Saturday 23 June 2012

JOZAN : the unic friendship

Assalamualaikum Jozan's Territory :)



       Maaf sebab berehat beberapa hari sebelum menjenguk semula ke blog ni. Banyak jer cerita aku nak tulis kat sini cuma kesempatan tu takde. Tadi, aku menjengah ke laman sosial "utube". Sajer.kot-kot dapat idea baru ke kan. Aku nih jenis tak cukup kalau takat tengok jer video tu. Gatal tangan ni kalau tak tinggalkan jejak kat ctu. Haa~ tulah gunanya ada account utube sendiri uolz~ lalala


   Tengah-tengah dok sibuk nonton video tetiba mata aku cam melekat kat comment seseorang. I guess dy pun Jozannerz jugak kot. Korang nampak tak apa yang dy comment kat ctu? Kalau tak nampak, maknanya...  maknanya..haha..LOL ini bukan cerita nujum pak belalang ok. Kalau tak nampak kasi besar ckit imej tu kat screen lappy korang wokey? Right guys, sebenarnya apa yang encik/cik ni tulis dah lama bersarang kat kepala aku. Bila aku layan video-video Jozan or fans video ker mostly memang ayat-ayat touching tu comes from Zizan. Masa birthday Zizan, siap dy announce lagi depan audience, "ini dy orang yang selalu bersama dengan Zizan, susah senang kat lokasi, dan juga tak pernah bergaduh..bla bla bla." Johan masa tu senyum jer. Yela, takkan nangis pulak. Kang tak pasal-pasal haru pulak majlis tu~ kihkih. Part paling touching masa Zizan cakap "takde sape boleh pisahkan Zizan dan Johan". Bestfriend aku pun tak pernah cakap gtu tau kat aku. waaa~ sadis! Tapi aku tau, dalam hati, aku tetap yang dy paling sayang. Ceittt~ perasan-.-"

        Ok. Berbalik pada topik asal tadi pasal insan yang bernama Johan ni yang diperkatakan tak pernah kasi word2 touching kat BFF dy tu. Ramai sebenarnya yang pertikaikan sayang Johan ni kat Zizan. (but, not including me) Sebab aku tau, every single person have their own way to express their feeling dan dengan itu I can agreee more dengan comment balas daripada incik/mak incik yang kat bawah tu. Korang, achaner pulak??


      Aku ingatkan hal ni stop kat ctu. Jelajah lagi video lain, ehh, ada lagi isu yang sama dibangkitkan -.-".
 Aku mula-mula tu macam nak join sekaki jer comment tapi takperlah. Aku sampaikan isi hati aku kat blog ni jer la ea. Aku admit most of the time memang nampak Zizan sayang sangat kat buddy dy. Kalo diperhatikan, mase kat SS sebelum Johan nak main apa-apa games, Zizan akan datang kasi semangat in his own way. Hugging each other, dy akan bangun clapping his hand, sometimes look his very happy untuk Johan masa Johan tengah main mana-mana permainan. Tapi, itu bermakna Johan tak sayang Zizan ker?. Kalau itu lah yang korang fikir, i guess korang masih belum cukup "faham" lagi saper Johan dan Zizan. Actuallly, it's not like i'm telling the whole world yang aku faham siapa Jozan. Tapi sebabkan aku dah follow dyorang dan rajin menonton video-video dyorang kat utube so sedikit sebanyak aku belajar siapa Johan dan siapa Zizan pada pandangan mata aku :) 

