Johan.
Johan ni aku minat tak baru tak lama. Tiga tahun lebih macam tu la lebih kurang lepas tolak tambah bahagi semua. Kali pertama, minggu keempat Maharajalawak Mega. Pakai baju melayu biru, kain pelekat petak-petak warna yang sama. Dan tak lupa songkok muat tak muat atas kepala.
Senyum tu memikat sukma- Itu 'impression' pertama yang aku bagi pada dia. Punchline dia buat aku ulang-ulang tengok episod yang sama. Tiap kali dia senyum, aku ikut senyum sama. Walaupun nampak macam orang separuh gila, haha. Iya, baru separuh sebab aku tak kenal lagi dia sepenuhnya.
Tak cukup kalau sekadar kenal nama. Aku nak tahu lebih dari itu sebenarnya.
Dah kawen-- Itu perkara pertama yang buat aku terkejut sebenarnya. Sebab aku ingatkan masih tak berpunya. Tapi tak bermaksud, aku dah tak suka. Kahwin atau tidak, tak perlu dijadikan sebab untuk aku berhenti meminatinya, malah bila terus membaca, aku tahu dia sangat pentingkan keluarga. Oh-- aku makin jatuh suka
Zizan-- Nama ini muncul tiap kali nama Johan yang aku cari. Jadi, aku pandai-pandai buat kesimpulan sendiri. Mereka sahabat dalam industri. Tapi, makin aku kenal Johan ni, baru aku tahu, sayang dia pada Zizan sebenarnya lebih dari apa yang kami ketahui. Lebih dari apa yang kami rasai. Persahabatan mereka istimewa dengan cara mereka sendiri. Itu yang buat, aku lebih mengagumi.
Imitasi-- Antara bakat Johan yang aku gemari. Dan dia memang campion kalau bab-bab meniru orang itu orang ini. Lagi best kalau Zizan dah join sekaki. Johan jangan diajak. Dia kalau dah mula, susah nak berhenti. Haha.
Imej-- Berubah rubah ikut keselesaan diri. Dia ada 1001 imej yang bertukar tiap kali dia muncul di kaca tv. Dia tak kesah orang nak kritik atau puji. Ya. Dia jenis kering hati. Pada dia, asal dia selesa dengan setiap pembawakan diri. Aku-- tak suka bila rambut kembang setaman dia dibiar tak diikat rapi. Sedikit rimas bila bulu-bulu di muka mula memenuhi. Tapi, dia aku tak pernah benci. Sebab, aku minat dia sebab hati. Ya-- sebab hati.
Bila dah lebih tiga tahun ni-- aku dah tak separuh gila lagi. Tapi aku yakin, memang dah gila habis dah ni. Makin aku kenal, makin aku suka kat orang bernama Johan ni. Dia ada personaliti yang aku selalu kagumi. Dia ada prinsip yang buat aku rasa, untungnya sang isteri. Dia ada semangat yang selalu aku buat bekal untuk aku teladani.
Sampai hari ni, aku tetap minat kat sang Idola aku ni. Dan, insyaAllah, semoga minat tu akan terus ada sampai nanti--nanti dan nanti.
Johan--
Terima kasih untuk tiga tahun ni. Semoga akan ada banyak tahun lagi untuk bakat itu kau kongsi. Jangan berhenti. Semoga Allah mudahkan perjalanan mu sebagai anak seni. Jangan risau, kamu selalu ada peminat yang menyokong jatuh dan bangun dalam industri.
Jangan berhenti. Terus menapak dan terbanglah tinggi. Cuma, ikut resmi padi, kau pasti lebih disanjungi.
Sunday, 15 September 2013
Jozan The Duo--
Johan dalam Jozan-- Dia abang. Apa saja dari Zizan, dia akan layankan.
Zizan dalam Jozan-- Dia adik. Dengan Johan, dia yang selalu kena usik.
The power Of Jo And Zan.
Dalam pentas super spontan malam nanti, gelagat JOzan pasti dirindui. Takde dah aksi Zizan lari-lari dan bagi kata semangat pada Johan lagi. Rasa kehilangan dan rasa ketidaksempurnaan.
Tapi tu tak bermakna sokongan pada Johan berkurangan. Kerana percayalah, di mana ada Johan di situ jugak korang akan nampak semangat yang ada pada Zizan.
Memetik kata-kata dari Johan dan Zizan.
"Takde sape yang boleh pisahkan Johan dengan Zizan"- - Zizan Razak.
"Dengan siapapun kami bersama, Jozan tetap Jozan"-- Johan.
Keep supporting Johan okeh korang. Pada Zizan, kitorang akan rindu awak.
Johan Raja Lawak--
Johan--
Perjalanan kariernya penuh dengan kontroversi. Tapi yang bagusnya, setiap satu kontroversi yang dia lalui, nampak dia semakin mematangkan diri.
Semoga Allah tabahkan hatinya untuk terus berkarya lagi. Sebagai peminat, kami terima teguran untuk setiap kelemahan yang dia miliki. Dengan harapan, ia satu bentuk positif dan bukan kritikan yang menjatuhkan maruah diri.
