Korang!!!!!! Hehe. Sihat?? Harini aku nak share pasal “things” yang aku suka fasal Jozan. Nak tahu? Ok. Lets scroll down.
1. Friendship
Ni jawapan
standard la kot. Kalau sebut fasal Jozan jawapan ni dulu yang muncul kat kepala
aku. Sejak muncul nyer branding Jozan, friendship dyorang sangat
menyerlah. Memetik kata-kata seorang
peminat tentang Jozan “ Johan klu dengan Zizan, belum ape-ape dah gelak, klu
Zizan pulak, nampak Johan jer, trus xnampak yang lain, dy akan pegi ikut Johan.” =) Awww..dats so sweet. Klu pada aku
pulak, Johan dengan Zizan nampak macam sahabat yang dah kenal sejak kecik lagi.
Dyorang tak nampak macam baru kenal lima enam tahun lepas. Tapi macam dah
berkawan lama. Mungkin jugak sebab dyorang memulakan karier tu dari permulaan
yang sama, malah perjalanan seni dyorang banyak mempertemukan dyorang sebagai
Jozan. Sebab tu Johan dan Zizan jadi rapat. Bak kata Zizan dalam telemovie
Drogba & Rooney “Kau perlu ingat satu tau, kalau tak kerana cita-cita kita,
kalau tak kerana impian kita, kita tak semakin akrab tau macam ni, kita dah
makin rapat tau”. Dah betul sangat lah tu. Ada tak yang pi tengok LKD2 kat panggung? anyway, pada aku LKD2 ni sangat menyerlahkan FRIENDSHIP among JOZAN. Ingat tak masa Zizan tarik rambut Johan lepas tu Johan siap ugut2 lagi nak kenakan Zizan balik. Haha. Dyorang terlalu selesa bersama sampai secara langsung depan penonton pun dyorang sangat semulajadi untuk kenakan antara satu sama lain. Scene tu sangat comel. Tapi my FAV was last part masa dyorang nyanyi lagu sahabat selamanya. Awww..SUMPAH!! Nak Nanges!! Masa part Johan dengan Zizan peluk2 lepas habis buat persembahan tu aku rasa cam dyorang ni sangat2 la appreaciate satu sama lain. Please Jozan. Be TOGETHER forever :))
Sekarang both of Jozan dah boleh
dikira berjaya dalam karier masing-masing, dan sepanjang perjalanan tu banyak
halangan dah dyorang lalui. Johan dan Zizan. Nampaknya keserasian dyorang bukan
hanya terpancar di mata peminat tapi jugak masyarakat awam. Kalau tak percaya,
di surat khabar terutamanya, kalau menulis
fasal Jozan, dyorang mesti akan mention fasal keakraban Jozan. Dan
penghujung 2012 menyaksikan Jozan diangkat sebagai best of screen chemistry di
Shout Award baru-baru ni. Sebagai peminat, selain rasa syukur, aku sangat
berbangga dengan kejayaan both of Johan dan Zizan. Walaupun masing-masing dah
berjaya sebagai individu, Zizan yang
tampil dengan pelbagai filem dan rancangan tv manakala Johan pula sebagai DJ
tetap dalam segmen Johara, tapi persahabatan dyorang tetap fresh macam
dulu-dulu. Selalu tampil solo tak bermakna Jozan dah terkubur malah branding
itu terus bersinar dalam nama Johan dan Zizan. Bagi aku sendiri, baik Johan
atau Zizan, aku lebih suka mereka bergerak sebagai Jozan. Tapi, sebagai
peminat, aku faham perjalanan seni yang berbeza, malah jadual masing-masing
yang padat menyebabkan mereka jarang tampil berdua. Cuma, semoga ada banyak pengarah filem kat
lua tu yang nak satukan mereka dalam satu filem. Mereka dah muncul dalam
beberapa telemovie tapi filem baru satu. Itu pun masa tu masing-masing baru nak
mencipta nama. Semoga tahun 2013,
memperlihatkan Jozan bergandingan bersama di layar perak pulak. =))
2. Bakat
Both of Johan dan
Zizan memang talented person. Diakui memang kedua-duanya ada tongue of comedy.
Selain comedian, they can stand as a good host, a singer, a dancer, an actor an
be a good best friend. Johan. His good
in imitated. Klu masa baru-baru mucul as pelawak dulu, memang akan ada yang
anggap Johan ni klon Salleh Yaakob. Yelah, pakcik merangkap idola dy lah kan.
