Assalammualaikum.
KOrang!!!! Lama benar blog ni tak berupdate nampaknya.
Tapi dari freedjit tu nampaknya ada jugak yang sudi menjengah ke blog nih.
Mungkin suka membaca tulisanku tentang Jozan. Takpun saja bertandang mengubat
kerinduan pada Jozan menerusi perkongsianku dengan kalian. Ok. MLM 2012 dah pun
melabuhkan tirai dan aku pasti ramai yang merindui gandingan Jozan untuk
kembali beraksi di layar tv, drama mahupun filem kan? Bukan saja kalian, malah
aku juga begitu. Sentiasa rindu akan keletah spontan dan yang paling dirindukan
adalah usik mengusik antara mereka. Rindu Jozan kan?? Huhu >_<
Mengenali
Jozan buat aku rasa terus nak mengenali dyorang lebih dekat. Macam mana dyorang
stay dengan persahabatan dyorang? Kalau bergaduh, agak2 sape yang akan say
sorry dulu?, spe yang kuat mrajuk?, spe tu, spe ini?, haha. Banyak bende kot
aku nak tau fasal persahabatan dyorang.
Agak-agak kalau satu hari nanti aku ada peluang duduk bertiga dengan
Jozan, sehari pun tak cukup agaknya aku nak dengar cerita pasal friendship
dyorang. Hehe. *berangan pun bolehhhh* =)
Johan dengan
Zizan. Dyorang ni jadi cukup sempurna dalam gandingan Jozan. Dyorang artis PERTAMA yang tampil dengan
branding persahabatan yang sangat2 istimewa. Banyak dah kumpulan muncul tapi
lepas dua tiga tahun dah berpecah, ada yang tak sampai setahun dah tak
sehaluan. Mungkin jugak sebab tu Johan dan Zizan tak nak disebut sebagai
kumpulan. Mereka hanyalah gandingan.
Jozan tu ialah BRANDING. Branding yang mereka bina sejak mengacara Raja Lawak 2
dan di Lawak King. Dan sebab tu jugaklah mereka tak pernah bermasalah walaupun
bergerak secara solo. Malah
masing-masing menyokong antara satu sama lain. Yelah, industri ni pun kecik jer
kan. So mana-mana pi pun pasti berjumpa jugak akhirnya. Memetik kata-kata Johan dalam satu akhbar
tempatan “ Dengan siapa pun kami bersama, Jozan masih Jozan”. J Ayat ni buat aku
senyum sampai telinga. Johan kini yang lebih banyak komitmen di pagi era dalam
segmen JOHARA manakala Zizan lebih banyak muncul dalam filem, walaupun begitu,
branding Jozan tu takkan hilang, takkan pudar, malah akan terus kekal sebagai
Jozan.
Teringat masa Zizan dinobatkan sebagai Artis Komedi Lelaki
Popular 2010. Masa tu Johan senyap jer. Jarang jugak nak dengar cter pasal dy
kat paper or kat media. Tapi 2011 nampaknya bakat Johan mula menyinar apabila
tampil meluas di tv. Masa tu HOT dengan Edisi Khas kat TV3. Fifi Fairuz Fuyyo
yang memang ye ye oo jer kan. Haha. Tahun 2011 nampaknya anugerah tu beralih
pada Johan. Masa tu media pun mula la nak bermain api dengan Jozan. Baik Johan
atau Zizan, kedua-duanya bijak memanipulasi keadaan. Malah, kejayaan Johan
adalah kebanggaan Zizan. Sweetkan
dyorang. Walaupun lelaki, tapi Johan dan Zizan sangat menjaga persahabatan
dyorang tu. Lagi-lagi Zizan. Dy kalau orang sentuh jer fasal persahabatan dy
dengan Johan mesti tangkap leleh terus dy. Teringat masa final SS haritu, masa
Kak Dib sentuh cakap fasal persahabatan dyorang, tak semena-mena Zizan nangis.
Pastu Johan terus peluk Zizan. Alahai..cam adik abang dah dyorang tu. Tapi yang
pelik ade gak yang labelkan dyorang ni ‘gay’. What the heyyy waleyy walleyy la
kan orang cenggitu. Dengki ke haper ntah.
Lumrah la kan
manusia ni ade jer nak dengki kalau tengok orang happy. Mungkin sebab tu buat
cerita macam-macam fasal Jozan. Sebagai peminat, kalau boleh kita nak tahu
semua fasal FAV artis kita tu. Samela macam aku. Aku pun mengikuti perkembangan
karier Johan dan Zizan. Walaupun sebenarnya aku minat Johan lebih sikit dari
Zizan tapi aku sangat tak suka orang yang suka banding-bandingkan dyorang.