          
     As fans, memang kalau boleh setiap gerak geri dan tingkah laku artis yang kita minat tu kita nak tengok jer 24 jam (bercakap atas dasar pengalaman sendiri). Pada akulah, Zizan memang nampak sangat caring toward Johan. Nampak la dy sayang kat BFF dy tu sesangat. Bukan apa, sebab Zizan nih jenis yang "mudah tersentuh" or in proper word "sensitif" so memang kita akan lihat dalam mana-mana situasi pun kalau bab perasaan, memang Zizan akan kalah dulu berbanding Johan. Aku agak la kan, sebab Zizan ni macam tu mungkin dy anak bongsu dalam family kot. Sebab memang perangai anak bongsu ni manja-manja sweet gtu. Yela, korang tengok je la adik bongsu korang, kalau dy sedih, dy nangis, kalau suka dy gelak. Tak reti sangat nak cover2 kalau bab feeling nih. Telus dan lurus :) 

      Johan pulak dy jenis mamat yang cool Tengok muka pun dah tau. Dy memang contra kalau nak bandingkan dengan Zizan. Kite susah nak teka apa dalam hati Johan nih. Tengah happy ker, sedih, bosan, or whateverlahh~ Dy punyai 1001 wajah untuk selindungkan perasan dy. Kene marah pun dy slumber jer boleh gelak lagi. Dah nak kene singkir dah pun bile Jozan top 3 peratusan undian yang paling bawah masa ML minggu 10, dy boleh sengih lagi. Ingat masa dy kne intrview untuk kes "gelas terbang"?? dy tetap cool walaupun masa tu tak saper pun tau perasaan dy. Tapi dy tetap buat macam biasa jer. Itulah Johan. dalam apa keadaan pun, dy rileks jer. Sebab tu aku cakap, Johan adalah sahabat yang sangat ideal untuk Zizan dan begitu jugak sebaliknya. Sorang jiwa lembut sorang pulak kental. :) Kalau sorang hangin, sorang akan jadi pendamai, kalau sorang panas, sorang akan sejukkan dan macam tu lah seterusnya. So, please stop arguing bout their friendship. -_-


    Betul ke Johan care pasal Zizan?? Hmm..sentap uolz bace soklan dy nii~ Tapi rilex suda. kiter jawab pelan-pelan. Tu pun kalo yang bertanya tu menjengah ke blog usang aku nihh la. So dy akan dapat jawapan pada persoalan dy tu. Johan memang sayang Zizan. tapi dy tak pernah cakap pun through media macam yang slalu Zizan buat. Persahabatan tu tak perlu dijelaskan melalui kata-kata, kadang-kadang perbuatan tu dah mencerminkan segala-galanya. Ada satu part tu yang buat aku rasa sayangnya Johan ni kat sahabat dy adalah masa kat Redah Kasi Pecah. Masa tu rancangan tu pun da nak abes, sebab masa kejadian tu dyorang tengah penyampaian hadiah. Zizan tu Zizan yang menang, sebabkan happy sangat dy macam biasa bukak langkah nak menari. Baru 2 3 step dy tergelincir pulak.(masa tu hujan kot so tu yang licin) Dah la masa tu ramai gak orang kampung datang tengok. Sume orang pakat-pakat gelak bila si Zizan ni jatuh. Bukan men super duper aktif menari dengan skill tiba-tiba terpeleot, kalau aku pun ada kat situ mau tergelak jugak rasanya. Dalam sume pakat gelak kat Zizan ni, masa tu lah Johan datang as superhero~ haha. Dy pegi pada Zizan, siap buat signal kat mulut suruh sume orang diam(berhenti gelak). Lepas tu bila keadaan nampak cam dah ok, dy pegi balik tempat dy. Dan yang paling best, masa sume pakat gelakkan si Zizan ni, Johan tak gelak pun tapi terus pergi "cover" sahabat dy. So, pada aku, walaupun simple, tapi benda tu tetap sweet untuk diingati. 


