Sunday 15 September 2013

The Best Of Johan Raja Lawak

Johan.



Johan ni aku minat tak baru tak lama. Tiga tahun lebih macam tu la lebih kurang lepas tolak tambah bahagi semua. Kali pertama, minggu keempat Maharajalawak Mega. Pakai baju melayu biru, kain pelekat petak-petak warna yang sama. Dan tak lupa songkok muat tak muat atas kepala.

Senyum tu memikat sukma- Itu 'impression' pertama yang aku bagi pada dia. Punchline dia buat aku ulang-ulang tengok episod yang sama. Tiap kali dia senyum, aku ikut senyum sama. Walaupun nampak macam orang separuh gila, haha. Iya, baru separuh sebab aku tak kenal lagi dia sepenuhnya.

Tak cukup kalau sekadar kenal nama. Aku nak tahu lebih dari itu sebenarnya.

Dah kawen-- Itu perkara pertama yang buat aku terkejut sebenarnya. Sebab aku ingatkan masih tak berpunya. Tapi tak bermaksud, aku dah tak suka. Kahwin atau tidak, tak perlu dijadikan sebab untuk aku berhenti meminatinya, malah bila terus membaca, aku tahu dia sangat pentingkan keluarga. Oh-- aku makin jatuh suka

Zizan-- Nama ini muncul tiap kali nama Johan yang aku cari. Jadi, aku pandai-pandai buat kesimpulan sendiri. Mereka sahabat dalam industri. Tapi, makin aku kenal Johan ni, baru aku tahu, sayang dia pada Zizan sebenarnya lebih dari apa yang kami ketahui. Lebih dari apa yang kami rasai. Persahabatan mereka istimewa dengan cara mereka sendiri. Itu yang buat, aku lebih mengagumi.

Imitasi-- Antara bakat Johan yang aku gemari. Dan dia memang campion kalau bab-bab meniru orang itu orang ini. Lagi best kalau Zizan dah join sekaki. Johan jangan diajak. Dia kalau dah mula, susah nak berhenti. Haha.

Imej-- Berubah rubah ikut keselesaan diri. Dia ada 1001 imej yang bertukar tiap kali dia muncul di kaca tv. Dia tak kesah orang nak kritik atau puji. Ya. Dia jenis kering hati. Pada dia, asal dia selesa dengan setiap pembawakan diri. Aku-- tak suka bila rambut kembang setaman dia dibiar tak diikat rapi. Sedikit rimas bila bulu-bulu di muka mula memenuhi. Tapi, dia aku tak pernah benci. Sebab, aku minat dia sebab hati. Ya-- sebab hati.

Bila dah lebih tiga tahun ni-- aku dah tak separuh gila lagi. Tapi aku yakin, memang dah gila habis dah ni. Makin aku kenal, makin aku suka kat orang bernama Johan ni. Dia ada personaliti yang aku selalu kagumi. Dia ada prinsip yang buat aku rasa, untungnya sang isteri. Dia ada semangat yang selalu aku buat bekal untuk aku teladani.

Sampai hari ni, aku tetap minat kat sang Idola aku ni. Dan, insyaAllah, semoga minat tu akan terus ada sampai nanti--nanti dan nanti.

Johan--
Terima kasih untuk tiga tahun ni. Semoga akan ada banyak tahun lagi untuk bakat itu kau kongsi. Jangan berhenti. Semoga Allah mudahkan perjalanan mu sebagai anak seni. Jangan risau, kamu selalu ada peminat yang menyokong jatuh dan bangun dalam industri.

Jangan berhenti. Terus menapak dan terbanglah tinggi. Cuma, ikut resmi padi, kau pasti lebih disanjungi.

1 comment:

  1. saya suka penulisan awak tentang jozan. gaya penulisan awak pun berima n sedap dibaca. saya juga peminat jozan, tapi saya lebih meminati johan, n dgr ketawanya sahaja saya akan ketawa walaupun x dgr apa yg dia ckp, n dgn ketawanya sahaja m'buatkan stress saya hilang sedikit demi sedikit. teruskan penulisan awak tentang mereka, saya akan terus membacanya :).

    ReplyDelete