Sebagai manusia, kita tak lari dari berbuat kesilapan. Tapi, jangan jadikan itu alasan untuk kita berbuat keburukan. Permohonan maaf dah dibuat secara terbuka. Mohon ikhlaskan hati kalian untuk memberi kemaafan juga secara rela.
Doakan dia lebih baik dari hari ini dalam perjalanan kariernya pada masa depan nanti.
Buat Johan--
Anda takkan hilang peminat kala ujian ini sedang kau jalani. Kami tegur dengan harapan kau baiki diri. Tapi, kami akan terus di sini memberi sokongan tak berbelah bagi.
Ikhlas,
Iman Addin.
Johan & Zizan
Johan dan Zizan-- Mereka sahabat selamanya.
Gandingan lain pun nampak serasi bersama, tapi entah hati ni hanya tertarik kala mereka digandingkan berdua.
Mungkin--sebab perangai Zizan yang manja-manja,
Mungkin--sebab perangai Johan yang melayankan saja.
Allah-- Mohon jagakan kesayangan saya. Dipanjangkan jodoh agar mereka bersahabat hingga akhir usia.
Jozan lagi--
Jozan lagi--
Seronok tengok perjalanan karier jozan sekarang. Masing-masing dah membina nama dengan branding tersendiri. Masing-masing keluar dengan dan bakat yang tak tertandingi.
Masing-masing terus meningkat naik dengan jalan mereka sendiri. Peminat mana yang tak bersyukur untuk itu--
Bermati-matian mengundi mereka untuk pertandingan ini dan itu. Satu SEBAB-- nak mereka dikenali. Nak dunia tahu bakat mereka yang terlindungi.
Kini-- Nama mereka disebut-sebut sana sini. Dan sebagai peminat, aku mensyukuri tiap satu kejayaan yang mereka dah perolehi. Cumanya, aku mulai RINDU--
Akan gelagat dan aksi yang dulunya mereka selalu kongsi. Gelak tawa dan sakat menyakat yang selalu terjadi. Tak mengeluh pun. Rindu-- Cuma Rindu--
hakikatnya mereka bukan kumpulan. Dan hanya gandingan. Gandingan kerana keserasian. Gandingan kerana keselesaan. Gandingan kerana mereka kawan.
Johan dan Zizan-- Doa Iman, walau jauh mana pun kalian terpisah, moga persahabatan kalian tetap utuh macam selalu. Moga sifat kelakar Johan akan selalu ada dalam Zizan. Moga sifat manja Zizan berjangkit pada Johan.
Sayangnya aku pada kalian, aku lahirkan banyak dalam bentuk perkataan. Moga kejayaan ini tak menyebabkan kalian lupa akan kami. Moga kejayaan demi kejayaan menjadikan kalian orang yang lebih berhati-hati, lebih merendah diri.
Kami disini-- akan terus mendoakan kalian. Sebabnya, persahabatan yang kalian dah bawa nyata menyentuh hati-hati kami selama ini.
Kami-- Sayang Johan dan Zizan.
Seronok tengok perjalanan karier jozan sekarang. Masing-masing dah membina nama dengan branding tersendiri. Masing-masing keluar dengan dan bakat yang tak tertandingi.
Masing-masing terus meningkat naik dengan jalan mereka sendiri. Peminat mana yang tak bersyukur untuk itu--
Bermati-matian mengundi mereka untuk pertandingan ini dan itu. Satu SEBAB-- nak mereka dikenali. Nak dunia tahu bakat mereka yang terlindungi.
Kini-- Nama mereka disebut-sebut sana sini. Dan sebagai peminat, aku mensyukuri tiap satu kejayaan yang mereka dah perolehi. Cumanya, aku mulai RINDU--
Akan gelagat dan aksi yang dulunya mereka selalu kongsi. Gelak tawa dan sakat menyakat yang selalu terjadi. Tak mengeluh pun. Rindu-- Cuma Rindu--
hakikatnya mereka bukan kumpulan. Dan hanya gandingan. Gandingan kerana keserasian. Gandingan kerana keselesaan. Gandingan kerana mereka kawan.
Johan dan Zizan-- Doa Iman, walau jauh mana pun kalian terpisah, moga persahabatan kalian tetap utuh macam selalu. Moga sifat kelakar Johan akan selalu ada dalam Zizan. Moga sifat manja Zizan berjangkit pada Johan.
Sayangnya aku pada kalian, aku lahirkan banyak dalam bentuk perkataan. Moga kejayaan ini tak menyebabkan kalian lupa akan kami. Moga kejayaan demi kejayaan menjadikan kalian orang yang lebih berhati-hati, lebih merendah diri.
Kami disini-- akan terus mendoakan kalian. Sebabnya, persahabatan yang kalian dah bawa nyata menyentuh hati-hati kami selama ini.
Kami-- Sayang Johan dan Zizan.
