Monday 18 June 2012

JOHAN "born with talent"

Assalammualaikum Jozan's followers :)

      Selang sehari jer aku dah post satu lagi entry baru. Gler semangat kan? HAHAHA. Yela, sekarang tengah free so tangan ni laju jer nak buat entry baru. Ok..setelah memerah otak untuk mengeluarkan idea bagi penulisan kali nih, aku nak kasi pandangan aku tentang JOZAN. Tapi..(ade tapi-tapi pulakk) kalau nak tulis pasal Jozan memang subuh bertemu subuh pun belum tentu habis. So, hari ni, aku mulakan pasal JOHAN . Gete ready JOHANNERZ?? Here you go~


crossline!! trademark dy tuuu :)


     "Born with talent". That's Johan. Sebenarnya masa Raja Lawak 1 dulu aku tak kenal pun dengan mamat bernama Yazid Lim nihh. Masa tu rumah tade astro so tambahan masa tu aku kena attend exam penting, then memang aku tak layan la astro nihh-.- (alasan baik punyaa) Senang cter, masa tu aku memang umpama katak yang berada bawah tempurung. Pasal dunia-dunia artis nih memang tak berapa nak "up-to-date" sangat. Masa tu hati pun tengah suci murni. kihkihkih. tapi korang jangan salah faham, maksud aku, waktu tu aku kecik lagi. (errr..kecik ker?? tettt) hihi. Ok, aku start meminati Johan ni masa ML minggu ke4. Masa  tu dyorang bawak sketsa curi tabung masjid. Dan pada ketika itu, saat itu, dan waktu itu lah aku jatuh cinta kat bakat dy. :)


saya punya ikhlas rm30 jer incikk :) #part ni terburai perut ><"


     Meminati Johan masa tu sebab mamat ni memang kelakar tak hingat. Lagi-lagi masa tu Jozan menjadi nama-nama sebutan untuk meraih juara. tapi, dah tade rezeki kan?? -.-" start dari hari tu, dengan bantuan #uncle google, aku berjaya dapatkan banyak maklumat pasal Johan nih. Siapa dy, perjalanan seni dy, life dy, saper org2 sekeliling dy, dan tau2 dy dah kawinn larr~ Melepas nyah!! ><" Kebetulan masa tu berukband pun tahap cemerlang gler, so aku boleh la usha-usha video-video yang ada Johan ni kat utube. Fakta #video Jozan mostly kat utube tu dapat HOT view taw. (gler cool kan??)  Aku berani cakap 95% daripada video-video dy kat utube aku dah selongkar.



      Fakta #kebanyakkan video yang ada Johan mesti ada Zizan. So, aku simpulkan Zizan merupakan antara teman rapat Johan dalam perjalanan karier dy dalam industri ni. Bler aku search pasal Johan, mostly cerita-cerita tak best jer yang keluar. Kisah 'gelas terbang", kisah "peluk-peluk" and whatever lahh. Aku baca jugak sebab aku nak tau siapa sebenarnya orang yang aku minat ni. Yelarr, aku faham tak semua orang suke bila kisah dyorang ni buka semula kan. Lagi-lagi kalau bende tu pahit. Aku baca semua tu bukan sebab aku nak tau keburukan dy, aku sekadar mengambil tahu apa yang dah berlaku.Lagi-lagi dyorang artis, so memang susah nak sorok dari "media". Tapi, lepas aku baca dan tau kisah-kisah dy, aku tak pulak rasa benci kat mamat ni. Sebab aku tak menilai dy untuk apa yang dah dy lakukan dulu. Tapi, yang aku tau, aku meminati dy sebab bakat yang dy ada sekarang. :)


siapa dy di masa silamnya bukan aku untuk menghukum :) yang penting siapa dy sekarang !

