Friday 5 April 2013

ANTARA "JOHAN" DAN "ZIZAN" DALAM JOZAN

Salam Hormat buat semua pembaca setia blog jozanterritory nih :)

   
               Korang!!!!!! Hehe. Sihat?? Harini aku nak share pasal “things” yang aku suka fasal Jozan. Nak tahu? Ok. Lets scroll down.



  1. Friendship

       Ni jawapan standard la kot. Kalau sebut fasal Jozan jawapan ni dulu yang muncul kat kepala aku. Sejak muncul nyer branding Jozan, friendship dyorang sangat menyerlah.  Memetik kata-kata seorang peminat tentang Jozan “ Johan klu dengan Zizan, belum ape-ape dah gelak, klu Zizan pulak, nampak Johan jer, trus xnampak yang lain, dy akan pegi ikut  Johan.” =) Awww..dats so sweet. Klu pada aku pulak, Johan dengan Zizan nampak macam sahabat yang dah kenal sejak kecik lagi. Dyorang tak nampak macam baru kenal lima enam tahun lepas. Tapi macam dah berkawan lama. Mungkin jugak sebab dyorang memulakan karier tu dari permulaan yang sama, malah perjalanan seni dyorang banyak mempertemukan dyorang sebagai Jozan. Sebab tu Johan dan Zizan jadi rapat. Bak kata Zizan dalam telemovie Drogba & Rooney “Kau perlu ingat satu tau, kalau tak kerana cita-cita kita, kalau tak kerana impian kita, kita tak semakin akrab tau macam ni, kita dah makin rapat tau”. Dah betul sangat lah tu. Ada tak yang pi tengok LKD2 kat panggung? anyway, pada aku LKD2 ni sangat menyerlahkan FRIENDSHIP among JOZAN. Ingat tak masa Zizan tarik rambut Johan lepas tu Johan siap ugut2 lagi nak kenakan Zizan balik. Haha. Dyorang terlalu selesa bersama sampai secara langsung depan penonton pun dyorang sangat semulajadi untuk kenakan antara satu sama lain. Scene tu sangat comel. Tapi my FAV was last part masa dyorang nyanyi lagu sahabat selamanya. Awww..SUMPAH!! Nak Nanges!! Masa part Johan dengan Zizan peluk2 lepas habis buat persembahan tu aku rasa cam dyorang ni sangat2 la appreaciate satu sama lain. Please Jozan. Be TOGETHER forever :))

              Sekarang both of Jozan dah boleh dikira berjaya dalam karier masing-masing, dan sepanjang perjalanan tu banyak halangan dah dyorang lalui. Johan dan Zizan. Nampaknya keserasian dyorang bukan hanya terpancar di mata peminat tapi jugak masyarakat awam. Kalau tak percaya, di surat khabar terutamanya, kalau menulis  fasal Jozan, dyorang mesti akan mention fasal keakraban Jozan. Dan penghujung 2012 menyaksikan Jozan diangkat sebagai best of screen chemistry di Shout Award baru-baru ni. Sebagai peminat, selain rasa syukur, aku sangat berbangga dengan kejayaan both of Johan dan Zizan. Walaupun masing-masing dah berjaya sebagai individu, Zizan  yang tampil dengan pelbagai filem dan rancangan tv manakala Johan pula sebagai DJ tetap dalam segmen Johara, tapi persahabatan dyorang tetap fresh macam dulu-dulu. Selalu tampil solo tak bermakna Jozan dah terkubur malah branding itu terus bersinar dalam nama Johan dan Zizan. Bagi aku sendiri, baik Johan atau Zizan, aku lebih suka mereka bergerak sebagai Jozan. Tapi, sebagai peminat, aku faham perjalanan seni yang berbeza, malah jadual masing-masing yang padat menyebabkan mereka jarang tampil berdua.  Cuma, semoga ada banyak pengarah filem kat lua tu yang nak satukan mereka dalam satu filem. Mereka dah muncul dalam beberapa telemovie tapi filem baru satu. Itu pun masa tu masing-masing baru nak mencipta nama.  Semoga tahun 2013, memperlihatkan Jozan bergandingan bersama di layar perak pulak. =))



