Saturday 5 January 2013

Sokongan Peminat Buat Jozan Bertahan.

Assalammualaikum.



Ustaz Zizan. We are proud of u dear :)


       Sihat korang? Amacam persembahan Jozan di Terengganu semalam? Memukau? Terpukau? Best? Cemerlang? Ok. Pada pendapat aku persembahan pertama Zizan yang muncul sebagai Ustaz Enjin semalam memang gempak. :)) Kena pulak kat Terengganu so jelmaan UAI tu memang sangatlah tepat dan kena pada masanya. Orang Terengganu support Zizan habis-habisan semalam. Zizan melangkah masuk jer orang jerit macam aper..Terasa meremang gak bulu roma kalau betul-betul ada kat situ. Untuk persembahan pertama. Sketsa rakyat kan? Pengadunan cerita 'batu belah batu bertangkup' dan 'Si Tanggang' dalam versi Terengganu aku kira satu idea yang sangat menarik. Walaupun semua orang tau dah jalan cerita tu. Tapi cara penyampaian Zizan dalam keadaan situasi ceramah tu aku kira satu percaturan yang sangat bijak. Walaupun hanya 'duduk' dan dengan pergerakan yang terbatas, nyata Zizan berjaya memukau penonton di situ. Tak kisahla kalau orang nak kata dy dapat sorakan dan sokongan penuh sebab itu tanah kelahirannya tapi pada aku sketsa dan pembawakan cerita itu tetap best dan 'laku' di mata penonton. 


UAI tiruan. haha.

     
      Sedar dy keseorangan. Zizan bijak dalam membuat percaturan. Mengambil UAI sebagai rujukan persembahan dan dialek Terengganu sebagai medium penyampaian, nyata Zizan mendapat sorakan yang paling gemuruh semalam. Yakin dy pasti sangat sangat berdebar kerana sepanjang perjalanan karier beliau di pentas, ini adalah kali pertama muncul seorang tanpa Johan sebagai 'JOZAN'. Apa pun Zizan layak mendapat pujian kerana menyahut cabaran untuk muncul secara solo tanpa ditemani Johan untuk menyempurnakan tugas mereka di MLM semalam. Aku tabik pada Zizan. Dy memang ada aura dan walaupun tanpa Johan dy buktikan dy juga punyai kekuatan tersendiri dan dy boleh buat. Yes, that's spirit sebenarnya yang membuatkan nama Zizan Razak tu menempa nama dalam dunia popular nih. Dy ada semangat. Anak kelahiran Terengganu ini nyata tidak mengecewakan peminatnya. Terima Kasih Zizan. :) 


In Red. Still look good :)


   Untuk persembahan pertama, Zizan menggunakan kekuatan Jozan yang diketahui ramai iaitu 'Imitate in Person".Ataupun dalam bahasa mudah adalah meniru gerak geri individu lain. Dan individu yang terpilih ialah UAI. Femes UAI masuk MLM semalam. haha. Teringat pulak kat Johan. Kalau dy ada nyata persembahan itu jadi lebih menarik kerana Johan adalah sangat pakar kalau bab-bab imitate ni. haha. Mungkin dy dah turunkan ilmu tu kat Zizan sebab tu nampak sangat menjadi bila Zizan tiru UAI tu semalam. Bak kata Zizan. "Nampok macam sama" hehe. 


Zizan di konti Era. Really miss Johan this time.


   Persembahan kedua dengan tema mengenai Radio mungkin buat peminat-peminat Jozan lebih merindui kehadiran Johan. Tidak menafikan, perasaan aku juga begitu. Melihat 'set konti radio Era' di pentas semalam aku mula rindu pada Johan. Teringat pagi-pagi suara dy menghiburkan di Era. Rindu pulakkk ><"
Kembali pada Zizan. Dy nampak kaku pada persembahan kedua ini. Seolah-olah ada sesuatu yang mengganggu dy. Entahlah. Aku tak pasti apa. Tapi nyata nampak dy kekok dan seolah-olah dalam lawak yang disampaikan dy seperti rindukan Johan. Ada satu part tu, bila lawak dy nampak tak menjadi, dy seolah-olah terkulat-kulat sendiri. Akhirnya "tak lawak kan? tak lawak kan?" Itu saja yang mampu dilahirkan dari bibirnya. Huhu. Sebelum ni, kalau ada lawak yang nampak kurang menjadi, Johan akan cepat-cepat amek alih untuk cover mana-mana yang patut. Malah ad-lip itu akan sentiasa ada. Dan akhirnya, masing-masing buat muka ketat sebab tak tahan nak gelak. haha. Comel jer bila berdua. Tapi semalam nampak dengan jelas, Zizan agak kurang selesa berdiri seorang di situ. Sikit pun set konti radio Era yang dah disediakan dy tak sentuh. Hanya melakukan stand-up comedy secara solo seperti di RL musim satu yang lalu. walaupun pada aku persembahan kedua Zizan tak berapa nak menyengat tapi keberanian Zizan untuk tampil ke pentas MLM secara solo malam itu lebih mendapat perhatian. Aku tetap rasakan itu pengorbanan besar Zizan untuk Jozan, Johan dan peminat mereka. Dan doa yang tak putus-putus bersama samasorakan itu yang menguatkan Zizan. Keyakinan dari peminat, dari Johan buat dy bertahan.


He did well. Tabik laaa bro :)


  Malah yang lebih menyentuh hati, selepas membuat persembahan, dikhabarkan dari keluarga terdekat Johan bahawa Johan telah menelefon Zizan semata-mata untuk menyatakan rasa bangga dan sokongan padu beliau pada Zizan. Dan nyata, air mata Zizan tumpah lagi buat kesekian kali untuk Johan. Mungkin terharu juga sebak. Berbagai kemungkinan yang boleh muncul. Gembira atas sokongan sahabat juga mungkin sebak kerana bersendiri di situ setelah hampir berminggu-minggu kerapkali muncul dengan Johan di sisi. Teringat pada kata-kata Johan sebelum ni, sebelum membuat persembahan mereka akan bersalaman dan berpelukan bagi memberi semangat pada diri masing-masing. sob..sob..Nyata persahabatan mereka takde galang ganti.
Jozan hanya untuk Johan dan Zizan.



Johan takde. #PrayForJohan


   Marilah sama-sama kita doakan Johan cepat sembuh. Dan kembali beraksi di pentas MLM nanti. Dan semoga Zizan terus kuat walaupun kemungkinan untuk beraksi secara solo hingga ke pentas final itu adalah tinggi. Kami sayang Johan. Kami sayang Zizan. kami sayang Jozan. #PrayForJohan. speed recovery dude :)


Persembahan penutup. Hadiah dari Zizan dan Kaka untuk orang Terengganu.


I miss him. Really do :( #PrayForJohan

Sekian.

2 comments:

  1. huhuhuh sedihnyaaa bace psal jozan..jozan terbaik walaupun abg zizan sorang jee..terbaikk sgt !!! rindu abg johan :(

    ReplyDelete
  2. saya ada terbaca kt mane tak igt..zizan ade ckp yg die takkan cari pengganti utk jozan wpun johan xde sbb bg die..jozan adalah johan+zizan..huuuu terharu gileee n berani zizan stay buat lawak sorg2 wpun die tau mesti mencabar gile..

    ReplyDelete