Rindu Jozan--
Rindu--
Ni gambar lama. Tahun 2007 dulu. Masa dua dua baru nak bina nama. Masa orang baru nak kenal segala. Masa baru nak kumpul peminat serata. Tujuh tahun dah mereka berada dalam industri. Dari zaman lawak semengah sampaila jadi bench mark orang. Berseorangan mereka hebat tapi berdua mereka kuat.
Dah tiga Minggu Super Spontan berlangsung. Ada Johan takde Zizan. Puas untuk melihat Johan beraksi tapi rasa kekurangan bila tanpa Zizan di sisi. Rasa mencari. Rasa kurang. Itu pasti.
Kalau kami peminat ni rindu nak lihat johan dan zizan beraksi, entah apa agaknya perasaan Johan bila di pentas seorang diri?!
AKu sebak sendiri bila membaca tulisan peminat ;
Jep ada shuib. Yus ada taukey. Johan tanpa Zizan--
Aku minat Johan. Baik dia tampil berseorangan atau berduaan dengan Zizan. Sebab dengan Zizan nampak sisi lain Johan. Dari segarang-garang orang, dia boleh jadi abang-abang. Dia tahu Zizan jenis manja, macam adik-adik, jadi apa saja dari Zizan, dia sedia layankan.
Zizan pulak. Dia jenis yang sensitif. Hati dia, perasaan dia, kita boleh teka. Air muka dia berubah kalau ada yang dia rasa tak kena. Sebab tu dia sesuai bila berdua dengan Johan. Ingat masa mereka hampir tersingkir dalam ML minggu 10. Zizan nampak gugup. Dan Johan. Tetap tersengih disebelah. Bukan nak cakap dia tak rasa apa. Tapi dia bijak sembunyi apa dia rasa. Dan aura positif tu, sedikit sebanyak beralih pada Zizan. Segugup-gugup zizan, bila Johan ada, dia nampak lebih bercahaya. Dia nampak lebih bertenaga. Dan dia dah mula bijak dan pandai kawal perasaan dia. Itu dia--Zizan Razak-- yang kami punya.
Tujuh tahun lalu, mereka lebih kerap tampil berdua. Dan peminat kenal mereka lebih sebagai Jozan dari nama perseorangan Johan atau Zizan. Walaupun masa tu lawak tahap-tahap baru nak merangkak, tapi yang seronoknya mungkin sebab mereka lebih banyak tampil bersama. Bila bersama, mereka lebih 'hidup' bila berhadapan kamera.
Kalau kita boleh merindukan kelibat Johan dan Zizan untuk sekali lagi membuat penampilan berdua, apa Johan jugak rindu nak kembali bergandingan dengan Zizan bersama?! Apa Zizan jugak rindu nak keudara dengan Johan semula?!
Lahir tahun yang sama-- Ketinggian tak banyak beza-- Karier mereka dimulakan oleh titik yang sama-- Sorang tempat kedua, sorang lagi ketiga-- Peminat mereka kebanyakkannya orang yang sama--
Johan dan Zizan ; Moga kalian bersahabat selamanya.
Dari waktu muda hingga ke akhir usia, dari zaman bujang hingga dah jadi tok wan, dari masa kurus ke tembam bam, dari zaman semengah ke zaman kegemilangan..
Korang tetap jadi kesayangan.
Tuesday, 30 July 2013
Hanya Dia -- Johan
Hanya Dia -- Johan
Kalau bisa aku beritakan tentang dia,
apa yang aku suka dan aku gila,
tentang dia, dan hanya dia.
Ingin ku khabarkan pada dunia,
kadang aku juga tak tahu kenapa,
aku terus-terusan meminati dan menggilai,
manusia yang hanya aku kenali,
dari media dan kaca tv .
Senyuman memikat yang dia punya,
bisa gugurkan masalah yang aku ada,
mata kecil yang mengetar jiwa,
begitu tajam menikam rasa.
Sikapnya yang bersahaja dan sederhana,
namun, ada kala huru hara ,
aku tak kisah itu semua,
yang aku tahu, aku suka,
pada si raja lawak musim pertama,
yang dah menang tempat ketiga.
Ini kisah tentang dia, dan hanya dia.
p/s : Nyanyikan dalam melodi yang anda suka. Haha.
Kalau bisa aku beritakan tentang dia,
apa yang aku suka dan aku gila,
tentang dia, dan hanya dia.
Ingin ku khabarkan pada dunia,
kadang aku juga tak tahu kenapa,
aku terus-terusan meminati dan menggilai,
manusia yang hanya aku kenali,
dari media dan kaca tv .
Senyuman memikat yang dia punya,
bisa gugurkan masalah yang aku ada,
mata kecil yang mengetar jiwa,
begitu tajam menikam rasa.
Sikapnya yang bersahaja dan sederhana,
namun, ada kala huru hara ,
aku tak kisah itu semua,
yang aku tahu, aku suka,
pada si raja lawak musim pertama,
yang dah menang tempat ketiga.
Ini kisah tentang dia, dan hanya dia.
p/s : Nyanyikan dalam melodi yang anda suka. Haha.
Subscribe to:
Posts (Atom)






