Monday 18 November 2013

AF2013 FINAL ; AIR MATA ZIZAN UNTUK JOHAN

Salam Hormat.



Sahabat Selamanya.


       Siapa tengok AF 2013 akhir malam tadi? Kalau tengok mesti tahu apa jadi kan? Kemanisan friendship Jozan tu menyerlah sekali lagi. Video antara scene kejutan Johan dan airmata Zizan tu aku dah ulang berpuluh-puluh kali. Sampai aku dah hafal mana dialog, scene mana Zizan nak kalih muka, scene mana Johan nak gelak ketawa, sebab ulang puluh kali punya pasal. Hahaha.


    Selama tujuh tahun ni pun, aku yakin bukan peminat Jozan jer yang tahu betapa dalamnya kalau nak cerita sayang Zizan pada Johan dan betapa besarnya sayang Johan pada Zizan, tapi satu Malaysia pun dah tahu tentang persahabatan dyorang ni.

Mak aku sendiri pun kadang bila nampak Zizan kat tv tanya "Eh, Johan takde sekali?'

Hahaha. Mak aku pun layan jugak Jozan ni sebenarnya. Jangan ingat budak-budak sekolah jer minat Jozan nih. Mak iolss pun minat hokehh.

Then, back to cerita malam tadi.

Memang surprise tu Zizan tak tahu menahu langsung. Yelahh, nama pun surprise kan, kalau tahu baik takyah sebut surprise.

Aku percaya, yang rancang semua ni Johan yang jadi kepala. Sebab pagi tadi masa kat Era Johan ada sebut dia dan Zizan dah lama sangat tak jumpa. Dan mungkin sebab tu lah surprise tu dia rancang dengan kerjasama org kuat AF maka segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah.


*tarik nafas*

Masa Zizan dengar jer lagu sahabat tu, korang nampak kan reaksi muka dia? Dia terus paling ke tengah pentas dan aku yakin dia jumpa apa yang dia cari. Dia kenal sangat siapa tuan punya suara ala-ala Jamal Abdillah yang tak berapa nak jadi tu. Itu suara sahabat dia, kesayangan dia...


Nampak muka Johan je satu dewan jerit suka hati. Walau bukan pun peminat Jozan. Tapi jerit jugak sebab mungkin dyorang kat situ pun turut rasa happy.

Nampak Johan jer, Zizan da tahan sebak. Zizan memang. Dia kalau bab-bab bestfriend dia, dia memang mudah touching sikit. Lagi-lagi lagu iringan tu memang kena dengan situasi. Dia dengan Johan masing-masing dah lama tak jumpa sesama sendiri. Sapa tak rindu wehh kat bestfriend yang tujuh tahun membesar dalam industri?!

Johan dekat je Zizan peluk sekuat hati. Nampak masing-masing lepaskan rindu untuk kesekian kali. Iyelahh, lama tak jumpa walau orang selalu cakap industri ni bukan besar mana. Tapi kalau dah dua-dua bz, mana sempat nak lepak sampai dua tiga pagi.

Dan untuk kesekian kali, air mata Zizan tumpah lagi. Bukan Zizan je nangis, aku yang duduk depan tv ni pun hanyut sekali beremosi. Dahla tengok pulak ramai-ramai kat bilik TV, segan tu tak yah cerita la wehh. Tapi pandai-pandai la cover sendiri. Haha.

*tarik nafas lagi*

Tak sampai empat minit pun Johan kat pentas tu sebenarnya. Sekejap sangat. Iyalahh program orang. Takkan dia pulak lebih-lebih. Dan untuk seumur hidup aku ni, aku nampak pengacara yang terima kejutan bukan peserta. Haha. Terbalik sudahh.


Tapi apa-apa pun empat minit tu cukup berharga untuk Johan, untuk Zizan, untuk peminat2 Jozan.

Johan datang semata-mata nak support Zizan. Tu baru jadi pengacara je. Kalau jadi peserta mahu tiap2 minggu Johan datang agaknya. Haha.

Johan ni dalam diam-diam dia sangat manis sebenarnya. Maksud aku 'sweet'. Manis. Macam gula. Haha. Dia jarang nak cakap aku sayang engko. Rindu engko. Tapi apa yang dia buat, hanya Zizan yang mengerti kasih sayang Johan pada dia.


Bukan apa, sebab kalau korang kenal Johan kat TV, dia ni jenis cool, relaks, hati kering, tapi bila dengan Zizan, korang akan nampak sisi lain Johan. Walaupun Johan ni rapat jugak dengan pelawak-pelawak lain macam Jep, Nabil, Yus, Taukey semua tapi bila dengan Zizan memang dia jadi lain.

Dari segarang-garang orang dia boleh jadi abang-abang. Apa saja dari Zizan, dia sedia layankan.

Lepas habis kisah di pentas AF tu. kemanisan tu bersambung lagi kat instagram.

So nah, aku hadiahkan korang dengan gambar-gambar ni.

Peringatan-- gambar ni semua manis-manis, kalau korang kecing manis, jangan salahkan aku okehh.


Credit : Intan Marliana


Credit : Aishah Humaira


Credit : Aishah Humaira


Credit : Aishah humaira




Sweet kan?? Masing-masing dah lama tak jumpa. Masing-masing nak lepas rindu yang sekian lama.



Zizan : Apa-apa pun kita tetap Jozan.

Johan : Betul. Sahabat selamanya. 



Kalau selama ni JTF ada Johan, dan ZTF ada Zizan.

Tapi selaku Jozannerz, proud to say we always and forever have Johan and Zizan both.

Selagi ada JOZAN, selagi tu JOZANNERZ akan ada dibelakang dyorang. Takkan berpecah. Sebab kami tak nak dyorang terpisah.

Dan selagi ada JOZANNERZ di dunia, takkan hilang branding JOZAN selamanya. 

Kan Jozannerz??! Dulu, kini dan insyaAllah selamanya pun macam tu. 





Pada Johan dan Zizan ;

Please stay together forever. Jozannerz love you both so much!! 



Salam Sayang,

Iman Jozannerz =)






4 comments:

  1. nak link video jozan ada x?

    ReplyDelete
  2. akak suke blog awak~~ sweet sgt jozan ni..johan rindu zizan..zizan rindu johan..tak sorok2 kasih syg diorg depan semua org :)

    -intanmarliana-

    ReplyDelete
  3. So Sweet.... Papepon sy dh follow blog awk! awk follow la blog sya pulak yerr...
    http://rarezizan.blogspot.com/

    ReplyDelete