Mane tumpahnya kuah kalau tak ke lantai. Hehe. Tapi, makin hari Johan terus
membina identitinya sendiri. Tapi, pakcik tetap pak cik. Sekali skala nampak
jugak ‘Salleh Yaakob’ tu wujud dalam diri dy. Gelak dyorang pun lebih kurang
serupa jer. =) Johan ni pun ada rupa sebenarnya. He has a good look. Cuma
sebabkan dy ni tak amek pusing sangat fasal penampilan dy, tu yang ramai yg tak
nampak kecomelan dan kehenseman dy yang sebenar. While Zizan, he is perfect.
Aku berani cakap yang Zizan ni memang sempurna as seorang artis. Dy ada rupa
yang sangatlah hensem, comel, dy ada suara, he can sing very2 well, dy jugak
seorang yg sgt mnjaga imej dy as seorang artis. He has everything. Just belum
kawen jer lagi. Kalau dah kawen memang dy seorang yang cukup sempurna
segala-galanya. Zizan ni walau belum kawen, nampak la dy sayang kat budak2.
Pernah satu hari tu, ibu Zizan update status FB dy fasal si Zizan dgn anak-anak
Johan. Ibu cakap, anak Johan yang sulung tu kalau dengan Zizan, asyik berkepit
jer. Pegang tangan tak lepas. Hehe.
Comel jer kan. Pandai Johan didik anak-anak. Bukan takat Johan jer yang rapat
dengan Zizan malah anak2 dy pun macam tu. Teringin gak nak tau, dyorang panggil
Zizan ni uncle ke Abg eh? Hehe. Zizan
klu awak terbaca ni sila komen balas ea. Haha. So, sudah terang lagi bersuluh memang both
Jozan was born talented. Cuma cara dyorang ekspresikan bakat masing-masing tu
yang membezakan identiti dyorang. To Jozan, all the best guys. Love u both ;)
Bercerita pasal bakat, selalu jer ada yang cuba membandingkan antara Johan dengan Zizan. Which one is better? Pada aku, dua2 ada BAKAT tersendiri. Dua-dua best! Dua2 ada karakter yang berbeza. Dua2 ada kehebatan. Dua2 ada AURA. But when their perform together as JOZAN, its PERFECT!!! Kekurangan Zizan ada pada kelebihan Johan. Dan kekurangan Johan ada pada kelebihan Zizan. Mungkin jugak sebab tu lah mereka ni suka sangat gelak sendiri lepas buat lawak. Masing-masing dah tahu karakter masing2. So gelak tu spontan terkeluar dan takleh nak kontrol. Zizan, dia memang takleh tahan kalau Johan da mula buat muka pelik2. Haha. Johan pulak dia memang jenis suka gelak. dia mudah nak gelak kalau dibanding dengan Zizan sebenarnya. Tapi both of them, kalau dah sama2 tak tahan nak gelak tu, part tu memang uncontrol. HAHA. so cute TOGETHER lahh :)
3. Rupa
Hehe. Ini salah satu x-faktor yang buat both Jozan sangat
laku dalam industri seni tanah air. Zizan Razak. Nama ni kalau sebut memang
ramai gadis beratur nak jadikan suami. Maklumla, ni satu-satunya artis yang ada
hidung Shahrukhan. Haha. Limited edition katekan. Untunglah mana-mana gadis
yang jadi pujaan hati anak jati Kemaman Ganu nihh. Zizan kalau bab pakaian, dy
tak pernah failed dalam mana-mana penampilan dy. Fav dy baju jenama badger. Dah
boleh dah tu kalau nak jadi duta Badger Malaysia. ;) Zizan jugak tak lari dari
aksesori. Dy suka pakai jam. Jam G-Shock tu dah boleh buat koleksi dah. Semua
kaler dy ada rasanya. Dapat pulak yang kaler hitam masa birthday haritu. Selain
jam, Zizan ni penggemar kasut n topi. Rasanya kat rumah dy ada banyak rak just
untuk letak kolesksi2 kasut dy. Topi pun Zizan boleh buat koleksi. Zizan jugak
penggemar barang2 iron man. Kalau Faizal Tahir tu superman Malaysia, Zizan ni
boleh la kalau nak dijadikan Iron Man Malaysia. ;) hehe. Opppss..satu lagi
lupa, selain baju, kasut, topi n jam, zizan jugak suka pakai kaca mata. Nampak
dy macam ada banyak koleksi jugak. Sebab tu aku cakap, Zizan ni kalau bab
penampilan, memang dy yang terbaiklah. Kalau
satu hari nanti, rasa nak bukak kedai bundle pun boleh. Ramai kot rasanya yang
nak beli. Hehe.Tapi..tapi satu jer yang buat aku cam kureng sikit, Zizan n
eksesori wanita. Aku pun bukan sempurna tapi masa sekolah dulu, ustaz aku
cakap, kalau kita tak leh mengubah sesuatu maksiat tu, sekurang2nya kita benci
dengan hati. Itulah selemah-lemah iman. Untuk Zizan, doa peminat anda yang
baik-baik tu tak putus hadir bersama awak. Semoga suatu hari nanti, dibukakan
Allah untuk berubah sebab Zizan Razak akan nampak lebih sempurna tanpa semua
tu. ;) No hurt feeling ok peminat2 Zizan. Kita doakan yang baik-baik untuk dia
dunia dan akhirat. Bagi Johan pulak, dy bukan takde rupa cuma Johan ni jenis
tak kisah sangat pasal penampilan dy. Kalau lah dy pun macam Zizan, rasanya
johan punya market lagi naik melambung-lambung walaupun dy dah kawen. Walaupun
Johan ni muncul dalam pelbagai imej, kejap rambut nano, rambut pendek, rambut
lurus, tade rambut..haha. Tapi pada aku ni, Johan tetap comel. Tetap
hensem. Badan dy yang makin ‘naik’ tu tetap
menampakkan kecomelan dy . Hehe. Kadang-kadang boroi kadang-kadang nampak six
pax. Haha. Ade ehh? Six pac yang dah dicombinekan jadi satu iaitu boroi. Wahahaha.
