Thursday 17 January 2013

Pentas Akhir MLM: Jozan Berdua Atau Solo

Assalammualaikum.

     Apa kabaran korang? Sihat? Yakin dan pasti sekarang ni semua peminat-peminat finalis MLM berdebar menunggu pentas akhir Maharajalawak Mega 2012/2013. Kalau kita as fans ni pun debarnya sampai kadang-kadang tak tentu hala apatah lagi barisan finalist yang akan bertanding nanti. Jozan, Jambu, Shiro, Boboi dan SayWho. Berentap bersama rakan-rakan seperjuangan sendiri bagi menentukan siapakah yang paling layak bergelar Juara Maharajalawak Mega Musim Kedua dan sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM 350, 000. 



   Bertemakan 'freesytle" dan "Muzikal Komedi" para peserta terus diasak untuk memberikan lawak pentas yang terbaik bagi membuktikan mereka layak merangkul juara di pentas akhir tersebut. Yang nyata, setiap peserta pasti punyai persediaan mental dan fizikal yang paling optimum sebelum melangkah ke pentas akhir kali ini. Apa pun, syabas dan tahniah buat kelima-lima finalist yang akan berentap di pusingan akhir nanti. Kalah atau menang, korang memang dah jadi yang terbaik daripada yang terbaik. All the best, guys.

   Di Perak minggu lalu, Zizan masih lagi tampil solo di pentas separuh akhir MLM tanpa ditemani kelibat duonya iaitu Johan. Nampaknya Johan masih belum pulih dan masih belum boleh beraksi dalam pusingan separuh akhir tersebut. So, korang, cemana penampilan solo Zizan buat kali kedua di pentas MLM? Jujurnya pada aku, He need Johan. Bukan hendak memperkecilkan bakat dan usaha beliau tapi nyata Jozan memang tak lengkap tanpa adanya Johan atau Zizan. 

  Mengikuti perkembangan di laman Facebook dan Twitter, nyata anak kelahiran Dungun Terengganu itu dikecam hebat dalam persembahan pertamanya di MLM minggu lalu. Tampil dalam watak kanak-kanak dalam task yang bertemakan "peribahasa", nyatanya Zizan tampil mengecewakan. Tidak pasti dengan skop lawak yang cuba disampaikan, dan kebanyakan mengulang-ngulang lawak yang ditampilkan, Zizan Razak seolah-olah kehilangan arah. Malah beliau sendiri mengakui bahawa kecewa dengan penampilan pertama beliau dalam menyempurnaan tugasan berkenaan. Jangan sedih Zizan. Biarpun apa orang nak kata, hanya anda yang tahu betapa payahnya untuk tampil solo di pentas tersebut. Sungguh, peminat anda sentiasa menyokong anda jatuh ataupun bangun, kami Jozannerz selamanya =) 



       Apa yang Zizan buat tu tak lebih daripada tanggungjawab dy dalam menyempurnakan tugasan Jozan di MLM. Tapi kesian dy tak pasal-pasal kena kutuk dek pesembahan malam tuhh. Yela, bukan mudah nak buat secara solo. Kalau tak lawak pun janganla kecam dengan 'harsh words". Jaga jugakla kan perasaan orang. Tak salah nak kritik tapi jangan la sampai mengutuk. Itu dah teruk!! Dalam Jozan, bukan Zizan yang perlukan Johan dan bukan Johan yang perlukan Zizan tapi Jozan perlukan Johan dan Zizan. Sebab tulah mereka masuk ke MLM atas branding Jozan bukan Zizan Razak atau Johan Raja Lawak. So, tak adil Zizan dikecam sebegitu rupa kerana dy hanya menjalankan tanggungjawabnya dalam Jozan. Lainlah kalau dy masuk as Zizan Razak, kalau dy tak lawak so nak kata apa katala. Sebab dy sendiri yang ambil risiko untuk masuk pertandingan secara solo. Tapi kali ini berbeza, dy tampil solo kerana tanggungjawabnya pada Jozan dalam MLM belum selesai. Tampil tanpa Johan tapi beliau tetap dah berikan yang terbaik. Tabik pada Zizan Razak. =) 

    Untuk task kedua iaitu 'silent comedy'. Ramai yang terus sangsi dengan kebolehan Zizan. Yela, walaupun dalam lawak yang boleh bersuara pun dy dah 'layu' apatah lagi silent comedy. Bakat beliau terus diperkata dan dipertikaikan setelah persembahan pertama tak mendapat sambutan. Tapi, pendapat ramai itu nyata terpesong apabila Zizan tampil dengan imej 'pendekar' dalam task silent comedy ini. Bijak menggunakan kelebihan beliau iaitu 'lawak splastik' nyata lawak Zizan mendapat pujian melambung dari Najib Ali. Perggghh.. Bannga giler dengan lelaki bernama Zizan Razak masa tu. Di akhir kritikan Najib Ali, nyata wajah Zizan muram. Sebak yer Zan? Yela, dy jugak mungkin tak sangka dy boleh buat orang ketawa walaupun tampil solo. Tahniah Zizan. Awak buat kami bangga =)


The Twin =)


    Untuk pentas akhir MLM kali nihh, adakah Jozan akan tampil solo atau berdua? Semuanya masih berada dalam tanda tanya. Tiada kepastian dari mulut Zizan atau Johan sama ada mereka akan tampil berdua atau solo untuk tugasan terakhir ini. Tapi, pastinya ramai mengharapkan kehadiran Johan sebagai pelengkap Jozan. Zizan dah memang terbaik tapi nyata belum cukup sempurna untuk Jozan. Jozan perlukan idea dari Johan. Pencantuman idea lawak mereka berdua nyata lebih berbisa dan luar biasa. Doakan Johan. Walaupun tak tahu tahap kesihatan sebenar Johan sekarang, aku yakin dy juga berusaha untuk berada di pentas akhir MLM bersama sahabat baiknya Zizan. 




    Sebagai peminat sememangnya aku mengharapkan kemenangan Jozan sebagai juara MLM kali nihh. Tapi apa paun bergantung pada persembahan akhir mereka. Sokongan dan undian tu sentiasa ada untuk mereka. Kalah atau menang itu tak penting yang penting mereka berikan yang terbaik kerana mereka antara yang paling berpengalaman yang beraksi untuk pentas akhir ini. Walaupun saingan nyata sengit apabila undian nyata tidak jauh beza dengan finalist yang lain. Di saat-saat akhir apa pun boleh berlaku kan? Untuk Jozan, kita doakan mereka yang terbaik. Baik Zizan atau Johan, mereka juga mengharapkan persembahan yang terbaik. 


Untuk Johan, if u read this, please know that everyone miss u damn much. Waiting for ur comeback. Tapi apa pun, decide yang terbaik. Kalau masih tak mampu, takpe, kami akan terus menunggu dan mendoakan kesembuhan anda. I miss u.. *Ni kalau Ozlynn baca memang kena sanggap muka kat lantai* Ouchh..haha



P/s : 70% Aku yakin Johan akan tampil untuk pentas akhir ini. Tapi ini bukanlah info dari sesiapa cuma perasaanku menyatakan begitu. Perasaan atau aku yang perasan itu aku pun tak tau. Haha. All the Best Jozan. #PrayForJohan . #SaluteZizanRazak.


Till we meet again. Bye.

1 comment:

  1. yeayyy johan kembali kt final and memang sgt touching..sila buat entry lagi awak psl review final~~

    ReplyDelete