kalau aku tak silap la. Kalo silap harap dimaafkan). His action more precious than his word. Pernah tengok mendidih bersama Zizan? Kat ctu korang akan admit apa yang aku cakap ni betul. Dalam part mendidih bersama artis kat Oh Yeah, johan memang antara wartawan yang lazer dgn macam-macam soklan. Boleh kata segmen tu memang mendidih bila ada dy. tapi bila part Zizan yang jadi artis, Johan totally senyap. Kenapa?? Only dy yang tahu jawapannya. Yang paling menyerlah, ble dy kasi birthday present kat Zizan dalam SS aritu. Aku nangis kot masa part tu~ sob sob sob. rasa nak pause jer kat ctu. Tapi entah pehal ada jugak yang dengki dgn persahabatan dyorang. Setiap orang ada cara berbeza nak hargai sahabat masing-masing. So, let's them be with their way. Just support okeyyy~


pandang-pandang, jeling-jeling.. Jozan..please stay together :)


   Jumpa lagi dalam next entry. Cter pasal Zizan pulak :) Buah hati Zizan..wait!!!
   

Sunday 17 June 2012

Gambar Jozan Masa Muda

Assalammualaikum warga blogger :)

    Entry kali nih tade banyak bende aku nak share ngan korang. Just nak post pict abang-abang osem kter masa muda-muda dulu. So, enjoy guys :)


Gandingan pertama sebagai Yo-Yo :)  terima kasih kepada otai yang menggabungkan mereka.



comel kan??


rambut johan panjang woo mse ni :)


Haa..ada sapa-sapa kenal mamat dalam gambar ni?? Nombor bertuah "3062"



ni picture masa Raja Lawak 4


dua-dua buat muka nakal


Raja Lawak 1


Muka Zizan maintain jer dari dulu. Johan pulak makin cubby dan handsome. Prefer imej dy skarang :)


Ehh.. Zizan ker nihh?? 


Serasi berdua. Dulu, kini dan selamanya.


Raja Lawak 2


Berdua bersatu :) So suweeeet.


Dua-dua kurus. Dua-dua Osem :)


Masa ni jadi cover astro :)


Gler kurus kan Johan masa nihh?? Machoo sehh.





Hensem kan dyorang. Ni gambar masa muda-muda dulu. Masa ni Johan kurus lagi. Zizan dari dulu sampai sekarang maintain jer badan. Cuma sekarang ni nampak da ala-ala Aaron Aziz jugak la badan dy. hahaha. Mungkin sebab slalu sangat minum Drive-7 kot. johan pulak, lepas kawin badan da naik. Sometimes nampak jugak dy da makin "boroi". Haha. Tapi kadang-kadang nampak da kurus ckit. Tapi yela, isteri pandai masak, padanla badan naik menjadi-jadi. Pada aku, badan dyorang makin gemok ke haperr ker aku tak kisah sangat. Yang penting, dyorang sihat :)

So, korang, kiter benti dulu ya~ See you soon guys :) Adiooos.