    Let's go the past and welcome the future. Setiap manusia ada kekurangan masing-masing dan aku pun tak nafikan sebab aku tau memang tade saper yang sempurna melainkan yang Maha Esa. Seburuk mana pun dy di masa silam, apa yang aku lihat sekarang dy dah berubah. Yaa~ dy dah berubah, Bukan takat fizikal tapi banyak yang dah berubah. Johan dulu dan sekarang memang ada kelainannya. Tahniah ! Sememangnya pengalaman itu mendewasakan. Johan ni boleh dikategorikan "mulut puaka" jugak. Dy cakap lepas jer. Tak amek port sangat apa orang akan cakap pasal dy. Hati-kering pun yer jugak. Tapi, lepas kes "gelas terbang" tu, sikit sebanyak dah merubah dy. Tak banyak sikit tu adala. Dari segi tutur kata dan percakapan, nampak dy dah matang. sangat berhati-hati. Tapi, yela ada jugak part2 telepas kan. Namapun pelawak mungkin sebab tu apa-apa saja 'topik" dyorang andaikan adalah suatu lawak. Mungkin sebab tu "akak ogy" kter tu sentap kot masa FFM aritu. Apa-apa pun, semoga Johan lebih beringat pada masa akan datang.


bila buku bertemu ruas


    Bukan senang kan nak jadi selebriti? Salah cakap sikit dah turun naik mahkamah. Bergurau tak boleh lebih dan kurang. tapi, dah itu jalan yang dipilih, nak tak nak kena terima jugak. So, peace yoo~ bak kata Inspektor Mazelan a.k.a Dato' AC. Ok..lets continue about papa Jo. Yang paling aku suka kat Johan ni selain bakat, dy ni sangat cool. Ingat tak masa dyorang kene kritik kaw-kaw ngan Abg Mamat Khalid masa minggu 1 Ml dulu? Zizan memang da tayang muka gelabah. Johan still boleh cover gelak lagi. Muka dy takde perasaan sgt. Walaupun dalam hati Tuhan jer yang tau. Yela, kene sejibik ngan mamat Khalid mau tak berderau darah? Kesian abang2 shayang kitorang ><"


haa..siap berlindung guna kerusi :) 


      Kalau dulu, aku tengok Johan, dy punya sound tu memang tahap abes anak tekak. Tengok Jozan Show dulu pun gitu. Memang dy jenis yang high-pitch nyer volume. Tapi, sejak dy da makin "matured" nih, dy nampak da slow sikit. Errr~ slow sikit la. Tapi bila gelak jer, satu "key-el" boleh dengar kot. HAHAHA..Yang tu memang takley nak berubah. But, dengar dy gelak, buat orang lain nak gelak jugak :) The truth dy bukan jenis yang soft-spoken. Fakta #aku da pernah jumpa Johan face-2-face. Kalo korang tengok kat TV, dalam lakonan dy, mesti ada part nyanyi-nyanyi. Tol x? Walaupun kebiasaannya lagu yang dy nyanyi tu lirik tah ke mana. Pada pandangan aku, Johan memang ske nyanyi. Ada break jer ada la korang dengar lagu yang kluar dari mulut dy. Hahaha..Dy tak heran nak nyanyi depan orang ramai. Main belasah jer dy nihh~ Tapi, fakta lagi# sore dy memang sedap. Ada macam sore pak cik sedara dy x? Err~ sore dy lagi meletop kot.


sorry pic teman ni tak clear. Maklumla tangkap pakai calculator.~ kihkih


       Tapi satu part jer aku kureng ckit pasal Johan ni. Rambut dy. Aduyaaiii~ Aku rimas sebenarnya nengok rambut nano dy tuh. Kalau diikat kemas takpe jugak. Ni mengerbang setaman plus bulu-bulu di muka buat muka comel dy tuh nampak 'terlindung" di balik awan nano tuu~ Kalo boleh aku nak gunting jer, kasi bersih macam imej dy kat ML minggu 1. Perrrgghh~ kemas, bersih, licin, muda. Perfect gler laahh :) fallin in love many-many time u know~ Ehee. Cuma sekarang, ble dy start pakai cap cam kat SS aritu okey jugak. Dy sekarang da berimej baru. Specky-man :) I liokeee~ Nampak sangat matang dan sesuai dgn wajah dy. He look awesome sgt masa kat SS aritu. Yela, cap dari Australia. Untunglhhaaaa~


baru balik dari Australia :)


