Friday 4 January 2013

Zizan Keseorangan, Johan Berehat

Assalammualaikum.

Nampaknya begitu lama blog ni dibiarkan tidak berupdate. Maaf !! Banyak perkara yang ingin kumuatkan di sini. Ingin dikongsi bersama keluarga Jozannerz yang disayangi tapi biarlah dulu. Sekarang aku nak update pasal yang menjadi kekecohan di banglo. Tengok tittle tu pun dah tahu kan? It's all about MLM yang akan bersiaran malam ni di Terengganu.



    Minggu lepas kita dikejutkan dengan berita Johan terpaksa dimasukkan ke wad bagi menjalani pembedahan di bahagian lutut akubat cedera semasa bermain futsal. Aiyokkk! Berita semasa mengenai pembedahan dan kesihatan Johan banyak di update oleh Ozlynn di laman twitter dan instagram. Nak tahu perkembangan dyorang so kena follow kat Instagram okeyhh?


Senyum. =) Semoga cepat sembuh Johan. We love You.


  Dan untuk minggu ni, MLM akan dijalankan di terengganu. Tempat kelahiran Abg Jan kiter tuhh.. Pastinya orang-orang Terengganu tak sabar kan? Tapi yang tak syoknya peminat Jozan ada yang mulai bersuara apabila dikhabarkan Zizan akan membuat perembahan secara solo pada malam ini. Pada aku, jujurnya aku pun sedih sebab kita nak JOZAN!! Tapi, sebagai peminat yang matang dan sangat rasional..(rasional la sangat kan?) aku percaya kumpulan Jozan tahu apa yang mereka nak buat dalam keadaan macam ni. Memetik kata-kata Johan, tak berbaloi dy nak ketepikan kesihatan dy semata-mata nak beraksi di MLM. Yes!! Itu aku sangat setuju. Macam ni, kalau pun Johan beraksi di MLM dalam keadaan dy pun tahu yang dy sememangnya masih dalam 'pantang' untuk beraksi, itu sebenarnya menempa 'masalah' yang lebih teruk. Jadi, sebagai peminat, apa yang perlu dilakukan sekarang ialah doakan Johan. Doakan beliau cepat sembuh sebab bukan hanya Jozan yang perlukan dy, tapi isteri dy yang dah sarat mengandung tu, anak-anak dy, keluarga dy, Johara pagi Era, peminat-peminat dy, semua orang perlukan dy. Tapi tak perlu lah kita sampai meminta-minta untuk dy beraksi di MLM semata-mata nak puaskan hati kita dengan mengabaikan kesihatan dy. Bukankah itu satu yang tidak adil pada dy?


Huhu. Tak sampai hati. :( isk..isk


   Please la peminat-peminat Jozan. Jadi matang ok? Walaupun tak semua peminat Jozan yang macam tu, tapi itulah, segelintir kecil membuatkan yang lain rasa kurang selesa. Sebagai peminat Jozan, kita kena bagi kepercayaan penuh pada mereka berdua. Masing-masing punyai kelebihan yang tersendiri. Ambil semangat yang ada pada Zizan. Walaupun dy tahu dy mungkin akan beraksi seorang diri pada malam ni, tapi dy tetap bagi full komitmen macam biasa. Mengaku yang dy juga gentar, yelah selama ni kalau salah sana sini, Johan ada boleh backup, tapi demi Johan, demi Jozan dan demi peminat, Zizan sahut cabaran ini. So, Zizan dah jalankan tanggungjawab dy, dan kita as peminat kenalah bagi sokongan penuh pada dy. 


Propaganjil. 


   Pada aku, Jozan memang dah sempurna. dan pastinya rasa ada yang 'kurang' bila salah seorang tu takde. Tapi, sebagai manusia kita pun kena faham, kesihatan tu lebih penting dari segala-galanya. Untuk Johan, memang dy perlukan rehat yang cukup. Bukan hanya untuk kembali beraksi tapi untuk keluarga dy. =) Dy ada tanggungan. Keep strong Johan. Kalah menang di MLM bukan ditentukan dengan adanya Johan atau tidak dalam Jozan, tetapi itu rezeki masing-masing dan itu juga tugas pengundi. Berminggu-minggu Johan dan pun berikan yang terbaik untuk Jozan dan rasanya kalau dy takde pun, Zizan masih boleh teruskan perjuangan. Go Zizan. We support u. Ok?? =)


Charming Zizan. All The Best malam untuk malam ni ok dear?

  Aku yakin, Zizan dy tak pernah berseorangan. Walaupun dy selalu bergerak solo, tapi semangat 'Johan' dan identiti 'Jozan' tu selalu ada dgn dy. Sama jugak dengan Johan. Kemana pun Zizan pergi, dy tak berseorangan. Apatah lagi malam ni bakal beraksi di tempat kelahiran sendiri. Aku yakin sokongan dan dorongan tu 100% adalah untuk dy. Untuk Zizan, untuk Johan dan untuk Jozan. Kenapa kita kena cakap kita sedih kalau Zizan kena perform sorang diri? Tak perlu merasa begitu sebab semangat Johan dalam diri Zizan tu dah lama ada. Malah kita kena yakin dan percaya, Zizan boleh buat. 



   Untuk Johan, takde yang lebih penting sekarang melainkan kesihatan anda. Jaga diri baik-baik sebab semua orang sayang awak. Semua orang doakan kesihatan awak bertambah baik dari hari ke hari. Cuma, mungkin Johan kena kuruskan badan lagi kot supaya badan lebih sihat. haha. 



   Pada Peminat Jozan, jangan sedih-sedih2 ok. Zizan tak berkeseorangan dan takkan berkeseorangan. Peminat ada untuk dy. Johan pun ada untuk dy. Sokongan tu tak pernah luntur walaupun dy hadir di pentas tu seorang diri bagi mewakili Jozan. #PrayForJohan.


Johan takde pengganti dalam Jozan dan kami taknak Johan digantikan. Jozan ada sebab Johan dan Zizan. Branding tu akan kekal sampai bila-bila. Kalaupun malam ni Zizan hadir di pentas bersama orang lain, tapi itu langsung tak bermakna dy ketepikan Johan atau gantikan Johan. Tolong faham akan itu. Dan apa saja yang Zizan lakukan aku yakin itu adalah untuk Jozan. dan pastinya perbincangan dan persetujuan Johan juga diambil kira. So no worries. takde sape boleh gantikan Johan dalam Jozan. =) Relax suda.





 Sekian. Jumpa malam nanti di Terengganu =)

0 comments:

Post a Comment