Kalau aku sebagai peminat pun dah rasa tak selesa, apatah lagi Johan dan Zizan
kan. Hmm..kesian dyorang. Masa Johan sakit haritu, Zizan tampil solo di pentas
MLM. Masa tu bakat dy melawak dy dipertikaikan terus-terusan. Ramai yang mula
bukak mulut mengatakan dy tak boleh ‘hidup’ tanpa Johan. Johan pun tak cakap
banyak pasal tu bila media tanya komen dy fasal persembahan solo Zizan di MLM.
Tapi yang terharu tu bila Johan cakap, kita tak perlu kesiankan Zizan tapi kena
bagi sokongan pada dy. Terharu kot aku dengar Johan cakap cenggitu. Nampak
tinggi kepercayaan yang dy sandarkan pada sahabat baiknya, Zizan. Pada aku lah
kan, both Johan dan Zizan sama-sama talented. Johan good in delivering
spontaneous ideas and Zizan good in manipulating it. Sebab tu kerjasama dyorang
sangat berjaya. Mungkin jugak sebab dah banyak tampil dalam persembahan
bersama, both Johan and Zizan sangat memahami antara satu sama lain. Baik Johan
atau Zizan, mereka masing-masing punyai cara tersendiri dalam menyampaikan
lawak. Ayat Johan tak abes sekalipun,
Zizan dah boleh ‘tangkap’ dan faham apa nak dibuat seterusnya. Tengok jerla
masa mengacara Raja Lawak, ade jer idea spontan dyorang. Lepas tu, sama-sama
tahan sengih, sama-sama gelak. HAHA. Nger jer kan?! Tapi itu yang aku suka. Aku
suka tengok dyorang buat lawak dan lepas tu gelak sendiri Kekadang lawak tu tak
kelakar pun, tapi aku gelak sebab tengok dyorang gelak. HAHA. Aku pun layan
ngek sekali. =P
Itulah Jozan.
Dyorang buat lawak, dyorang sendiri gelak. But, to be frankly la kan, aku suka
sangat tengok part dyorang gelak lepas buat lawak. Cumel kot. Haha. Baik Johan
atau Zizan masing-masing tak leh tahan tengok muka satu sama lain. Tengok jerla
kat MLM, minggu 1 tu, belum apa-apa, Zizan masuk buat lawak splastik dy tu,
Johan terus taklah nak control gelak. Bila Johan dah gelak, Zizan apatah lagi.
Dy mane nak tahan dah. Terus cover muka dengan beg. Dyorang gelak, aku ni
apatah lagi, gelak tak hingat dunia dah..Korang pun mesti suka gak kan part
dyorang gelak-gelak tu. Kan..kan? jangan nak tipu ea. Haha. Lagi-lagi gegurl
kat lua tu. Walaupun ada jer yang cakap, Jozan tak profesional. Dyorang buat
lawak, dyorang gelak. Tapi pada aku, biasa la tu kan. Dah lawak, gelak la.
Hehe. Ni ayat nak kena lambung nihh. Selagi dyorang buat yang betul, aku tetap
sokong Jozan. Tak kisah la orang nak cakap tak pro ke, haper ke. Den tak kisah
hokkeyy. Keselesaan dan keakraban
dyorang yang buat dyorang jadi gitu. Dyorang dah banyak buat show sesama. So,
masing-masing dah faham perangai satu sama lain. Aku yakin, walaupun dah buat
banyak latihan sama-sama, tapi masa performance tu gelak tetap taklah nak
control. Biarla, kalaupun itu trademark Jozan, aku tetap suka Jozan.
Tu la orang cakap, kalau dah suka tu kan, ape
jer pun kita nampak baik. Hihi. Aku akui. Tak semua pasal Jozan ni baik. Tapi,
kita ni pun sebagai manusia, apa yang baik tu kita ikut. Apa yang tak baik,
kita doakan supaya dijadikan lebih baik. Aku bukan nak puji Jozan melambung,
sebagai manusia biasa, dyorang pun ada banyak kelemahan. Sama la macam aku.
Macam orang lain. Kalau kelemahan tu yang buat dyorang nampak buruk, janganlah sesekali kita aibkan.
Walaupun dyorang ni artis, kata orang artis ni milik masyarakat, baik hal
peribadi atau tak, media akan kejar habis-habisan sebab nak jadikan berita.
Tapi, kita sebagai orang awam jangan sesekali menilai mereka untuk apa yang
kita tak tahu. Doakan yang baik-baik cukup. =) Pada Johan, yang paling aku
respek pada beliau nih, keluarga itu keutamaan dy. Apa yang dy buat, itu semua
sebab ‘anak bini’ dy. Hehe. So, aku harap sahabat baik dy, Zizan pun macam tu
nanti bila dah kawen. Contohi Johan yer Zizan. =)) Dan untuk Zizan, semoga
jumpa jodoh yang baik. Kalau boleh yang bertudung macam idaman dy. InsyaAllah.
So, sampai sini dulu. Adios. J