Tapi,sebabkan dy ni suka bersukan, so tahap keboroian dy tu takla
melampau-lampau. Dy still nampak comel dan tough. Hehe. Adik awie la katakan.
Kalau tak silap, fav sport dy adalah Futsal dengan Ping Pong. Sebab futsal
jugak la kaki dy jadi gitu. Tapi rasanya Johan takkan serik. Dy takkan berhenti
main futsal Cuma mungkin kena lebih hati-hati la lepas ni. Sebab kaki dy tu pun
salah satu punca rezeki dy. kerjaya dy memerlukan pergerakan yang banyak. So,
speed recovery dear. Kami sayang Johan. J
Pada Johan yang paling aku suka sekali part mata dy. Makin dy senyum makin
kecik mata dy. Cumel gler ahh Johan nihh. So, senyum selalu ea Johan. =)
4. Personaliti
Aku kira ini yang terakhir. Aura seseorang artis ni lahir
dari personaliti yang dy miliki. Baik Johan atau Zizan masing-masing punyai
personaliti yang tersendiri yang dibina sepanjang karier dyorang dalam industri
seni nih. Zizan. Pernah ditabalkan sebagai seorang yang sombong oleh media.
Betul ker? Pada aku, itu semua permainan media. Bila susah nak dapatkan artis
tu, terus cap sombong bagai. Tapi, sebagai salah seorang peminat bertuah yang
penah jumpa Zizan ni depan mata, pernah borak-borak dengan dy, aku nafikan sekeras-kerasnya
yang Zizan bukanlah sombong macam apa yang dikhabarkan. Jejaka tampan dari
Terengganu ini melayan semua orang sebaik-baiknya yang dy boleh buat. Walaupun
dy ni artis yang boleh dikira ada nama besar dalam industri tapi Zizan Razak
tak pernah sombong. Baik budakny. Hehe. Anak sapa la tu kan. Aku tak minat
sangat zizan tapi dapat peluang berjumpa bertentang mata dengannya buat aku
kagum dengan personaliti miliknya. Peramah dan sentiasa ceria dengan
lawak-lawak spontan dy tu. Tutur kata dy pun lemah lembut jer . Haishh..cair
pulak dengar dy cakap cenggitu. Pergi pada Johan, lelaki ni aku akui ada AURA yang tersendiri. Dalam lawak, dalam jenaka, dalam tutur bicara, dia sebenarnya TAMPIL dengan 1001 idea dan tidak mengetepikan fakta. Cuma ialah kadang-kadang OVER tu memang takleh nak cakap apa la kan. Tapi pada aku, walaupun Johan ni jenis tak berapa nak kisah dari segi penampilan dy, dari segi gaya tapi IMEJ dy sebagai ketua keluarga tu sangatlah dia jaga. :) Ala-ala suami mithali la kan. Untung Ozlynn. Both Johan dengan Zizan memang ada "BRAIN AND BEUTY". Sebab tu lah dari dulu sampai sekarang mereka sangat2lah laku dan still TERHANGAT DI PASARAN. haha.
#Last but not least. Gud luck to JOHAN dan ZIZAN dalam pencalonan do ABPBH. Kali ni nak tengok both of JOZAN naik pentas sama2. :) Kot2 tahun ni rezeki dyorang menang BINTANG PALING POPULAR. :)
JOHAN
ZIZAN RAZAK
Oklah..rasanya kene benti dulu la kan. So, will update to you on the next entry ok. BYE!
Setuju dgn entry awak..1000juta kali like..btw saya link blog awak ke blog saya...
ReplyDeleteHttp://jozansahabatselamanya.blogspot.com
Thanks awak :)
Delete