   Selain orang yang comment ni, aku sendiri mengaku yang aku nak sangat dengar Johan cakap "sesumthing"  untuk sahabat dy. Sesuatu yang buat seluruh alam ni terpana bila dengar :) Tapi, setiap orang punyai cara sendiri dalam menghargai orang yang dy sayang. ada orang suke buat kejutan, ada pulak suka bagi bunga, mungkin ada yang suke belikan hadiah, dan ada jugak yang express hanya melalui perbuatan. Johan dy banyak menghargai persahabatan dy dengan Zizan melalui perbuatan dy. Masa dy serahkan birthday gift kat Zizan kat SS haritu pada aku adalah sesuatu yang sangat sweet dari Johan. Sebabkan dy ni jarang buat bende2 yang sweet macam Zizan, so sekali dy buat bende tu memang akan bagi impak yang besar pada kami2 yang jadi peminat "persahabatn" mereka. Masa tu, Zizan pun cam terkesima sekejap. agaknya dy pun memang terkejut ngan 'kezutan" dari Johan. Masa tu, sumpah aku nangis. Tak tau la kenapa. Tersentuh dengan persahabatan dyorang. Pada aku, selalunya perempuan akan lebih menyerlah dalam persahabatan ni tapi kali ni aku rasa Jozan dah buktikan yang lelaki kalau bersahabat mereka juga boleh jadi sehebat perempauan tau jauh lebih baik :) 

     Johan ni sebenarnya dalam diam-diam kiter boleh nampak dy care pasal Zizan. Masa "mendidih bersama Zizan, most of the time soalan-soalan cepu cemas Johan tu nak cover Zizan. Masa Nabil tanya apa zizan buat kat flaminggo, zizan da gabra da masa tu. Cam gelabah sikit tak tau nak jawab aper ngan reporter bang bil kan, so masa tu Johan terus tukar topik pasal tujuan press confrence tu dibuat :) See, dalam diam dy cover baik punya tuk Zizan. Sebenarnya kalau nak ikutkan, dy lagi banyak tau pasal zizan berbanding yang ada di situ. Tapi, dy baik. kan Johan?? hahaha


    Jozan memang gabungan yang sempurna. Mereka berbeza tapi saling memerlukan perbezaan tu untuk melengkapi antara satu sama lain. tapi dalam masa yang sama jugak mereka banyak persamaan yang menguatkan mereka bila bersatu. Sebab tu aku cakap, persahabatan mereka ni unik. Walaupun kini dyorang lebih aktif bergerak secara solo tapi inside of them, we can see their bring each other spirit everywhere. Perasaan tak masa Zizan mengacara ABPBH aritu, ada satu part tu mengingatkan aku pasal Johan, Zizan cakap, "kite didik dy, kte taulah". Mungkin kalo yang lain tak perasan, tapi aku yakin Jozan Follower mesti tau ayat tu saper yang slalu guna. Dan macam tu jugak Johan, penampilan dy sama ada di pentas atau radio, dy jugak selalu masukkan words atau ayat yang JOzan selalu gunakan bersama. 


      Moment paling menyerlah bila bercerita pasal persahabatan Jozan ni semestinya masa final SS aritu kan? maka beruntunglah barang siapa yang berada kat ctu haritu~ To Jozan, please stay together ok?

   Aku harap sangat Jozan akan tetap kekal sebagai Jozan sampai bila-bila. Tempohari masa news keluarkan pasal Johan nak gabung dengan Sepahtu aku cam sentap sikit tapi lepas tu  bila Johan bagi kenyataan balas nyata tu semua propa~ haishhh media, jangan bagi aku sakit jantung boleh.??


p/s : kite stop sini dulu, Will update new entry to you guys soon ok  -____-
    

        
    

    

2 comments:

  1. setuju 100 peratus..pandangan kita sama...

    ReplyDelete
  2. oh awak dh reveal perasaan kite..kite pun pk bende yang sama..zizan seorang yg lebih sensitif..johan lebih kuat..sebab tu saling memerlukan..kalau jozan bace entry awak ni lagi best kan?diorg confirm tau yg semua fans die bercerita psl sweetnye diorg ni..hopefully jozan kekal sampai bila2..amin~~

    ReplyDelete