2.  Bakat

     Both of Johan dan Zizan memang talented person. Diakui memang kedua-duanya ada tongue of comedy. Selain comedian, they can stand as a good host, a singer, a dancer, an actor an be a good best friend.  Johan. His good in imitated. Klu masa baru-baru mucul as pelawak dulu, memang akan ada yang anggap Johan ni klon Salleh Yaakob. Yelah, pakcik merangkap idola dy lah kan. Mane tumpahnya kuah kalau tak ke lantai. Hehe. Tapi, makin hari Johan terus membina identitinya sendiri. Tapi, pakcik tetap pak cik. Sekali skala nampak jugak ‘Salleh Yaakob’ tu wujud dalam diri dy. Gelak dyorang pun lebih kurang serupa jer. =) Johan ni pun ada rupa sebenarnya. He has a good look. Cuma sebabkan dy ni tak amek pusing sangat fasal penampilan dy, tu yang ramai yg tak nampak kecomelan dan kehenseman dy yang sebenar. While Zizan, he is perfect. Aku berani cakap yang Zizan ni memang sempurna as seorang artis. Dy ada rupa yang sangatlah hensem, comel, dy ada suara, he can sing very2 well, dy jugak seorang yg sgt mnjaga imej dy as seorang artis. He has everything. Just belum kawen jer lagi. Kalau dah kawen memang dy seorang yang cukup sempurna segala-galanya. Zizan ni walau belum kawen, nampak la dy sayang kat budak2. Pernah satu hari tu, ibu Zizan update status FB dy fasal si Zizan dgn anak-anak Johan. Ibu cakap, anak Johan yang sulung tu kalau dengan Zizan, asyik berkepit jer. Pegang tangan tak lepas.  Hehe. Comel jer kan. Pandai Johan didik anak-anak. Bukan takat Johan jer yang rapat dengan Zizan malah anak2 dy pun macam tu. Teringin gak nak tau, dyorang panggil Zizan ni uncle ke Abg eh? Hehe.  Zizan klu awak terbaca ni sila komen balas ea. Haha.  So, sudah terang lagi bersuluh memang both Jozan was born talented. Cuma cara dyorang ekspresikan bakat masing-masing tu yang membezakan identiti dyorang. To Jozan, all the best guys. Love u both ;)

    Bercerita pasal bakat, selalu jer ada yang cuba membandingkan antara Johan dengan Zizan. Which one is better? Pada aku, dua2 ada BAKAT tersendiri. Dua-dua best! Dua2 ada karakter yang berbeza. Dua2 ada kehebatan. Dua2 ada AURA. But when their perform together as JOZAN, its PERFECT!!! Kekurangan Zizan ada pada kelebihan Johan. Dan kekurangan Johan ada pada kelebihan Zizan. Mungkin jugak sebab tu lah mereka ni suka sangat gelak sendiri lepas buat lawak. Masing-masing dah tahu karakter masing2. So gelak tu spontan terkeluar dan takleh nak kontrol. Zizan, dia memang takleh tahan kalau Johan da mula buat muka pelik2. Haha. Johan pulak dia memang jenis suka gelak. dia mudah nak gelak kalau dibanding dengan Zizan sebenarnya. Tapi both of them, kalau dah sama2 tak tahan nak gelak tu, part tu memang uncontrol. HAHA. so cute TOGETHER lahh :)