     Selain berlakon, mengacara, berlawak, dj radio, bernyanyi, Johan pun boleh main alat musik. Bukankah itu sangat2 perfect sebagai seorang penghibur? He can play guitar as well as he play the piano :) I repeat "His born with talent". Itu baru alat-alat musik yang aku tau Johan can play well..mungkin ada lagi yang aku tak tau :)


piano siapa la dy main nihh??


    Fakta #Hi is a Family-man. Johan da kawen. Itu fakta yang semua orang dah tau. Dan dy dah ada anak da pun. Hanania. Itu panggilan dy untuk anak-anak . Kalau korang perasan, end's of setiap RL mesti Johan akan cakap, "qaseh hanania i <3 U". Qaseh tu wife dy which is mama Ozlynn dan Hanania tu merujuk pada anak-anak dy. Setiap episod tak pernah tinggal ayat tu dari mulut dy. Nasibla, masa kat Era tade pulak dy cakap gtu.  Aku kategorikan Johan ni sama cam AA. bukan Azwan Ali tapi abang long Aaron lerrr~ Yang aku salute sgt dengan papa Jo ni, keutamaan dy adalah keluarga. Pernah terbaca dalam satu petikan kat newspaper, Johan pernah keluarkan kenyataan dy tak kisah kalau dy takde publisiti kalau publisiti yang ditulis tu hanya nak merosakkan nama baik keluarga dy. Pergghh~ ayat cam touching gler kan. Tapi, itulah johan. Keluarga, anak-anak, isteri itu keutamaan dy. Dy taknak gambar anak-anak dy dimasukkan dalam mana-mana media cetak mahupun hiburan sebab dy cakap biar dy ngn wife jer yang terbabit dalam dunia seni. :) So suwett of u Papa Jo . Love banyak-banyak taw ><"



 Gler cool kan Papa Jo kter nihh :) sangat suweett~

  Johan dy sahabat yang sangat ideal dgn Zizan. Walaupun selalunya dengar orang pertikaikan sayang dy kat sahabat dy tu, but the truth Johan memang sayangkan Zizan. Rasanya dy tak pernah admit kott depan any media yang dy sayang Zizan macam yang Zizan selalu buat. (tu pun kalau aku tak silap la. Kalo silap harap dimaafkan). His action more precious than his word. Pernah tengok mendidih bersama Zizan? Kat ctu korang akan admit apa yang aku cakap ni betul. Dalam part mendidih bersama artis kat Oh Yeah, johan memang antara wartawan yang lazer dgn macam-macam soklan. Boleh kata segmen tu memang mendidih bila ada dy. tapi bila part Zizan yang jadi artis, Johan totally senyap. Kenapa?? Only dy yang tahu jawapannya. Yang paling menyerlah, ble dy kasi birthday present kat Zizan dalam SS aritu. Aku nangis kot masa part tu~ sob sob sob. rasa nak pause jer kat ctu. Tapi entah pehal ada jugak yang dengki dgn persahabatan dyorang. Setiap orang ada cara berbeza nak hargai sahabat masing-masing. So, let's them be with their way. Just support okeyyy~


pandang-pandang, jeling-jeling.. Jozan..please stay together :)


   Jumpa lagi dalam next entry. Cter pasal Zizan pulak :) Buah hati Zizan..wait!!!
   

1 comment:

  1. saya pun perasan time mendidih bersama zizan tu..maybe die tau byk rahsia zizan kot..so die biarkan org lain yg bertanya..comel sgt due org ni :) yep..johan lebih laser mulut die dr zizan..maybe sbb tu kot die serasi.. :)

    ReplyDelete