3.   Rupa

Hehe. Ini salah satu x-faktor yang buat both Jozan sangat laku dalam industri seni tanah air. Zizan Razak. Nama ni kalau sebut memang ramai gadis beratur nak jadikan suami. Maklumla, ni satu-satunya artis yang ada hidung Shahrukhan. Haha. Limited edition katekan. Untunglah mana-mana gadis yang jadi pujaan hati anak jati Kemaman Ganu nihh. Zizan kalau bab pakaian, dy tak pernah failed dalam mana-mana penampilan dy. Fav dy baju jenama badger. Dah boleh dah tu kalau nak jadi duta Badger Malaysia. ;) Zizan jugak tak lari dari aksesori. Dy suka pakai jam. Jam G-Shock tu dah boleh buat koleksi dah. Semua kaler dy ada rasanya. Dapat pulak yang kaler hitam masa birthday haritu. Selain jam, Zizan ni penggemar kasut n topi. Rasanya kat rumah dy ada banyak rak just untuk letak kolesksi2 kasut dy. Topi pun Zizan boleh buat koleksi. Zizan jugak penggemar barang2 iron man. Kalau Faizal Tahir tu superman Malaysia, Zizan ni boleh la kalau nak dijadikan Iron Man Malaysia. ;) hehe. Opppss..satu lagi lupa, selain baju, kasut, topi n jam, zizan jugak suka pakai kaca mata. Nampak dy macam ada banyak koleksi jugak. Sebab tu aku cakap, Zizan ni kalau bab penampilan, memang  dy yang terbaiklah. Kalau satu hari nanti, rasa nak bukak kedai bundle pun boleh. Ramai kot rasanya yang nak beli. Hehe.Tapi..tapi satu jer yang buat aku cam kureng sikit, Zizan n eksesori wanita. Aku pun bukan sempurna tapi masa sekolah dulu, ustaz aku cakap, kalau kita tak leh mengubah sesuatu maksiat tu, sekurang2nya kita benci dengan hati. Itulah selemah-lemah iman. Untuk Zizan, doa peminat anda yang baik-baik tu tak putus hadir bersama awak. Semoga suatu hari nanti, dibukakan Allah untuk berubah sebab Zizan Razak akan nampak lebih sempurna tanpa semua tu. ;) No hurt feeling ok peminat2 Zizan. Kita doakan yang baik-baik untuk dia dunia dan akhirat. Bagi Johan pulak, dy bukan takde rupa cuma Johan ni jenis tak kisah sangat pasal penampilan dy. Kalau lah dy pun macam Zizan, rasanya johan punya market lagi naik melambung-lambung walaupun dy dah kawen. Walaupun Johan ni muncul dalam pelbagai imej, kejap rambut nano, rambut pendek, rambut lurus, tade rambut..haha. Tapi pada aku ni, Johan tetap comel. Tetap hensem.  Badan dy yang makin ‘naik’ tu tetap menampakkan kecomelan dy . Hehe. Kadang-kadang boroi kadang-kadang nampak six pax. Haha. Ade ehh? Six pac yang dah dicombinekan jadi satu iaitu boroi. Wahahaha. Tapi,sebabkan dy ni suka bersukan, so tahap keboroian dy tu takla melampau-lampau. Dy still nampak comel dan tough. Hehe. Adik awie la katakan. Kalau tak silap, fav sport dy adalah Futsal dengan Ping Pong. Sebab futsal jugak la kaki dy jadi gitu. Tapi rasanya Johan takkan serik. Dy takkan berhenti main futsal Cuma mungkin kena lebih hati-hati la lepas ni. Sebab kaki dy tu pun salah satu punca rezeki dy. kerjaya dy memerlukan pergerakan yang banyak. So, speed recovery dear. Kami sayang Johan. J Pada Johan yang paling aku suka sekali part mata dy. Makin dy senyum makin kecik mata dy. Cumel gler ahh Johan nihh. So, senyum selalu ea Johan. =)



   4. Personaliti

Aku kira ini yang terakhir. Aura seseorang artis ni lahir dari personaliti yang dy miliki. Baik Johan atau Zizan masing-masing punyai personaliti yang tersendiri yang dibina sepanjang karier dyorang dalam industri seni nih. Zizan. Pernah ditabalkan sebagai seorang yang sombong oleh media. Betul ker? Pada aku, itu semua permainan media. Bila susah nak dapatkan artis tu, terus cap sombong bagai. Tapi, sebagai salah seorang peminat bertuah yang penah jumpa Zizan ni depan mata, pernah borak-borak dengan dy, aku nafikan sekeras-kerasnya yang Zizan bukanlah sombong macam apa yang dikhabarkan. Jejaka tampan dari Terengganu ini melayan semua orang sebaik-baiknya yang dy boleh buat. Walaupun dy ni artis yang boleh dikira ada nama besar dalam industri tapi Zizan Razak tak pernah sombong. Baik budakny. Hehe. Anak sapa la tu kan. Aku tak minat sangat zizan tapi dapat peluang berjumpa bertentang mata dengannya buat aku kagum dengan personaliti miliknya. Peramah dan sentiasa ceria dengan lawak-lawak spontan dy tu. Tutur kata dy pun lemah lembut jer . Haishh..cair pulak dengar dy cakap cenggitu. Pergi pada Johan, lelaki ni aku akui ada AURA yang tersendiri. Dalam lawak, dalam jenaka, dalam tutur bicara, dia sebenarnya TAMPIL dengan 1001 idea dan tidak mengetepikan fakta. Cuma ialah kadang-kadang OVER tu memang takleh nak cakap apa la kan. Tapi pada aku, walaupun Johan ni jenis tak berapa nak kisah dari segi penampilan dy, dari segi gaya tapi IMEJ dy sebagai ketua keluarga tu sangatlah dia jaga. :) Ala-ala suami mithali la kan. Untung Ozlynn. Both Johan dengan Zizan memang ada "BRAIN AND BEUTY". Sebab tu lah dari dulu sampai sekarang mereka sangat2lah laku dan still TERHANGAT DI PASARAN. haha. 

#Last but not least. Gud luck to JOHAN dan ZIZAN dalam pencalonan do ABPBH. Kali ni nak tengok both of JOZAN naik pentas sama2. :) Kot2 tahun ni rezeki dyorang menang BINTANG PALING POPULAR. :) 



JOHAN


ZIZAN RAZAK

Oklah..rasanya kene benti dulu la kan. So, will update to you on the next entry ok. BYE!



2 comments:

  1. Setuju dgn entry awak..1000juta kali like..btw saya link blog awak ke blog saya...

    Http://jozansahabatselamanya.blogspot.com

    ReplyDelete